KelabMama

Kafe “Yak Yak Yeh” Pun Ada di 14 Tempat Menarik di Tanjung Malim

tempat menarik di Tanjung Malim, Perak

Kredit gambar: wikimedia.org

Bila bercakap tentang tempat menarik di Perak, salah satu yang muncul di benak fikiran Mama Siti ialah Tanjung Malim. 

Mama Siti ingatkan ada tempat-tempat healing sahaja di Tanjung Malim ini, rupanya ada juga tarikan lain yang menyeronokkan untuk dilakukan. 

Berikut ialah informasi bagi setiap tempat menarik di Tanjung Malim.  

14 Tempat Menarik di Tanjung Malim, Perak

#1 Arung Jeram Sungai Ulu Slim

Kredit gambar: Adventoro

Memandangkan lokasinya yang berdekatan dengan Kuala Kubu Bharu, maka aktiviti lasak seperti water rafting pun ada di Tanjung Malim. 

Bagi menyertai aktiviti ini, Mama boleh pilih tahap kesukaran jeram yang akan dilalui. Jangan bimbang soal keselamatan kerana terdapat jurupandu dan  jaket keselamatan disediakan. 

Telefon: 019-5134193

Alamat: Kampung Ulu Slim, 35800 Slim River, Negeri Perak, Malaysia

#2 Tok Bak Campsite

Tanjung Malim dikurniakan bentuk muka bumi yang berdenai dengan laluan sungai. Tidak hairanlah terdapat tempat perkhemahan yang lengkap dengan kemudahan tandas dan sinki di sini. 

Telefon: 012-219 8946

Alamat: Kg Orang Asli Chinggung Behrang Ulu, 35900 Tanjong Malim, Perak

#3 Teratak Riverview

Kredit gambar: teratakriverview.blogspot.com

Tempat penginapan resort ini terletak di tepi sungai dimana merupakan sempadan antara Perak dan Selangor. 

Ianya salah satu tempat camping yang disyorkan untuk bersantai, berehat dan menikmati keindahan alam. 

Telefon: 017-343 1346

Alamat: Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak

#4 Taman Tasik Embayu

Kredit gambar: PropSocial

Taman rekreasi di Tanjung Malim ini ialah sebuah tasik buatan yang luas menghijau sertai dilengkapi dengan kemudahan untuk para pengunjung. 

Suasananya yang nyaman menarik minat orang ramai untuk menganjurkan program sukan seperti futsal, paintball dan larian. 

Telefon: 05-4563410

Alamat: Proton City, 35900 Tanjong Malim, Perak

#5 Street Art Tanjung Malim 

Kredit gambar: vadamilton.blogspot.com

Lukisan dinding di pekan Tanjung Malim ini memberi peluang untuk Mama berimaginasi dan mencabar kreativiti ketika mengambil gambar. 

Memang padanlah ianya diiktiraf sebagai seni jalanan terbaik Malaysia kerana tema lukisannya berkisar tentang budaya tempatan, teknologi, karakter kartun, tokoh-tokoh Malaysia dan alam semesta.

Alamat: Lot 16, Jalan Douglas, Tanjung Malim Street Art, Perak

#6 Muzium Pendidikan Nasional

Kredit gambar: UPSI

Muzium ini memaparkan 21 galeri berkaitan sejarah pendidikan negara dan perkembangan pendidikan di Malaysia. 

Mula dibina pada tahun 1919 hingga 1922, muzium ini diiktiraf sebagai tapak warisan negara yang kini berfungsi sebagai Sultan Idris Teaching College (SITC).  

Telefon: 05-450 6680 

Alamat: Jalan Utama Upsi, 35900 Tanjong Malim, Perak

#7 Taman Perkelahan Kampung Sungai Bil

Kredit gambar: Google Review

Memori kanak-kanak anak Mama akan sentiasa diingati dengan perkelahan di Slim River. Lebih menarik lagi, air dingin sungai ini berasal dari Banjaran Titiwangsa yang sudah tentunya memberi ketenangan minda dan jiwa. 

Alamat: Unnamed Rd, 35900, Kampung Sungai Bil, 35900 Slim River, Perak 

#8 Go Kart Tanjung Malim

“Saya dah besar, boleh ke nak main Go Kart?”

Eh, mestilah boleh. Permainan ini terbuka kepada semua peringkat umur, lelaki dan perempuan. 

Permainan Go Kart kepada anak-anak dapat membina keyakinan diri dan kemahiran motor (motor skill) mereka. 

