KelabMama

Tak Tahu Nak Buat Apa kat Sepang? Jom ke 14 Tempat Menarik di Sepang Ini

Bercerita tentang Sepang, apa yang Mama dan Papa tahu tarikan di sana? Mama Siti yakin pasti ramai tahu benar tentang daerah yang terletak dalam negeri Selangor ini, tetapi masih ramai yang tercari-cari tempat menarik di Sepang.

Terdapat tiga mukim di bawah pentadbiran daerah ini iaitu Dengkil, Labu dan Sepang sendiri yang mana kesemua tempat ini sememangnya terkenal dengan kewujudan beberapa tempat menarik. Malah, daerahnya yang terletak di persisiran Laut Selat Melaka membuatkan Sepang turut tidak terkecuali dengan aneka makanan laut yang dijual pada harga berpatutan.

“Eh, banyak ke tempat yang boleh dikunjungi di Sepang ni?”

Sebenarnya, banyak tau tempat menarik di Sepang! Nak tahu apa dia? Jom teruskan membaca entri di bawah ni.

Senarai Tempat Menarik di Sepang, Selangor

1. Kota Warisan

Kredit gambar: Sunsuria

Antara tempat popular di Sepang iaitu Kota Warisan yang mana Mama Siti yakin destinasi ini turut menjadi buah mulut warga daerah ini dalam usaha mempromosikannya kepada pengunjung.

Apa yang menariknya di Kota Warisan ni? Macam-macam ada Mama dan Papa! Bermula daripada lambakan kafe menyajikan pelbagai juadah sehinggalah kepada panorama sunset yang sangat indah.

Kota Warisan ini boleh dikatakan suatu lokasi besar mempunyai pelbagai kemudahan kedai dan kafe. Pilihan kafe yang banyak membuatkan anda tak perlu risau nak makan apa bila sampai di sini. Bermula daripada juadah masakan Melayu (lauk-pauk) sehinggalah kepada seafood tomyam (Thailand) dan western semuanya boleh diperoleh di sini.

Settle bab makan pula, jom santai di Giverny Park Sunsuria City pula. Apa yang ada di sini? Ini adalah tempat bersantai untuk pelbagai aktiviti seperti jogging, beriadah, berbasikal dan macam-macam lagi.

Masuk percuma je sebab ia seperti taman rekreasi awam namun pemandangan dan landskapnya cukup indah. Malah, tak jemu pun kalau nak berada lama kat sini sebab tempat ni sangat luas.

Ada playground untuk kanak-kanak, ada tasik buatan, tumbuhan cantik, pendek kata memang menariklah kalau luangkan masa kat sini.

Lepas puas teroka Giverny Park, jom tengok view sunset di Hilltop Cuisine pula. Kat sini bukan setakat nikmati panorama matahari terbenam ketika senja, tapi turut disediakan spot yang cantik untuk tangkap gambar. Jadi, facebookers, instagramers, tiktokers semua rugilah kalau tak datang sini tangkap gambar banyak-banyak.

Malah, untuk Mama Papa yang datang bersama anak-anak pun tak payah risau kalau mereka boring sebab ada aktiviti sesuai untuk si anak iaitu mini playground. Dah rasa haus dan lapar, boleh nikmati makanan ala western, desserts dan air minuman yang disediakan oleh sebuah kafe di Hilltop ni. Tempat n dibuka sampai malam.

Kalau sebelah malam terlepas tengok sunset, anda boleh nikmati pemandangan sekitar bandar dari atas bukit ni sambil enjoy makan di kafe yang disediakan. Kiranya, kalau datang ke Kota Warisan je pun dah cukup memenuhkan aktiviti anda untuk seharian tu kan?

2. Pantai Bagan Lalang

Kredit gambar: Bagan Lalang Homestay

Mencari tempat mandi-manda di pantai? Daerah Sepang ada lokasinya tau. Kalau sebut Pantai Bagan Lalang mungkin sebahagian individu kurang mengenalinya. Tapi kalau kata Avani Sepang Gold Coast Resort, Mama Siti percaya pasti ramai individu tahu benar dengan temoat peranginan yang satu ni.

Cumanya Pantai Bagan Lalang adalah lokasi terbuka untuk oang ramai bermandi-manda dengan masuk pun percuma. Tapi, Avani Gold Coast Resort pula diusahakan oleh syarikat pelancongan dengan pelbagai facilities mereka tersendiri. Namun, ia adalah dari sumber pantai yang sama.

