Walaupun negara Singapore atau juga dikenali dengan nama Singapura adalah kecil, namun terdapat banyak tempat menarik di Singapore yang Mama boleh lawati bersama anak-anak.
Lokasi Singapura betul-betul terletak bertentangan dengan empangan Johor. Kota Singa ini dianggap sebagai negara paling bersih dan paling selamat, tetapi Mama mungkin tertanya-tanya mengapa ramai pelancong Malaysia lebih suka melancong ke negara ini.
Berikut merupakan 20 tempat menarik di Singapore yang pasti berbaloi untuk dikunjungi!
20 Tempat Menarik di Singapore
#1 Universal Studios Singapore
Antara permainan yang menarik di sini ialah roller coaster Revenge of the Mummy Sesame Street Spaghetti Space Chase, Transformer the Ride 3D, roller coaster mini Enchanted Airways, Madagascar: A Crate Adventure dan Jurassic Park Rapids Adventure.
Roller coaster Battlestar Galactica di Universal Studios Singapore memegang gelaran sebagai yang roller coaster tertinggi di dunia.
Bayaran Masuk:
- Dewasa 13 – 59 Tahun S$76 (Anggaran RM236.35)
- Kanak-kanak 4 – 12 Tahun S$56 (Anggaran RM174.15)
- Warga Emas 60 Tahun & Ke Atas S$38 (Anggaran RM118.17)
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)
#2 Patung Merlion
Merupakan salah satu mercu tanda Singapura. Jika Mama melawat Singapura, pastikan Mama singgah di Menara Merlion setinggi 37 meter ini.
Mama boleh mengakses ke menara ini menggunakan lif yang disediakan. Dari atas, Mama boleh menikmati pemandangan 360 darjah Pulau Sentosa.
Bayaran Masuk:
- Dewasa S$12 (Anggaran RM37.31)
- Kanak-kanak & Warga Emas S$9 (Anggaran RM27.98)
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)
#3 Taman Burung Jurong
Di Taman Burung Jurong, Mama boleh melihat 8,000 ekor burung daripada 600 spesies semuanya.
Burung yang terdapat di sini telah didatangkan daripada pelbagai tempat di Asia Tenggara, Eropah, Amerika Selatan dan Afrika.
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 6.00pm)
#4 Madame Tussauds Singapore
Di sini Mama boleh mengambil gambar dengan patung lilin yang dibuat serupa seperti artis popular.
Antara yang Mama boleh temukan ialah Madonna, Michael Jackson, Taylor Swift, Angelina Jolie, Leonardo DiCaprio dan banyak lagi.
Waktu Operasi:
- Isnin – Jumaat (10.00am – 7.30pm)
- Sabtu, Ahad & Cuti Umum (10.00am – 9.00pm)
Bayaran Masuk:
- Dewasa S$39 (Anggaran RM121.26)
- Kanak-kanak 3 – 12 Tahun S$29 (Anggaran RM90.17)
#5 Little India
Little India ialah destinasi 24 jam yang meriah dimana ia menempatkan pusat membeli-belah Mustafa Center dan Tekka Center.
Pelbagai barangan dijual disini termasuklah barang kemas, makanan hinggalah ke barangan elektronik di Little India.
Waktu Operasi: 24 Jam
#6 Henderson Wave Bridge
Semasa menyeberangi jambatan ini, Mama juga boleh menyaksikan pemandangan yang indah, flora dan fauna yang menakjubkan.
Dalam masa yang sama, Mama boleh menerokai tiga taman paling indah di Singapura iaitu Bukit Teluk Blangah, Taman Kent Ridge dan Mount Faber.
Waktu Operasi: 24 Jam
#7 Gardens By The Bay
Ia juga merupakan air terjun indoor tertinggi di dunia. Rasanya bila dah masuk taman ni, tak nak keluar lah. Sebab cantik sangat.
Datanglah pada 7 malam hingga 9 malam, apabila lampu neon terbuka dan menerangi pokok-pokok taman ini. Keindahannya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Waktu Operasi: Outdoor Gardens (Setiap Hari 5.00am – 2.00am)
#8 Singapore Flight Experience
Teringin nak jadi juruterbang?
