KelabMama

12 Tempat Menarik di Teluk Intan (+ Restoran) Yang Mesti Anda Singgah!

Kredit gambar: Fairuz Mustaffa / Shutterstock.com

Teluk Intan atau juga dikenali sebagai Anson Bay, merupakan satu bandar di Perak yang meskipun kecil tetapi mendamaikan. Semua yang diperlukan ada di sini dan antara tarikan yang sering membuatkan orang ramai ke sini lagi ialah makanannya.

12 Tempat Menarik Di Teluk Intan

Kalau anda singgah ke pekan ini, jangan lupa ya melencong sebentar ke tempat-tempat menarik di sini dan rasai juga makanan tempatannya.

1. Menara Condong

Sumber: mpti.gov.my

Mesti anda pernah dengar tentang menara ini kan? Seni binanya agak unik iaitu menara ini kelihatan condong meskipun kukuh.

Terutamanya pada waktu malam, terdapat pelbagai aktiviti sosial yang dijalankan di sini. Penduduk tempatan sering meluangkan masa bersama keluarga; bermain buih belon, menunggang motorsikal kanak-kanak, membeli-belah di pasar malam terdekat dan bermacam lagi.

Alamat: Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

2. Padang Speedy

Sumber: tripifyapp.com

Padang ini sering menjadi tumpuan penduduk dan pelancong untuk beriadah bersama keluarga. Kalau anda ke sini, anda akan dapat melihat pelbagai aktiviti sukan yang dijalankan.

Berkelah pun boleh di sini.

Alamat: Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 6.00 pg – 10.00 mlm

3. Ladang Moccis

Sumber: mpti.gov.my

Di sini pun sesuai untuk beriadah. Bahkan ada mini zoo di ladang ini. Ramai juga yang berkayak dan memancing, bolehlah datang bersama yang tersayang ya.

Alamat: KM 14, Jalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 6.30 ptg
Tel: 05-621 1122

4. Jelapang Padi Sungai Manik

Sumber: mpti.gov.my

Buat mereka yang inginkan pemandangan cantik untuk bergambar dan photoshoot, Jelapang Padi Sungai Manik mungkin destinasi yang anda cari.

Dengan sawah padi yang terbentang kehijauan dan awan yang membiru, memang cantik. Kalau masa sunset pun ramai yang datang singgah berselfie.

5. Dataran JPS Teluk Intan

Sumber: mpti.gov.my

Dataran ini turut menjadi tumpuan pelancong kerana pembinaannya yang berdekatan dengan Sungai Perak. Memang seronok ambil angin petang-petang di sini sambil menghayati keindahan persekitarannya.

Alamat: Dataran Sungai Perak, Jalan Bandar, 36000 Teluk Intan, Perak

6. River Cruise Teluk Intan Perak

Sumber: facebook.com/pulaubangau/photos

Jangan lupa juga untuk menyusuri Sungai Perak menuju ke Pulau Bangau untuk melihat burung ini dalam habitatnya. Ada sekitar 13 spesis burung bangau di sini tau, tidak termasuk spesis burung-burung lain seperti enggang dan helang.

Pada waktu malam pula, kelip-kelip menghiasi pemandangan dan pokok-pokok di sini, seperti berada dalam dunia magika!

Alamat: Jalan Wah Keng Jooi, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 8.30 pg – 10.00 mlm

7. Restoran M.Gulam Rasul

Sumber: worldorgs.com

Sedapnya kari ikan di sini. Memang kaw dan terangkat! Selain itu, banyak lagi pilihan makanan dan minuman di sini. Mesti cuba ya.

Alamat: Jalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 8.00 mlm
Tel: 05-621 1621

8. Restoran Udang Galah Teluk Intan

Sumber: facebook.com/Restoran-Udang-Galah-Teluk-Intan-1668588336787081/

Ini kalau tak singgah di restoran ni memang rugi. Selain daripada masakan signature udang galahnya, banyak lagi lauk-pauk yang best di sini.

Pasti akan membuatkan anda kembali lagi!

Alamat: 1918, Jalan Sekolah, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu, 8.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 011-2642 7712

9. Taman Rekreasi Teluk Intan

Sumber: AngahMorib

Taman ini juga merupakan spot beriadah di pekan ini. Kebiasaannya penduduk datang ke sini untuk berjogging dan ada juga untuk berkelah dan bersiar-siar.

Alamat: Jalan Mahkota, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

10. Stesen Keretapi Teluk Intan

Sumber: mpti.gov.my

Landasan keretapi ini pernah beroperasi suatu ketika dahulu dan ada sejarahnya yang tersendiri. Dikatakan terdapat seekor gajah jantan yang menghalang laluan keretapi dari melanggar kawanannya dan telah dinaikkan banner oleh pihak British untuk mengiktiraf keberanian dan kepimpinannya.

Alamat: 36000 Teluk Intan, Perak

11. Restoran Mastan Ghani

Sumber: foursquare.com

Jangan lepaskan peluang juga untuk merasa mee rebus di Restoran Mastan Ghani ini.

Alamat: 26, Persiaran Intanova, Taman Intanova, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 6.30 ptg

12. Anson Bali Cafe

Sumber: facebook.comansonbalicafetelukintan

Merupakan sensasi terbaru di Teluk Intan, anda mesti cuba makanan dan dessert di sini ya. Bukan tu je, interiornya pun cantik tau!

Alamat: 1861, Jalan Manggis, Taman Manggis, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 12.00 tghari – 8.00 mlm
Tel: 011-2620 1861

Destinasi Menarik Di Teluk Intan

Suasana yang damai dan makanan yang enak, memang Teluk Intan sering sesak dengan pengunjung terutamanya ketika hujung minggu.

Jangan lupa untuk singgah di tempat menarik di Teluk Intan ni ya!