Di bandar ketiga terbesar negeri Sarawak ini, terdapat pelbagai tempat menarik yang wajib dikunjungi terutamanya pelancong dari tanah semenanjung Malaysia.
Tempat menarik berikut merangkumi taman, tempat bersejarah dan juga makanan unik tradisi orang Sarawak.
Ayuh, kita lihat lebih dekat lagi tempat menarik di Sibu.
15 Tempat Menarik Di Sibu, Sarawak
#1 Sibu Heritage Centre
Menjadi negeri terbesar di Malaysia sudah tentu menyimpan banyak khazanah dan kisah dalam negeri ini.
Kedatangan Mama ke Sibu Heritage Centre mendedahkan pelbagai pameran seperti artifak, kraf, replika rumah panjang yang berkaitan dengan nilai-nilai kehidupan masyarakat setempat.
Alamat: 18 2, Jalan Central, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
Hubungi: 019-868 4139
#2 Taman Jubli Bukit Aup
Aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah jogging, brisk walk dan berkelah. Dalam masa yang sama, Mama jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan di kolam ikan dan jambatan gantung.
Alamat: : 96000 Sibu, Sarawak
Hubungi: 084-333 411
#3 Pasar Sentral Sibu
Umum ketahui bahawa ada perbezaan makanan di timur Malaysia dan semenanjung Malaysia. Di pasar sentral ini terdapat pelbagai jenis makanan, manisan, kraftangan dan buah-buahan yang tidak ada di negeri lain.
Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 6 petang)
Alamat: Jln Channel, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
Hubungi: 084-313 449
#4 Sibu Night Market
Kalau nak ke tempat menarik di Sibu waktu malam, salah satunya ialah di pasar malam yang terletak di antara Jalan Bengkel dan jalan Lintang.
Ada pelbagai barangan nak makanan dijual di sini. Menurut para pengunjung, ianya seperti syurga ‘street food’ yang menjual pastri, barbeku (BBQ) dan kuih-muih.
Waktu operasi: Setiap hari (5 petang – 10 malam)
Alamat: Jalan Market, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
#5 Rajang Esplanade
Di tepi tebing sungai, Mama akan perasaan ada satu arca angsa gergasi. Menurut orang tempatan angsa itu berfungsi menyelamatkan penduduk Sibu dari kelaparan.
Mama Siti sarankan Mama lepak di Rajang Esplanade untuk aktiviti memancing dan river cruise atau memadai hanya dengan menikmati pemandangan sungai.
Alamat: 31, Jalan Maju, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
#6 Lau King Howe Hospital Memorial Museum
Sangat jarang kita dapat peluang melihat sendiri peralatan hospital zaman dahulu kan? Tapi kalau datang ke muzium perubatan di Sarawak ini, kita dapat melihat reka bentuk dan alatan hospital sejak dari tahun 1931 lagi.
Waktu operasi: Selasa – Ahad (9 pagi – 5 petang)
Alamat: Jalan Lau King Howe, 96000 Sibu, Sarawak
Hubungi: 084-338 070
#7 Cabe Ijo
Kalau datang ke Borneo tak sah lah kalau tak cuba makanan laut kan. Apa kata datang ke Cabe Ijo yang turut menyediakan makanan tradisi orang Sarawak.
Alamat: Lorong Kuda 2, 71 & 73, Jln Kuda, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
Hubungi: 0168991395
#8 Taman Awam Sibu (Sibu Lake Garden)
Di sebelah pagi atau petang, Mama boleh rehatkan minda di taman yang terdapat di Sibu ini. Tempat ini juga dikenali dengan nama Lake Garden yang sering menjadi pilihan keluarga, rakan-rakan dan kanak-kanak.
Alamat: Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
#9 Sibu Town Square
Jika kena pada waktunya, Mama boleh mengunjungi Borneo Cultural dan festival makanan yang diadakan di sini.
Di lain hari pula, Mama masih boleh merakam memori dengan mengambil gambar terutamanya pada patung angsa dan kuda.
Alamat: Jln Bujang Suntong, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
Hubungi: 016-498 3261
#10 Sungai Merah Heritage Walk
Dahulunya, tempat ini ialah bazar lama dan juga menjadi petempatan awal orang Cina di Sibu. Namun kini, ianya menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
Selain itu, Mama juga boleh teruskan perjalanan dengan melalui laluan pejalan kaki ke Taman Memorial Wong Nai Siong.
Alamat: Lorong Sungai Merah 2D4, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
#11 Kuil Tua Pek Kong
Nilai sejarah yang ada di kuil ini membuktikan bahawa budaya Cina telah mula masuk ke Sibu sejak abad ke-19 lagi.
Kehalusan seni bina kuil ini menjadi faktor kedatangan pengunjung.
Alamat: Jln Temple, 96000 Sibu, Sarawak
Hubungi: 084-318 005
#12 Sibu Street Art
Mural yang popular di sini ialah coolie iaitu gambar pekerja pelabuhan kapal laut. Di samping itu, mural di sini juga menampilkan makanan, permainan kanak-kanak dan gaya hidup orang Sibu.
#13 Sibu River Cruise
Pelayaran yang mengambil masa satu jam ini terbuka kepada dua kategori iaitu Sightseeing Cruise atau Sunset Cruise.
Bila lagi dapat pengalaman merentas sungai terpanjang di Malaysia, Sungai Rajang kan.
Alamat: Pulau Babi Wharf, Jalan Khoo Peng Loong, 96000 Sibu, Sarawak
Hubungi: 011-5983 7313
#14 Taman Rimba Bukit Lima Forest Park
“Semua aktiviti air ke Mama Siti? Kami pencinta hutan ni macam mana?”
Tanda pagar ‘hutan talk’ selalu berkongsi informasi hutan, membuatkan sebahagian dari kita teringin nak tengok sendiri keindahan dan keunikan spesies mamalia dan burung di taman rimba bandar Sibu ini.
Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 pagi – 5.00 petang)
Alamat: Jln Sentosa, Fasa 2, 96000 Sibu
#15 Lin’s Swan Garden
Walaupun namanya diambil dari haiwan angsa, terdapat juga patung zodiak lain yang dipamerkan di sini.
Sebagai trivia, patung angsa yang menghadap selatan membawa maksud keamanan dan kemakmuran bandar Sibu.
Alamat: Lebuh Tanah Mas, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
Menurut Mama, yang mana paling berbaloi dikunjungi?
Harapnya perkongsian kali ini membantu Mama membuat perancangan percutian di Sarawak. Nikmati saat-saat bermakna ini ya.
Jom lihat tempat menarik yang lain di SINI.