Datanglah ke Singapore Flight Experience kerana dii sini Mama boleh mengemudi kapal terbang dalam simulator penerbangan Boeing 737.
Menariknya, Mama boleh membawa satu atau dua orang lagi di dalam kabin dan Mama juga boleh pilih dekat mana nak mendarat.
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 10.00pm)
Bayaran Masuk:
- Scenic Flight 30 Mins S$130 (Anggaran RM404.20)
- City Circuits 45 Mins S$160 (Anggaran RM497.47)
- Multi City Flyer 60 Mins S$225 (Anggaran RM699.57)
- City Flyer S$275 (Anggaran RM855.03)
- Ultimate 90 Mins S$295 (Anggaran RM917.22)
- Multi Ultimate 90 Mins S$325 (Anggaran RM1010.49)
#9 Singapore Science Centre
Terdapat 14 pameran interaktif untuk dinikmati seisi keluarga. Perkara yang paling menarik di sini ialah teater IMAX lima tingkat yang membuatkan Mama berasa seperti sedang berlakon dalam filem yang ditayangkan.
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)
#10 Singapore Philatelic Museum
Di Singapore Philatelic Museum, Mama boleh melihat pameran setem dari Singapura dan dari negara lain sejak tahun 1830-an hingga kini.
Di samping itu, di muzium ini pengunjung boleh menerima setem yang direka khas oleh muzium ini.
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 7.00pm)
#11 Ferris Wheel At Singapore Flyer
Ferris Wheel At Singapore Flyer ini setinggi 165 meter dimana ia menyediakan kapsul berdingin hawa dan boleh memuatkan 28 orang dalam satu masa.
Terdapat banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini, termasuklah Retail Terminal, Flight Simulator, Kenko Reflexology, Fish Spa, XD Theater Motion Simulator dan banyak lagi.
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 am – 10.30 pm)
Bayaran Masuk:
- Dewasa S$33 (Anggaran RM102.60)
- Kanak-kanak 3 – 12 Tahun S$21 (Anggaran RM65.29)
- Warga Emas S$24 (Anggaran RM74.62)
#12 Singapore Zoo
Berkeluasan lebih 26 hektar, Zoo Singapura adalah rumah kepada lebih daripada 300 spesies mamalia, reptilia dan burung.
Zoo Singapura menempatkan haiwan di 11 zon berbeza, termasuk Taman Reptilia, Hutan Fragile dan Afrika Liar.
Selain itu, Mama sekeluarga juga boleh menonton pertunjukan haiwan yang sering diadakan di sini, termasuk Elephants at Work and Play Show, Animal Friends Show dan bermacam lagi.
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 6.00pm)
Bayaran Masuk:
- Dewasa S$33 (Anggaran RM102.60)
- Kanak-kanak 3 – 12 Tahun S$22 (Anggaran RM68.40)
- Warga Emas S$15 (Anggaran RM46.64)
#13 Singapore Night Safari
Terletak hanya bersebelahan dengan Zoo Singapura adalah zoo pertama di dunia yang menempatkan untuk haiwan noktural.
Di sini Mama boleh melihat lebih daripada 2,500 haiwan daripada 130 spesies.
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.30am – 12.00am)
Bayaran Masuk:
- Dewasa S$45 (Anggaran RM139.91)
- Kanak-kanak 3 – 12 Tahun S$30 (Anggaran RM93.28)
- Warga Emas S$18 (Anggaran RM55.97)
#14 Marina Bay Sands
Kos pembinaan Marina Bay Sands ialah yang paling mahal di dunia iaitu S$8 bilion oleh Las Vegas Sands.
Tempat ini diilengkapi dengan sebuah hotel, dua pusat membeli-belah dan dua teater. Apa yang membuatkan Marina Bay Sands menarik untuk pelancong ialah persekitaran panoramanya.
Ia sangat cantik, terutamanya pada waktu malam kerana lokasinya yang terletak di tepi laut ditambah lagi dengan pertunjukan cahaya laser.
