KelabMama

Percutian ‘Full Package’ di 10 Tempat Menarik di Yan, Kedah (Aktiviti Lasak, Makanan Viral DLL)

Daerah Yan memang banyak kawasan air terjun terutamanya di kawasan perbukitan. Kelainan dalam perkongsian kali ini, Mama Siti akan senaraikan tempat-tempat menarik beserta aktivitinya sekali.

Tempat makan, aktiviti hutan dan sungai, perkhemahan di pulau dan pusat penginapan terbaik bakal ditemukan dalam artikel ini. 

Tak sabar nak tahu lebih lagi? Ha, cepat-cepat cari kertas dan pen supaya tak terlepas maklumat penting. Tak pun Mama screenshot saja. 

10 Tempat Menarik di Yan, Kedah

#1 Ombak Lara Mee Udang

Kredit gambar: Top-Rated.Online

Kalau dah memang lokasinya berdekatan dengan laut, mesti kena ada menu berasaskan makanan laut (seafood) kan.

Jeti Nelayan Kampung Kuala Dulang Kecil menyediakan menu mee udang yang bakal membangkitkan selera melalui rasa manis udang segar. Turut ditawarkan menu seafood yang lain seperti ketam. 

Alamat : Jeti Nelayan Kampung Kuala Dulang Kecil, Yan Kedah

Waktu operasi : Setiap hari, 11am- 8pm

Tutup: Rabu

#2 Bihun Sup Daging Tempatan (Tanjung Jaga)

Kredit gambar: Google

Kalau ada yang belum tahu, keunikan bihun sup utara ialah pada warna bihunnya. Warna bihun sup daging utara berwarna kuning. 

Di Tanjung Jaga, bihun sup yang disediakan memang tak kedekut daging. Sudahlah menggunakan daging segar tempatan, harganya pula sangat berpatutan. 

Alamat : Merbok– Yan Kechil Rd, Ruat, 06900 Yan, Kedah

Waktu operasi : Dibuka, 11.00 am- 7.00 pm

Tutup: Sabtu & Ahad

#3 Batas Ubi Deer Farm

Kalau boleh sekali seumur hidup teringin nak makan makanan eksotik. Tapi agak sukar menemukan daging rusa di pasar-pasar biasa. 

Nasib baik ada ladang ternakan rusa di Yan, Kedah. Boleh lah ‘buat raso-raso’. Inilah masanya untuk mengeratkan hubungan keluarga keluar dan makan tempat best. Kalau mak ayah Mama ada buat ayat main jiwa macam ni; 

“Nak, mak teringin nak makan daging rusa.”

Cepat-cepat bawa datang Batas Ubi Deer Farm.

Alamat : Lot 2679, Kampung Batas Ubi, Teroi, 06900 Yan, Kedah

Waktu operasi : Dibuka, Jumaat dan Sabtu (5pm-7pm (sesi 1) dan jam 8pm -10pm (sesi 2)

Laman sosial: Facebook

#4 Gunung Jerai 

“Ala, dah tahu dah. Mesti Mama Siti nak syorkan kami mendaki gunung kan? “

Betul! Tapi ada banyak lagi yang Mama Siti nak cadangkan. Selain hiking, Mama juga boleh mencuba aktiviti lasak yang lain seperti luncur udara (Paragliding), basikal gunung (Mountainbike) dan cabaran pacuan empat roda 4×4.

#5 Pulau Song Song

Kredit gambar: Eyna Rosli

Pulau Song Song ialah lokasi yang sangat berbaloi dilawati kerana warna air lautnya yang jernih. Tambahan pula, persisir pantai ini dihias indah oleh batu merah (batu lumpur)

Merupakan sebahagian daripada Jerai Geopark yang menawarkan aktiviti berkhemah, snorkeling dan berkelah. Perjalanan menaiki bot dari Sungai Udang, Yan mengambil masa 15 hingga 20 minit sahaja. 

#6 Hutan Rekreasi Titi Hayun

Kredit gambar: Flickr

Terokai keindahan alam semulajadi bertemakan hutan hujan tropika. Lokasi ini ialah tempat terbaik buat Mama yang gemar aktiviti rentas hutan (jungle trekking)

Lebih menarik lagi, selepas menikmati keindahan flora dan fauna di dalam hutan, Mama boleh merehatkan diri di kawasan sungai dan di jambatan gantung. 

#7 Kampung Singkir Laut

Kaki pancing wajib tambah lokasi yang satu ini dalam senarai ‘bucket list’ kalian. Terdapat pilihan sama ada ingin memancing ikan air tawar dan air masin kerana Kuala Singkir Laut ialah pertembungan antara keduanya. 

Pandangan udara memang cukup memukau pandangan mata. Sejuk mata memandang melihat keindahan ciptaan tuhan.

Lihatlah, sawah bendangnya terletak sangat hampir dengan tepi laut. Bukan sahaja sesuai untuk kaki pancing tetapi juga boleh ‘healing’ diri sendiri. 

#8 Terrabait D’Yan Chalet

Chalet semi-D dengan kolam renang peribadi, chalet teres dengan kolam renang berkongsi, dan vila dengan kolam renang peribadi. 

Kemudahan penginapan nampak menyakinkan tapi nanti dulu! 

Cuba Mama bayangkan. Terjaga di dinihari sambil disambut dengan bunyi riang-riang. Selesai menunaikan solat subuh, Mama buka daun pintu dan nikmati pemandangan matahari terbit

Jauh dari hiruk-pikuk kotaraya, sungguh dunia terlihat berbeza ketika berada disini. 

Laman sosial: Laman sesawang & Facebook

#9 Homestay Kampung Raga

“Kalau boleh saya nak tinggal macam orang tempatan lah Mama Siti.”

Okay tak ada masalah. Di Homestay Kampung Raga, Mama memang berpeluang hidup seperi orang kampung, boleh bersosial dengan warga tempatan. Lagipun lokasinya sangat hampir dengan sungai

Laman sosial: Facebook

#10 D Puncak Hayun Resort

Kredit gambar: Facebook

Sebuah tempat peranginan yang boleh dijadikan tempat percutian keluarga. Aktiviti hari keluarga juga sesuai diadakan disini. 

Dengan berlatar belakangkan pemandangan Gunung Jerai, ditambah pula aktiviti barbeku sambil melayani anak kecil bermandi-manda di kolam renang. Sungguh indah jika dapat direalisasikan. 

Laman sosial: TikTok & Facebook

Pendek kata, Mama Siti simpulkan daerah Yan ialah lokasi ‘full package’ kepada hampir semua golongan pelancong. 

Aktiviti lasak, ‘food hunting’ sampailah ke mandi manda di sungai, semuanya boleh didapatkan di disini. 

Harap-harap Mama dah salin siap-siap beberapa tempat yang berpotensi dijadikan lokasi percutian yang seterusnya. 


Selain itu, Mama Papa juga boleh membawa anak-anak ke pelbagai tempat menarik lain di SINI.