KelabMama

12 Tempat Menarik Di Seremban Sebagai ‘Next Pit Stop’ Mama!

tempat menarik di Seremban

Sumber: gayatravel.com.my

Seremban sebagai ibu negeri Negeri Sembilan merupakan bandar yang dipenuhi dengan tempat makan best dan tempat-tempat menarik yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong.

12 Tempat Menarik Di Seremban

Terkenal dengan masakan masak lemak cili api yang pior, jangan lupa untuk ke tempat-tempat menarik di Seremban ini ya?

1. Rabbit Fun Land, Lenggeng

Sumber: facebook.com/RabbitFunLand/photos

Bukan sahaja ada arnab di sini, haiwan-haiwan lain seperti anak kuda, lembu, rusa, burung unta, keldai, kambing, biri-biri dan lain-lain pun ada.

Sesuai sangat kalau bawa kanak-kanak ke sini. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain daripada berjalan dan menikmati keindahan ladang ini.

Alamat: N34, Kampung Sungai Gunung Machang Ulu, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 10.30 pg – 6.30 ptg
Tel: 012-636 2833

2. Lenggeng Recreational Forest

Sumber: shutterstock.com

Di hutan lipur yang terletak di Lengggeng ini, anda boleh merentas hutan dan mandi manda di air terjunnya.

Beberapa kemudahan juga disediakan di sini seperti gazebo, taman permainan kanak-kanak dan jambatan.

Alamat: Lenggeng Recreational Forest,71750 Lenggeng, Negeri Sembilan

3. Nabila Agrofarm

Sumber: facebook.com/nabilaagrofarm/photos

Apa yang best kat sini?

Terdapat banyak haiwan di sini yang anda boleh lakukan pelbagai aktiviti bersama. Kebiasaannya, ramai yang ke sini akan menunggang kuda, memanah, menaiki ATV, naik kereta api JoyRide, bermain dengan arnab dan bermacam lagi.

Memang menyeronokkan!

Alamat: Jalan Wa Othman Batu 7, 3/4, Jalan Seremban, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Sabtu dan Ahad, 8.30 pg – 6.30 ptg
Tel: 019-665 2239

4. Gunung Telapak Burok

Sumber: rainforestjournal.com

Merupakan gunung yang tertinggi di Negeri Sembilan, Gunung Telapak Burok memang menjadi pilihan buat mereka yang suka hiking.

Spesis flora dan fauna yang terdapat di hutan ini pun unik-unik dan jarang dijumpai. Bolehlah ke sini dan terokai sendiri ya?

Alamat: Gunung Telapak Burok, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan

5. Jelita Ostrich Farm

Sumber: facebook.com/Jelita-ostrich-farm

Kalau anda sukakan burung unta, Jelita Ostrich Farm adalah destinasi wajib untuk anda. Selain daripada dapat dekati dan tunggangi burung unta, anda boleh dapatkan produk berasakan burung unta seperti minyak burung unta di sini.

Alamat: Lot 1504, Batu 6 Mukim Pantai, Jln Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 06-767 0707

6. Taman Alam Veterinar Seremban

Sumber: penang-traveltips.com

Taman Alam Veterinar Seremban ini adalah seperti mini zoo kerana terdapat bermacam haiwan yang dibela di sini seperti rusa, kerbau dan kambing.

Memang sesuai datang bersama keluarga.

Alamat: Taman Alam Veterinar Seremban, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan

7. X Park Sendayan

Sumber: xparkmalaysia.com

Merupakan pusat hiburan yang terbesar di Negeri Sembilan, terdapat dalam 18 aktiviti rekreasi yang disediakan di sini.

Tahap kesukaran untuk aktiviti-aktiviti ini berbeza, tetapi ia sesuai untuk semua peringkat umur.

Alamat: Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 12.00 tgahari – 12.00 pg
Tel: 017-447 3913

8. Galeri Diraja Tuanku Ja’afar

Sumber: mobile.facebook.com/GDTJSeremban/photos

Jangan lupa juga untuk terokai Galeri Diraja Tuanku Ja’afar di Taman Tasek Seremban ya. Pameran di galeri ini berkisarkan kisah hidup DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Semoga dalam mengenang baginda, kita dapat mengambil pengajaran juga daripada sejarahnya.  

Alamat: Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 10.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 06-761 9102
Harga tiket: Dewasa, RM10 | Kanak-kanak 6 tahun ke bawah, Percuma | Pelajar, OKU dan Warga emas, RM5 |

9. Lorong Seni Seremban

Sumber: utusan.com.my

Kalau anda seorang photographer ataupun gemar berselfie, Lorong Seni Seremban ini tentu akan mengujakan anda.

Terdapat banyak lukisan mural di sini yang bertemakan pelbagai. Cantik-cantik pula tu!

Alamat: 9, Jalan Dato Sheikh Ahmad, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

10. Taman Tasik Seremban

Sumber: lexishibiscuspd.com

Seronok juga bersiar-siar pada waktu pagi atau petang di sini kan? Kalau nak beraktiviti pun boleh, ramai yang ke sini untuk berjogging, mungkin kerana pemandangannya yang cantik dan udaranya yang segar.

Alamat: Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 10.00 mlm

11. Taman Orkid Seremban

Sumber: mainprop.com

Buat mereka yang sukakan bunga terutamanya bunga orkid, anda wajib lawati Taman Orkid Seremban ini. Memang cantik dan indah pemandangan di sekitar taman ini!

Alamat: Taman Orkid Seremban, Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

12. Centipede Temple

Sumber: malaysia-traveller.com

Ramai yang ke sini untuk mencari tuah bertemu dengan lipan kerana sejarah lagendanya. Selain itu, kuil yang berusia 140 tahun ini sering menerima kunjungan kerana faktor tarikannya yang lain seperti patung Buddha, tempat suci dan patung Tuhan Perkahwinan.

Alamat: Jalan Temiang, 70200, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia, 70200 Seremban
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 6.30 ptg
Tel: 010-310 5880

Destinasi Menarik Di Seremban

Jangan lupa untuk singgah di tempat-tempat menarik di Seremban ini ya? Semoga anda berjaya penuhi semua checklist anda!