Telefon: 011-1157 7188

Alamat: Off, Jalan Kampung Lambak, 35900 Tanjong Malim, Perak

#9 Ladang Halia ENE

Halia yang kita selalu jumpa di pasaraya bukan satu-satunya jenis halia yang wujud. Ada banyak jenis dan spesies halia di dunia ini dan saiznya pun pelbagai. 

Kalau Mama nak tahu proses penanaman dan nak rasa teh halia di sini, wajib datang ke Ladang Halia Environment Natural Element (ENE) di Tanjung Malim.

Telefon: 012-370 3082

Alamat: ENE Ginger Farm (TM1), Lot 12097, Rizal Jalan Kawasaki, Industri Behrang 2020, Peti Surat 59, 35900 Tanjong Malim, Perak

#10 Cape Cafe

@del_zain

food sedap, harga tersangat murah, portion sesuai harga…akak del rate 9/10 ? #portmakanperak #jjcm #capecafetanjungmalim #foodie #foryou

♬ suara asli – Gany_abanit – GeryGany

Salah satu cafe menarik di Tanjung Malim waktu malam ialah di Cape Cafe kerana semua menu makanannya berharga RM 1.70 sahaja. 

Rata-rata ulasan di Google berpuas hati dengan layanan dan hidangan yang disediakan. Menu yang paling dicadangkan pula ialah Nasi Ayam Penyet dan sagu gula merah. 

Telefon: 019-881 8480

Alamat: Taman Anggerik Desa, 35900 Tanjong Malim, Perak

#11 Kolam Ikan “Natural Exotic”

Kredit gambar: Facebook

Tempat memancing di Tanjung Malim ada di Bandar Behrang. Manakala jenis ikan yang ada di sini ialah ikan keli Mekong, ikan keli ekor merah Amazon, ikan baung, toman dan pacu. 

Bagi yang ingin memancing di sini, konsep yang digunapakai ialah ‘tangkap dan lepas’ tetapi dalam masa yang sama pemancing disediakan tempat berteduh dari cuaca panas. 

Telefon: 011-3322 1898

Alamat: Lot 13305, Jalan Wawasan Dagangan 2, Bandar Behrang, 35900 Tanjong Malim, Perak

#12 Sarang Art Hub Cafe

@aliajuwa

Orang Tanjung Malim mesti tahu kedai ni kan? Nasi petai kak limah mengilai tu sedap weh 10/10! #foodiemy #malaysianfood #tanjungmalim #perak #warungpakjabit #fyp #mamatkhalid #alfatihahbuatmu

♬ original sound – Aliajuwa – Aliajuwa

Tempat makan menarik di Tanjung Malim yang seterusnya ialah di kafe milik arwah Mamat Khalid. 

Selain dapat menikmati makanan enak, Mama disajikan dengan pameran barang-barang yang pernah digunakan dalam filem-filem allahyarham. 

Telefon: 013-500 7942

Alamat: Jalan Rumah Rehat, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Perak

#13 Hitz Café

Kredit gambar: Berita Harian

Sebuah kafe berkonsepkan moden dengan menu makanan barat ini terletak di pekan lama Tanjung Malim. 

Bagi Mama Siti, ianya satu lokasi untuk meluangkan masa dengan diri sendiri dan kenalan sambil bertukar cerita tentang kehidupan masing-masing. 

Telefon: 05-458 1888 

Alamat: 30, Jalan Chong Ah Peng, Taman Hijau 2, 35900 Tanjong Malim, Perak

#14 Restoran Garden Seafood

Kredit gambar: Facebook

Kalau Mama nak tahu, inilah kedai lejen yang ada di Tanjung Malim ini. Kenapa gelarannya begitu? 

Kerana restoran makanan cina halal ini antara yang paling lama beroperasi di daerah Tanjung Malim. 

Telefon: 05 458 3398

Alamat: No. 7, 8 & 9A, Jalan Wangsa Utama, Taman Wangsa, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia.

Kredit gambar: Fast Voice Media

Tempat menarik di Tanjung Malim ini pun salah satu dari nadi ekonomi negeri Perak. Ia menawarkan pengalaman alam semula jadi, aktiviti menarik dan tempat makan yang viral. 

Pesan Mama Siti, jangan lupa rakam memori banyak-banyak ya. Manalah tahu akan datang lagi nanti. 


Jom healing di pelbagai tempat menarik di Malaysia di SINI.