KelabMama

20 Tempat Menarik di Singapore Paling Popular & Wajib Singgah!

tempat menarik di Singapore tahun ini

Kredit gambar: Illust_monster / Shutterstock.com

Walaupun negara Singapore atau juga dikenali dengan nama Singapura adalah kecil, namun terdapat banyak tempat menarik di Singapore yang Mama boleh lawati bersama anak-anak.

Lokasi Singapura betul-betul terletak bertentangan dengan empangan Johor. Kota Singa ini dianggap sebagai negara paling bersih dan paling selamat, tetapi Mama mungkin tertanya-tanya mengapa ramai pelancong Malaysia lebih suka melancong ke negara ini. 

Berikut merupakan 20 tempat menarik di Singapore yang pasti berbaloi untuk dikunjungi!

20 Tempat Menarik di Singapore

#1 Universal Studios Singapore

Kredit gambar: Tripadvisor

Antara permainan yang menarik di sini ialah roller coaster Revenge of the Mummy  Sesame Street Spaghetti Space Chase, Transformer the Ride 3D, roller coaster mini Enchanted Airways, Madagascar: A Crate Adventure dan Jurassic Park Rapids Adventure. 

Roller coaster Battlestar Galactica di Universal Studios Singapore memegang gelaran sebagai yang roller coaster tertinggi di dunia.

Bayaran Masuk: 

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)

#2 Patung Merlion

Kredit gambar: goodnewsfromindonesia.id

Merupakan salah satu mercu tanda Singapura. Jika Mama melawat Singapura, pastikan Mama singgah di Menara Merlion setinggi 37 meter ini.

Mama boleh mengakses ke menara ini menggunakan lif yang disediakan. Dari atas, Mama boleh menikmati pemandangan 360 darjah Pulau Sentosa.

Bayaran Masuk: 

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)

#3 Taman Burung Jurong

Kredit gambar: Tripadvisor

Di Taman Burung Jurong, Mama boleh melihat 8,000 ekor burung daripada 600 spesies semuanya.

Burung yang terdapat di sini telah didatangkan daripada pelbagai tempat di Asia Tenggara, Eropah, Amerika Selatan dan Afrika.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 6.00pm)

#4 Madame Tussauds Singapore

Kredit gambar: Trawell.in

Di sini Mama boleh mengambil gambar dengan patung lilin yang dibuat serupa seperti artis popular.

Antara yang Mama boleh temukan ialah Madonna, Michael Jackson, Taylor Swift, Angelina Jolie, Leonardo DiCaprio dan banyak lagi. 

Waktu Operasi: 

Bayaran Masuk: 

#5 Little India

Kredit gambar: TimeOut

Little India ialah destinasi 24 jam yang meriah dimana ia menempatkan pusat membeli-belah Mustafa Center dan Tekka Center.

Pelbagai barangan dijual disini termasuklah barang kemas, makanan hinggalah ke barangan elektronik di Little India. 

Waktu Operasi: 24 Jam

#6 Henderson Wave Bridge

Kredit gambar: ExploreBees

Semasa menyeberangi jambatan ini, Mama juga boleh menyaksikan pemandangan yang indah, flora dan fauna yang menakjubkan. 

Dalam masa yang sama, Mama boleh menerokai tiga taman paling indah di Singapura iaitu Bukit Teluk Blangah, Taman Kent Ridge dan Mount Faber.

Waktu Operasi: 24 Jam 

#7 Gardens By The Bay

Kredit gambar: Medium

Ia juga merupakan air terjun indoor tertinggi di dunia. Rasanya bila dah masuk taman ni, tak nak keluar lah. Sebab cantik sangat. 

Datanglah pada 7 malam hingga 9 malam, apabila lampu neon terbuka dan menerangi pokok-pokok taman ini. Keindahannya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Waktu Operasi: Outdoor Gardens (Setiap Hari 5.00am – 2.00am)

#8  Singapore Flight Experience

Kredit gambar: hype & Stuff

Teringin nak jadi juruterbang?

Datanglah ke Singapore Flight Experience kerana dii sini Mama boleh mengemudi kapal terbang dalam simulator penerbangan Boeing 737.

Menariknya, Mama boleh membawa satu atau dua orang lagi di dalam kabin dan Mama juga boleh pilih dekat mana nak mendarat.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 10.00pm)

Bayaran Masuk: 

#9 Singapore Science Centre

Kredit gambar: Klook

Terdapat 14  pameran  interaktif untuk dinikmati seisi keluarga. Perkara yang paling menarik di sini ialah teater IMAX lima tingkat yang membuatkan Mama berasa seperti sedang berlakon dalam filem yang ditayangkan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)

#10 Singapore Philatelic Museum

Kredit gambar: TimeOut

Di Singapore Philatelic Museum, Mama boleh melihat pameran  setem  dari Singapura dan dari negara lain sejak tahun 1830-an hingga kini.

Di samping itu, di muzium ini pengunjung boleh menerima setem yang direka khas oleh muzium ini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 7.00pm)

#11 Ferris Wheel At Singapore Flyer

Kredit gambar: Singapore Visa

Ferris Wheel At Singapore Flyer ini setinggi 165 meter  dimana ia menyediakan kapsul berdingin hawa dan boleh memuatkan 28 orang dalam satu masa.

