Terletak di tengah-tengah negeri Pahang, Temerloh merupakan sebuah pekan yang menarik dengan pelbagai tarikan dan keistimewaannya. Buat mereka yang bercadang untuk bercuti atau meluangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu di sini, bolehlah ke tempat-tempat menarik di Temerloh ini ya:
12 Tempat Menarik Di Temerloh
1. Deerland Park
Untuk peminat alam semula jadi, Deerland Park merupakan destinasi wajib untuk anda tau! Di sini, selain daripada dapat menikmati keindahan alam, anda juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan tentang pelbagai jenis spesis flora dan fauna.
Antara aktiviti menarik dan tarikan di Deerland Park ialah:
- Terdapat pelbagai haiwan seperti Rusa Timur, Rusa Nilga, burung-burung liar, Itik Kayu dan burung unta
- Boleh lawati taman herba di Titian Herba dan menikmati air ramuan herba yang disediakan
- Pelbagai aktiviti seperti memancing dan jungle trekking juga disediakan di sini
Para pelawat perlu membuat tempahan terlebih dahulu seminggu sebelum tarikh lawatan di:
En. Abdullah : 09-2779305/012-9627249 atau email:deer_land@hotmail.com
Lokasi: Lanchang
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 11.00 pg – 6.00 ptg
2. Bukit Rengit
Jika anda ke Temerloh bersama rakan sepasukan atau ahli-ahli keluarga untuk sebarang program atau hari keluarga, Bukit Rengit adalah pilihan yang sesuai.
Di sini, terdapat penginapan khas yang disediakan. Selain itu, ada juga bilik-bilik khas seperti bilik mesyuarat dan kuliah.
Antara aktiviti menarik dan tarikan di Bukit Rengit ialah:
- Jungle trekking
- Menghayati keindahan alam
- Terdapat air terjun yang terpelihara
- Boleh berjalan di sekitar sungai
Lokasi: Lanchang
Talian am Majlis Perbandaran Temerloh: 09-2901477 / 2901777 / 2901778
3. Pusat Pemuliharaan Seladang
Pusat pemuliharaan ini dibina untuk mengelakkan kepupusan seladang. Di sini, seladang akan dijinakkan dan dibela di persekitaran yang sesuai untuknya.
Antara aktiviti menarik dan tarikan di Pusat Pemuliharaan Seladang ialah:
- Boleh melihat seladang di dalam kandangnya dengan dekat
- Terdapat 36 ekor seladang di sini yang ditempatkan di dalam 5 buah kandang
- Seladang-seladang ini dijinakkan dan diberi nama seperti Pooja dan Noni
- Ada juga seladang yang telah jinak dan boleh bermesra dengan pelancong
- Pusat ini merupakan tempat penyelidikan pelajar-pelajar universiti
Lokasi: Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau
Talian am Majlis Perbandaran Temerloh: 09-2901477 / 2901777 / 2901778
4. Taman Esplanade
Sungai Pahang merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Di Taman Esplanade, ada disediakan perkhidmatan menaiki bot untuk menyusuri Sungai Pahang.
Anda boleh menikmati keindahan di pesisir dan sekitarnya sambil berehat dan menjamu selera di gerai makan berhampiran bersama yang tersayang.
Lokasi: Pesisir Sungai Pahang berhampiran Dataran Patin
Talian am Majlis Perbandaran Temerloh: 09-2901477 / 2901777 / 2901778
5. Dataran Patin
Ikan patin memang sinonim dengan negeri Pahang. Kalau ke negeri ini, wajib pekena masakan ikan patin seperti ikan patin tempoyak kan?
Di Dataran Patin, terdapat pelbagai jenis hidangan dan masakan ikan patin. Untuk ke restoran di sini, pengunjung hendaklah melalui jambatan gantungnya dahulu.
Terletak berhampiran dengan Taman Esplanade, Dataran Patin wajib dikunjungi buat penggemar ikan patin!
Lokasi: Pesisir Sungai Pahang berhampiran Taman Esplanade
Talian am Majlis Perbandaran Temerloh: 09-2901477 / 2901777 / 2901778
6. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Gajah sebagai haiwan ikon di negeri Pahang telah dijaga dengan rapi oleh Jabatan Perhilitan di negeri ini. Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah yang juga dikenali sebagai Pusat Gajah Kuala Gandah ini, haiwan ini ditempatkan dalam habitatnya.
Antara aktiviti menarik dan tarikan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ialah:
- Boleh melihat gajah mandi
- Boleh memberi makan anak gajah
- Terdapat homestay terdekat untuk penginapan
Waktu operasi: Setiap hari termasuk cuti umum, 8.00 pg – 4.30 ptg
Tel : 03-9075 2872
Faks : 03-9075 2873
7. Gunung Senyum
Merupakan salah satu gunung di negeri Pahang, Gunung Senyum adalah antara tarikan semula jadi di Temerloh.