#15 Butterfly Park & Insect Kingdom
Di sini ada koleksi serangga yang paling banyak di dunia dengan lebih 3,000 spesies serangga dan 1,500 daripadanya ialah daripada 50 spesies rama-rama yang ada di dunia.
Suasana di dalam taman juga sungguh sejuk dan menyegarkan.
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30am – 7.00pm)
Bayaran Masuk:
- Dewasa S$16 (Anggaran RM49.75)
- Kanak-kanak 3 – 12 Tahun S$10 (Anggaran RM31.09)
#16 Sentosa 4D Adventureland
Mama boleh rasa sendiri simulasi roller coaster dengan aktiviti Extreme Log Ride iaitu aktiviti yang membawa Mama mengelilingi Himalayazon.
Bau, sentuhan dan penglihatan semuanya terasa sangat nyata.
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 9.00pm)
Bayaran Tiket Online 4D AdventureLand One Day Adventure Pass Unlimited:
- Dewasa S$35 (Anggaran RM108.82)
- Kanak-kanak S$24.20 (Anggaran RM75.24)
#17 Sentosa Skyride & Luge
Dekat sini lah kalau nak dapatkan pengalaman naik skyride mendaki bukit Pulau Sentosa dan nikmati pemandangan indah pulau itu.
Sampai di puncak, Mama boleh cuba pula Dragon Trail untuk turun bukit dimana laluan turun bukit ini mencapai 688 meter.
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 9.30pm)
Bayaran Tiket Kombo 2 Luge & Skyrides:
- S$23 (Anggaran RM71.51)
#18 National Gallery Singapore
Terdapat lebih 8,000 karya seni dipamerkan disini dan ia merupakan salah satu galeri koleksi seni terbesar di dunia.
Galeri ini mempamerkan pelbagai hasil seni dari Asia Tenggara dan Singapura dan karya-karya yang ditemui di sini dihasilkan dari abad ke-19 hingga ke hari ini.
Waktu Operasi:
- Ahad – Khamis & Cuti Umum (10.00am – 7.00pm)
- Jumaat, Sabtu, Sehari Sebelum Cuti Umum (10.00am – 10.00pm)
Bayaran Masuk:
- Dewasa S$20 (Anggaran RM62.18)
- Kanak-kanak 7-12 Tahun, Warga Emas, Pelajar S$15 (Anggaran RM46.64)
#19 Chinese Garden
Taman seluas 13.5 hektar ini mempunyai jambatan batu, rumah teh, pagoda dan taman bonsai.
Terdapat juga Live Turtle and Tortoise Museum dimana ia menempatkan lebih 200 penyu daripada 60 spesies dipamerkan.
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00am – 11.00pm)
Bayaran Masuk: Percuma
#20 Asian Civilisations Museum
Muzium Tamadun Asia ialah muzium tiga tingkat yang didedikasikan untuk menyimpan pelbagai budaya Asia.
Muzium ini terdiri daripada budaya Melayu, Cina, India, Tamadun Islam dan Asia Tenggara.
Seperti kebanyakan muzium di Singapura, semua barang pameran dilengkapi dengan teknologi terkini untuk menjadikan galeri lebih interaktif untuk pengunjung.
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (10.00am – 7.00pm) | Jumaat (10.00am – 9.00pm)
Bayaran Masuk: S
- $8 (Anggaran RM24.87)
- Jumaat 7.00pm – 9.00pm S$4 (Anggaran RM12.44)
- 5 Orang Ahli Keluarga S$24 (Anggaran RM74.62)
- Pelajar & Warga Emas S$4 (Anggaran RM12.44)
- Pelajar & Warga Emas Jumaat 7.00pm – 9.00pm S$2 (Anggaran RM6.22)
Nak ke Singapura guna jalan darat boleh atau nak guna kapal terbang pun boleh.
Singapura menawarkan 20 tempat menarik yang pasti dalam merakamkan pengalaman indah buat Mama dan melawat ke Kota Singa itu.
Jom ke pelbagai tempat menarik di Malaysia dengan klik SINI.