Terdapat banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini, termasuklah Retail Terminal, Flight Simulator, Kenko Reflexology, Fish Spa, XD Theater Motion Simulator dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 am – 10.30 pm)

Bayaran Masuk:

#12 Singapore Zoo

Kredit gambar: Travel With Bender

Berkeluasan lebih 26 hektar, Zoo Singapura adalah rumah kepada lebih daripada 300 spesies mamalia, reptilia dan burung.

 Zoo Singapura menempatkan haiwan di 11 zon berbeza, termasuk Taman Reptilia, Hutan Fragile  dan Afrika Liar.

Selain itu, Mama sekeluarga juga boleh menonton pertunjukan haiwan yang sering diadakan di sini, termasuk Elephants at Work and Play Show, Animal Friends Show dan bermacam lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 6.00pm)

Bayaran Masuk:

#13 Singapore Night Safari

Kredit gambar: Bali Safari & Marine Park

Terletak hanya bersebelahan dengan Zoo Singapura adalah zoo pertama di dunia yang menempatkan untuk haiwan noktural.

Di sini Mama boleh melihat lebih daripada 2,500 haiwan daripada 130 spesies.

Waktu Operasi: Setiap Hari (7.30am – 12.00am)

Bayaran Masuk:

#14 Marina Bay Sands

Kredit gambar: safdiearchitects.com

Kos pembinaan Marina Bay Sands ialah yang paling mahal di dunia iaitu S$8 bilion oleh Las Vegas Sands.

Tempat ini diilengkapi dengan sebuah hotel, dua pusat membeli-belah dan dua teater.  Apa yang membuatkan Marina Bay Sands menarik untuk pelancong ialah persekitaran panoramanya.

Ia sangat cantik, terutamanya pada waktu malam kerana lokasinya yang terletak di tepi laut ditambah lagi dengan pertunjukan cahaya laser.

#15 Butterfly Park & Insect Kingdom

Kredit gambar: Indiway

Di sini ada koleksi serangga yang paling banyak di dunia dengan lebih 3,000 spesies serangga dan 1,500 daripadanya ialah daripada 50 spesies rama-rama yang ada di dunia. 

Suasana di dalam taman juga sungguh sejuk dan menyegarkan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30am – 7.00pm)

Bayaran Masuk: 

#16 Sentosa 4D Adventureland

Kredit gambar: Trisadvisor

Mama boleh rasa sendiri simulasi roller coaster dengan aktiviti Extreme Log Ride iaitu aktiviti  yang membawa Mama mengelilingi Himalayazon. 

Bau, sentuhan dan penglihatan semuanya terasa sangat nyata.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 9.00pm)

Bayaran Tiket Online 4D AdventureLand  One Day Adventure Pass Unlimited: 

#17 Sentosa Skyride & Luge

Kredit gambar: Skyline Luge

Dekat sini lah kalau nak dapatkan pengalaman naik skyride mendaki bukit Pulau Sentosa dan nikmati pemandangan indah pulau itu.

Sampai di puncak, Mama boleh cuba pula Dragon Trail untuk turun bukit dimana laluan turun bukit ini mencapai 688 meter.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 9.30pm)

Bayaran Tiket Kombo 2 Luge & Skyrides: 

#18 National Gallery Singapore

Kredit gambar: Klook

Terdapat lebih 8,000 karya seni dipamerkan disini dan ia merupakan salah satu galeri koleksi seni terbesar di dunia.

Galeri ini mempamerkan pelbagai hasil seni dari Asia Tenggara dan Singapura dan karya-karya yang ditemui di sini dihasilkan dari abad ke-19 hingga ke hari ini.

Waktu Operasi: 

Bayaran Masuk: 

#19 Chinese Garden

Kredit gambar: TimeOut

Taman seluas 13.5 hektar ini mempunyai jambatan batu, rumah teh, pagoda dan taman bonsai.

Terdapat juga Live Turtle and Tortoise Museum dimana ia menempatkan lebih 200 penyu daripada 60 spesies dipamerkan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00am – 11.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

#20 Asian Civilisations Museum

Kredit gambar: Wikimedia Commons

Muzium Tamadun Asia ialah muzium tiga tingkat yang didedikasikan untuk menyimpan pelbagai budaya Asia. 

Muzium ini terdiri daripada budaya Melayu, Cina, India, Tamadun Islam dan Asia Tenggara.

Seperti kebanyakan muzium di Singapura, semua barang pameran dilengkapi dengan teknologi terkini untuk menjadikan galeri lebih interaktif untuk pengunjung.

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (10.00am – 7.00pm) | Jumaat (10.00am – 9.00pm)

Bayaran Masuk: S

Kredit gambar: Ixigo

Nak ke Singapura guna jalan darat boleh atau nak guna kapal terbang pun boleh. 

Singapura menawarkan 20 tempat menarik yang pasti dalam merakamkan pengalaman indah buat Mama dan melawat ke Kota Singa itu. 


Jom ke pelbagai tempat menarik di Malaysia dengan klik SINI.