Kalau orang bagi review yang Avani Sepang Gold Coast Resort mempunyai pantai yang cantik dan pasir yang halus, begitu juga dengan pantai riadah terbuka ini.

Jadi, kalau rasa nak bercuti di Sepang sambil cari tempat mandi, Pantai Bagan Lalang adalah jawapannya.

Selain daripada tarikan mandi-manda, di pantai ini juga wujudnya sebuah jeti khas buat kaki pancing iaitu Jeti Wak Sempung.

Setelah hampir seharian healing di pantai, perut terasa lapar pula kan? Jangan risau, kat sini juga terdapt banyak kedai makanan laut segar dijual dengan harga berpatutan. Kalau anda makan ketika senja, bolehlah nikmati sunset view dari kedai makan. Wah, seronoknya kan?

3. Litar Antarabangsa

Kredit gambar: Tempah Hotel

Lokasi yang satu ni rasanya dah tak perlu diperkenalkan lagi sebab ini antara tempat paling terkenal di Sepang. Cuma Mama Siti percaya bukan semua berkesempatan berkunjung ke tempat tarikan daerah Sepang yang satu ni kan?

Litar Antarabangsa Petronas Sepang ialah sebuah litar yang digunakan untuk perlumbaan Formula One, Grand Prix A1, Grand Prix Motosikal dan sukan permotoran yang lain. Litar ini terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jadi, untuk peminat F1 dan Cubprix khususnya, bolehlah serbu tempat ni bila ada game. Cuma contact kakitangan Litar Antarabangsa Sepang untuk urusan pembelian tiket dan sebagainya.

4. Go Kart Sepang

Masih berada di lokasi sama seperti point ketiga, tapi ini pula aktiviti khas untuk mereka yang berani nak mencuba sukan perlumbaan ala-ala F1 ni. Aktiviti memandu go-kart ini dikendalikan oleh pihak Racing Under Dog (RUD).

Tempat ni dah dibuka seawal 10 pagi hingga 12 tengah malam pada setiap hari dan kadar bayaran adalah berbeza mengikut sesi yang ditetapkan.

Rasa nak cuba main go-kart? Jom lah serbu RUD Karting Sepang!

5. KLIA

Lapangan terbang utama di negara kita ni pun terletaknya di Sepang tau! Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur antara mercu tanda dan tarikan popular di Malaysia.

Teknologi, kecanggihan dan rekaan menarik membuatkan ramai orang sanggup datang ke KLIA hanya demi nak melihat kehebatan lapangan terbang ini di depan mata.

Jadi, KLIA bukan hanya dibuka untuk penumpang kapal terbang semata-mata, tapi sesiapa jerr boleh datang ke sini dan tengok kenderaan udara tersebut.

Jadi, ada tak individu yang masih anggap Sepang tiada tempat menarik dan canggih?

6. Taman Tasik Cyberjaya

Mungkin sesetengah individu tak mengetahui bahawa Cyberjaya juga termasuk dalam daerah Sepang. Maka, Taman Tasik Cyberjaya juga antara tarikan menarik tatkala pengunjung nak berjalan-jalan di daerah ini.

Ha, apa ada di Taman Tasik Cyberjaya? Di sini merupakan kawasan rekreasi sesuai untuk beriadah dan bersantai. Taman awam ini dibuka secara percuma dan sesuai dikunjungi pada waktu siang.

Pada sebelah malam tiada sebarang aktiviti dan lampu jalan juga tidak begitu banyak menerangi kawasan taman ini kerana ianya tidak dibuka pada sebelah malam.

Jadi, Papa dan Mama yang rasa nak bawa anak jogging atau berbasikal, boleh lepak di sini sambil lihat ketenangan tasik dan panorama yang indah.

7. Restoran Padang Minang Batang Kapeh

Antara tempat makan yang perlu ada dalam senarai lokasi anda ialah Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh. Restoran yang menyajikan menu masakan tengah hari ini terletak di Kampung Salak Tinggi, Sepang.

Bagi peminat masakan selera kampung dan tradisional, Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh ini tentulah pilihan yang tepat. Beroperasi setiap hari daripada jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang, restoran ini menyajikan hidangan lauk-pauk yang dikatakan enak oleh pengunjung.

Antara menu popular dan menjadi pilihan pelanggan ialah ikan bakar dan ikan keli goreng. Ikan bakar dipadankan dengan sambal kicap menjadi buruan pengunjung kerana rasa fresh ikan tersebut.

