Taiping iaitu salah satu bandar di Perak kini telah menjadi tumpuan pelancong kerana tempat-tempat menarik di seratanya.
20 Tempat Menarik Di Taiping
Supaya percutian anda lebih bermakna, jangan lupa singgah di tempat-tempat menarik di Taiping ini ya?
1. Spritzer EcoPark
Anda bukan sahaja boleh belajar tentang bagaimana produk Spritzer dihasilkan tetapi banyak lagi tarikan lain di sini seperti Discovery Tunnel, 18-hole Mini Golf dan Kidz Zone.
Alamat: Lot 898, Reservoir, Off, Jalan Air Kuning, 34000 Taiping
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 9.00 mlm
Tel: 05-801 2663
2. Taiping War Cemetery
Jangan lupa untuk singgah melawat dan memberi penghormatan kepada mereka yaang terkorban ketika Perang Dunia Kedua, mempertahankan negara kita.
Alamat: 34000 Taiping, Perak, Malaysia
3. ATV Adventure Park Larut
Memang seronok lah kan naik ATV di laluan yang mencabar di sini. Bukannya di jalan yang rata ya!
Alamat: Lot 3644, Pejabat Rekreasi, Jalan Air Terjun, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Rabu hingga Isnin, 9.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 019-712 1791
4. Muzium Perak
Merupakan muzium yang tertua di Malaysia, Muzium Perak ini mempamerkan maklumat dan sejarah negeri Perak untuk tontonan umum.
Alamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 05-807 2057
5. Taiping Lake Gardens
Taman tasik ini adalah yang pertama ditubuhkan ketika pemerintahan British di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Memang cantik dan mendamaikan pemandangan dan suasana di Taiping Lake Gardens ini!
Alamat: Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 017-546 0464
6. Matang Mangrove Forest Reserve
Berjalan-jalan di sekitar hutan simpan bakau sambil menikmati keindahan di sekelilingnya pun best kan? Beberapa spesis haiwan liar pun ada di sini.
Alamat: Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 7.00 mlm
Tel: 012-514 5023
7. Taiping Zoo
Zoo ini adalah yang tertua di Malaysia tau. Juga, adalah antara salah satu taman zoologi utama di negara kita.
Jangan lepaskan peluang melawat beribu haiwan di sini seperti mamalia dan reptilia.
Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 7.00 pg – 11.00 mlm
Tel: 05-808 6577
8. Bukit Larut
Bukit Larut telah mendapat perhatian orang ramai kerana kecantikan dan suhunya yang dingin, seakan-akan seperti berada di luar negara.
Dikenali juga sebagai Maxwell Hill, landskap di sini memang cantik. Mungkin kerana suhu yang sesuai dan tanahnya subur, pemandangan di sini kehijauan dan penuh dengan bunga-bungaan.
Alamat: Pegawai Penjaga Bukit Larut, Perak, 34000 Taiping
Tel: 05-807 7241
9. Kota Ngah Ibrahim
Kota Ngah Ibrahim adalah salah satu tempat bersejarah di Malaysia dan diwartakan sebagai bangunan warisan di sini.
Pernah menjadi kubu suatu ketika dahulu, bangunan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Alamat: Kampung Hujung Matang, 34750 Matang, Perak
Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis, 9.00 pg – 5.00 ptg | Jumaat, 9.00 pg – 12.45 tghari, 2.45 ptg – 5.00 ptg
10. Wonder Farm Mushroom
Anda sukakan cendawan? Memang wajib singgahlah di sini!
Selain daripada dapat membeli pelbagai produk yang dihasilkan daripada cendawan, anda dapat belajar bagaimana cendawan ditanam dan boleh mencubanya sendiri. Banyak aktiviti bersama keluarga yang boleh dilakukan di sini.
Alamat: Lot 1626, Lorong 1, Kampung Setia, 34700 Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 12.00 tghari, 2.00 ptg – 4.30 ptg
Tel: 012-466 7953
11. 5D Art Paradise Taiping
Memang seronok bergambar bersama yang tersayang di sini. Kalau kena dengan gaya, memang nampak real lah gambar nanti!
Alamat: 25, Jalan Maharajalela, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Rabu hingga Jumaat, 11.00 pg – 6.00 ptg, Sabtu dan Ahad, 10.30 pg – 7.00 mlm
Tel: 016-521 2693
12. Burmese Pool, Kolam Renang Batu Besar
Terletak berdekatan dengan Bukit Larut, memang rugi kalau anda tidak ke sini. Berkelah dan mandi-manda di air terjun dan aliran sungai di sini bersama keluarga, mesti seronok.
Airnya dijamin sejuk dan menyegarkan!
Alamat: 53, Jalan 2, Taman Sentosa, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 5.00 ptg
13. Charcoal Factory Kuala Sepetang
Destinasi menarik yang seterusnya ialah, Kilang Arang di Kuala Sepetang. Anda akan dapat menyaksikan proses pembuatan arang dari awal dan membeli produk yang dihasilkan daripada arang di sini.
Suasana di sekitarnya juga cantik tau.
Alamat: Jalan Taiping – Kuala Sepetang, Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 012-428 6098
14. Dataran Warisan Taiping
Dataran ini sering menjadi tempat berkumpul penduduk tempatan kerana makanan yang dijual di sini dan pelbagai aktiviti yang diadakan.
Alamat: 897, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 017-506 5696
15. Taman Botani Perak, Taiping
Cantiknya landskap di taman ini. Dipenuhi dengan pokok-pokok dan bunga-bungaan, pemandangan di taman ini memang menenangkan. Jangan lupa bergambar ya.
Alamat: Taman Botani Perak, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 pg – 7.00 mlm
16. All Saints’ Church, Taiping
Dibina berkonsepkan seni bina gothic dan klasik, gereja ini juga merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pengunjung di Taiping.
Kini ia merupakan salah satu bangunan warisan di Malaysia.
Alamat: Jalan Taming Sari, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Tel: 016-534 1964
17. Kampung Dew Fireflies
Seronoknya menyusuri sungai sambil melihat kecantikan hutan bakau yang diterangi dengan cahaya kelip-kelip ni.
Alamat: 1, Kampung Dew, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak
Tel: 019-578 6456
18. Landasan Keretapi Port Weld
Pernah menjadi landasan kereta api yang giat, Landasan Keretapi Port Weld kini telah menjadi tempat bersejarah di Taiping. Kereta api yang pernah digunakan dahulu telah ditinggalkan dan menjadi port orang ramai bergambar.
Alamat: Jalan Taiping – Kuala Sepetang, Tebok Matang, 34750 Matang, Perak
19. Telegraph Museum
Terdapat pelbagai artifak yang dipamerkan di sini. Melihat peralatan telegraf dan sebagainya yang pernah digunakan untuk berkomunikasi, pengunjung akan memahami bagaimana perhubungan dan komunikasi telah berubah.
Alamat: 2664, Jalan Stesen, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 05-801 0682
20. Taiping Mall
Kalau nak shopping pula, Taiping Mall lah tempatnya. Merupakan tempat beli-belah yang terbesar di bandar ini, pastinya macam-macam ada!
Alamat: Jalan Tupai 3A Taiping Mall 33 Level 3A, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 05-808 8889
Tempat Menarik Di Taiping
Jangan lupa untuk ke tempat-tempat menarik di Taiping ini ya? Selamat bercuti!