Antara aktiviti menarik dan tarikan di Gunung Senyum ialah:
- Mendaki gunung
- Sesi bergambar dan photoshoot
- Merentasi hutan
- Menjelajahi gua
- Berkelah dan berkhemah
- Terdapat chalets untuk penginapan
Lokasi: Batu Sawar
Talian am Majlis Perbandaran Temerloh: 09-2901477 / 2901777 / 2901778
8. Taman Rekreasi Bandar Temerloh
Seperti pekan yang lain, Temerloh juga mempunyai taman bandar. Antara aktiviti menarik dan tarikan di Taman Rekreasi Bandar Temerloh ialah:
- Berkunjung dan bersiar-siar
- Boleh menikmati keindahan taman ditemani dengan lagu-lagu yang diputarkan oleh DJ di sini
- Terdapat taman permainan, stadium mini, lapangan skateboard dan menara tinjau
- Boleh berjoging di sekitarnya
- Berkelah bersama keluarga
- Berbasikal
- Terdapat pelbagai aktiviti air disediakan
- Boleh menikmati pemandangan dari menara tinjau
Lokasi: Terletak di tengah-tengah Bandar Temerloh (belakang mahkamah)
Talian am Majlis Perbandaran Temerloh: 09-2901477 / 2901777 / 2901778
9. Taman Rimba Tasik Chatin
Kalau anda ingin berekreasi dan beriadah bersama keluarga, bolehlah cuba ke Taman Rimba Tasik Chatin ya. Di sini, hutannya dijaga dan dikekalkan sehingga kini.
Antara aktiviti menarik dan tarikan di Taman Rimba Tasik Chatin ialah:
- Berkelah dan beriadah
- Melihat habitat ikan air tawar
- Menikmati keindahan taman
- Terdapat tempat permainan kanak-kanak
- Boleh melakukan pelbagai aktiviti senaman
Talian am Majlis Perbandaran Temerloh: 09-2901477 / 2901777 / 2901778
10. Kubang Gajah Waterpark
Tempat menarik di Temerloh yang seterusnya ialah Kubang Gajah Waterpark. Ia merupakan taman tema untuk mandi manda dengan harga yang berbaloi.
Antara aktiviti menarik dan tarikan di Kubang Gajah Waterpark ialah:
- Boleh mandi manda
- Terdapat pelbagai jenis permainan air disediakan
- Struktur pembinaannya yang menarik
- Boleh bawa makanan dari luar dan berkelah di sini
Alamat: No.1, Taman Awam Kubang Gajah 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia
Harga tiket: Dewasa – RM12, Kanak-kanak – RM10
Waktu operasi: Khamis hingga Selasa, buka setiap hari sepanjang cuti umum dan cuti sekolah
Tel: 019-324 7782
11. Sarang Naga 76
Restoran ini terletak di Resort Agro Farm di Kg. Ketam, Kerdau, Temerloh. Jika anda ingin menikmati pelbagai masakan negeri Pahang, Sarang Naga 76 wajib termasuk dalam list ya?
Di sini terdapat aneka masakan dengan pelbagai hidangan seperti masakan Melayu dan Western. Ia juga dikenali dengan restoran yang menghidangkan menu yang istimewa dan unik daripada arnab, sayur umbut, rusa, kulat sisir, gulai asam rong dan udang galah. Memang menarik dan wajib cuba kan?
Bukan tu je, anda juga boleh lakukan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor di sini dan boleh menginap di resort berdekatan dengannya.
Alamat: Lot 2469 Kampung Ketam 28010 Kerdau Temerloh, Pahang, Malaysia
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 7.00 pg – 3.00 ptg
Tel: 019-376 8490
12. Krau Wildlife Reserve
Terletak berdekatan dengan Gunung Benom, Krau Wildlife Reserve merupakan rizab hidupan liar yang terbesar di Semenanjung Malaysia.
Seperti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, ia juga bertujuan untuk memelihara hidupan liar dan mengelakkannya dari kepupusan.
Selain itu, di sini juga ditempatkan pusat penyelidikan tentang kelawar dan burung.
Alamat: 324, C149, Kampung Sungai Klau, 27630 Raub, Pahang
Talian am Majlis Perbandaran Temerloh: 09-2901477 / 2901777 / 2901778
Temerloh, Pusat Pertemuan Antara Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia
Jika anda merancang untuk ke Temerloh, singgahlah ke destinasi-destinasi yang disenaraikan di atas ya? Semoga kunjungan anda ke sini menjadi antara kenangan teristimewa.