Selain ikan bakar dan keli, lauk-pauk yang dihidangkan juga beraneka. Memang rambang mata dibuatnya! Ada ayam bakar, masak lemak siput sedut, aneka jenis ulam-ulaman dan banyak lagi.

8. Taman Tema Aqua

Kredit gambar: Facebook Gaya Trip

Dikenali sebagai Taman Tema Aqua yang pertama dan terbesar di Malaysia, Aqua X menawarkan pelbagai jenis aktiviti menyeronokkan yang boleh dilakukan.

Antaranya ialah Pakej Mangrove Tour yang akan membawa pengunjung berlayar ke kawasan hutan penuh dengan pemandangan indah dan bunyi burung eksotik di sekitarnya. Yang ni ada bayaran ditetapkan oleh pihak pengurusan berkenaan iaitu RM80 untuk kanak-kanak berusia dua tahun keatas dan RM120 untuk dewasa.

Tempoh beriadah pula sekitar empat jam yang mana pengunjung berpeluang menyusuri sungai dan menangkap siput sedut.

Untuk mengetahui cara pembelian tiket dan waktu operasi, boleh jenguk ke website mereka di sini.

9. Mitsui Outlet

Mencari sebuah mall besar menarik di sekitar Sepang? Mitsui Outlet Park KLIA adalah tempatnya! Luangkan hari anda di Mitsui Outlet Park yang terkemuka ini untuk mendapatkan satu pengalaman membeli-belah yang terbaik di Sepang.

Di sini terdapat pelbagai barangan berjenama dan mewah yang dipasarkan dengan harga yang menarik dan lebih murah berbanding di tempat lain. Anda pasti tidak ingin ketinggalan mendapatkan tawaran yang diberikan oleh setiap kedai di pusat membeli-belah premium ini.

Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam

10. Tamarind Square

Walaupun ini terletak di Cyberjaya, namun ia juga merupakan antara tempat menarik di Sepang yang berdekatan.

Mungkin penduduk di sekitar sini dah tahu benar konsep di Tamarind Square. Tapi bagi mereka yang belum pernah dengar tentang tempat ni, Tamarind Square, Cyberjaya ini adalah lokasi santai menyediakan pelbagai kemudahan iaitu pasaraya dan kafe-kafe menarik.

Kedengaran biasa, tapi yang luar biasanya adalah landskap dan pemandangan di sini tau! Tamarind Square mempunyai design yang sangat unik dan cantik. Sesuai sangat untuk ber-OOTD, lepak di kafe hipster, malah makanan pun dikatakan sedap-sedap belaka.

Tapi, selain terkenal dengan tempatnya yang amat instagram-worthy, pengunjung juga boleh menyertai beberapa aktiviti mingguan di sini. Antaranya ialah aktiviti Zumba Fitness, Pound Fitness, yoga dan aktiviti Piloxing.

Malah, terdapat pasar malam yang berkonsepkan urban diadakan pada hari Rabu minggu kedua dan keempat. Mesti tertanya-tanya macam mana pasar malam berkonsepkan urban kan? Ha, kalau nak tahu, jomlah ke sini dan lihat sendiri keunikan di Tamarind Square ini!

11. Restoran Terapung HM Sri Bagan Sepang Satu

Rasa nak makan seafood fresh sebelah malam? Ini restoran menarik untuk mereka yang nak cari ikan bakar, sotong, udang dan banyak lagi!

Restoran Terapung HM Sri Bagan Sepang Satu ini dikatakan terbaik untuk pengunjung nikmati makan malam sambil menikmati bayu laut yang sangat menenangkan. Bunyi ombak dan udara yang sejuk pasti akan mengubahkan mood anda agar lebih tenang.

Semua menu mereka wajib dicuba terutamanya Ikan Talapia Bakar, Ikan Siakap Stim dan Sambal Udang Petai yang very recommended!

Waktu operasi: 5 petang- 11 malam setiap hari.

12. National Automobile Museum

Kredit gambar: Google

Bagi peminat kereta atau yang berkaitan dengan automotif, tempat ini pasti mengujakan anda! Muzium Auotomobil Nasional yang terletak di Welcome Centre Litar Antarabangsa Sepang ini memaparkan beberapa model kereta dan motosikal buatan tempatan serta kereta-kereta import yang pernah digunakan di negara ini.

Tujuan utama muzium ini ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat mengenai sejarah perkembangan dan pencapaian industri permotoran di Malaysia. Selain perkembangan berkaitan kenderaan di negara ini, muzium ini juga memaparkan koleksi kereta vintage dan klasik yang memepunyai sejarahnya tersediri.

Tanpa sebarang bayaran dikenakan, pengunjung dapat mengetahui syarikat-syarikat tempatan yang menyumbang dalam memajukan industri ini termasuklah DRB-Hicom, PROTON, BUFORI, MODENAS dan PERODUA. Koleksi-koleksi yang dipamerkan adalah yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat tersebut.

Waktu operasi: Setiap hari bermula 9 pagi- 6 petang.

13. Paya Indah Wetlands

Bercerita tentang paya mungkin kedengaran tidak menarik. Tapi jangan terkejut, paya yang satu ini merupakan salah satu lokasi menarik untuk dituju.

Paya Indah Wetlands adalah merupakan kawasan perlindungan dan kawasan eco-tourism di bawah PERHILITAN. Terletak di Dengkil, paya ini telah diwartakan sebagai Rizab Tanah Lembap (Wetlands) di bawah Sub-Seksyen 62(1), Kanun Tanah Negara (Akta 56).

Dahulunya, Paya Indah Wetlands merupakan tanah bekas lombong bijih timah dan hutan paya gambut, namun, ia kemudiannya diberi nafas baharu apabila lombong yang berkedalaman lebih 10 meter ini diolah menjadi 14 buah tasik buatan. Antara tasik-tasik yang menjadi tarikan utama adalah Tasik Utama, Tasik Sendayan dan Tasik Typha.

Selain tarikan tasik, paya berkenaan turut dihiasi dengan 235 spesies burung, 63 spesies mamalia, 20 spesies reptilia, 10 spesies amphibians dan 14 spesies ikan. Beberapa aktiviti riadah juga sesuai dilakukan bersama keluarga atau sahabat handai antaranya memancing, melihat burung, camping, petting animals, berjogging, berbasikal, O-O-T-D dan banyak lagi!

Eh, menariknya! Berapa harga tiket kan? Ha, jangan terkejut sebab masuk adalah percuma. Jadi, rugilah kalau tak cuba singgah di tempat yang seakan-akan zoo tapi boleh tengok haiwan ni for free kan?

Waktu operasi: Setiap hari bermula 8 pagi – 6 petang (Tutup sementara ketika solat jumaat)

14. Taman Ekuesterian Purajaya

“Asyik senarai playground atau tempat beriadah je. Ada tak tempat lain daripada lain yang boleh dilakukan di Sepang untuk seisi keluarga?”

Ha, apa kata cuba singgah di tempat menarik yang satu ni! Taman Ekuestrian Putrajaya merupakan tempat sukan berkuda di Dengkil yang diilhamkan sebagai konsep taman dalam bandar.

Lokasi yang dibuka pada tahun 2006 ini memiliki 70 ekar tasik buatan manusia menawarkan pengalaman menarik untuk pengunjung menunggang kuda secara santai, ekuestrian dan polo.

Sesuai dengan tempatnya, kalau nak tahu di sinilah lokasi untuk sesiapa jerr yang berhasrat belajar bermain sukan kuda mengikut waktu kelas ditetapkan. Namun, untuk semua perkhidmatan yang Mama Siti nyatakan ini mempunyai kadar bayaran berbeza-beza.

Tapi bagi mereka yang tak nak belajar bermain kuda, hanya nak datang dan tunggang secara santai jerr, jangan risau. Boleh sangat nak santai dan lihat keindahan di tempat ini sambil cuba aktiviti joyride. Harganya sangat berpatutan iaitu RM10 untuk kanak-kanak dan RM15 untuk dewasa.

Ish, rugilah kan kalau tak singgah dan rasai sendiri pengalaman di sini. Sambil tengok tempat cantik, dapat peluang beriadah dengan kuda.

Tapi yang paling best adalah, tempat ini pernah menjadi destinasi acara bertaraf dunia seperti Pameran Kuda Piala Siri Premier, FEI Asian World Cup Qualifier dan Sukan SEA 2017. Ha, takkan anda tak rasa nak tengok dan lihat sendiri lokasi menarik ini?

Ia dibuka setiap hari namun jadual bagi setiap aktiviti adalah berbeza. Nak tahu, boleh klik di website Perbadanan Putrajaya ini!


Untuk tahu pelbagai lagi tempat menarik Kelab Mama kongsikan, jom lihat Panduan dan Direktori di SINI!