Semporna terkenal dengan kepulauan yang menawarkan keindahan pasir memutih, terumbu karang dan air laut yang jernih.
Namun begitu, masih banyak lagi yang terdapat di Semporna yang boleh dilakukan. Perkongsian kali ini Mama Siti fokuskan mengenai lokasi rekreasi, tempat penginapan, tempat makan serta tempat menarik di Sabah.
Ayuh, kita menelusuri lebih dalam lagi berkaitan Semporna.
Senarai Tempat Menarik di Semporna, Sabah
#1 Muzium Tun Sakaran
Muzium Tun Sakaran 2 tingkat menempatkan pelbagai koleksinya dan khazanah budaya Semporna. Tambahan pula, reka bentuk bangunan muzium itu menggabungkan elemen tradisional kejiranan Bajau Semporna dan Lepa-Lepa.
Alamat: Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah
Hubungi: 08-922 2679
Waktu operasi: Isnin – Jumaat: 8 am– 5 pm
Sabtu – Ahad: 9 am– 5 pm
#2 Parapat Water Village
Alami pemandangan indah sambil bermalam di atas air di tempat menarik di Perkampungan Air Parapat. Disini, Mama boleh melakukan aktiviti seperti memancing di perairan Semporna. Bilik penginapannya pun sangat unik, berasaskan kayu dan dibina betul-betul di atas air.
Alamat: Kampung Tanjung Parapat Semporna, 91308 Semporna, Sabah
Hubungi: WhatsApp
#3 2Win Hill Park
Sebuah lokasi rekreasi di atas bukit yang sering dijadikan lokasi fotografi memotretkan memori dalam taman ini atau menangkap gambar pemandangan dari atas bukit.
Oh ya, disini juga antara lokasi tumpuan untuk mereka yang bakal atau sudah melangsungkan perkahwinan mengabadikan kenangan.
Alamat: Jalan Bukit Sakong, 91308 Semporna, Sabah
Hubungi: WhatsApp
Waktu operasi: Setiap hari: 8 am– 5 pm
Laman sosial: Facebook & Instagram
#4 Bukit Tengkorak Archaeological Heritage Site
Semporna juga menawarkan tapak bersejarah untuk para pelancongnya. Tapak arkeologi Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara.
Tahukah Mama? Lebih 3000 tahun dahulu, bukit ini pernah didiami oleh manusia di zaman neolitik.
Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 5 petang
Laman sosial: Laman sesawang
#5 Pulau Kapalai
Di Borneo, terdapat sebuah pulau bernama Kapalai iaitu pulau buatan manusia. Jika anda ingin pergi bercuti, Pulau Kapalai adalah tempat yang bagus untuk dikunjungi. Ia hanya 15 minit dari Pulau Sipadan, dan anda boleh melihat hidupan marin dari dekat semasa menyelam.
#6 Anjung D’Samudera Cafe
Mama, jangan sesekali lepaskan peluang makan makanan laut sepuas-puasnya ketika sampai di Semporna, Sabah.
Selain harganya yang murah, kebanyakkan makanan laut disini masih segar. Menu terbaik restoran ini antaranya ialah mini shell-out kam heong & mango float, nasi goreng seafood dan nasi ayam mentega.
Alamat: Taman Bandar Semporna, 91308 Semporna, Sabah
Hubungi: WhatsApp
Waktu operasi:
Setiap hari: 8 am– 11 pm
Laman sosial: Facebook
#7 Pakalangan Bay
Terletak tidak jauh dari pekan Semporna terdapatnya sebuah taman rekreasi di Semporna. Perjalanan dari bandar Semporna pula hanya kira-kira 20 km sahaja.
Terdapat kawasan rehat dengan meja berkelah di mana anda boleh berkelah santai bersama keluarga atau rakan anda.
Alamat: Pakalangan, 91308 Semporna, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari: 7 am– 10 pm
#8 Taman Tanaman Anggur
Satu-satunya ladang anggur yang wujud di Semporna, Sabah. Inilah peluang untuk kita memetik sendiri buah anggur dari pokoknya. Ala, macam petik buah strawberi di Cameron Highland.
Bagi yang berminat menjadi peladang anggur, Mama boleh dapatkan banyak informasi mengenai cara penjagaan tanaman anggur di sini.
Alamat: Kampung Kuala Bibang, Semporna, Sabah
Hubungi: WhatsApp
Waktu operasi:
Setiap hari: 9 am– 5 pm
#9 Scuba Tiger Semporna Holiday Resort
Bagi Mama yang bercadang bercuti bersama pasangan, Mama Siti sarankan untuk menginap di resort ini. Bukan apa, resort ini menawarkan aktiviti luar (outdoor) seperti mendaki bukit, selam skuba dan snorkeling.
Alamat: Kampung Tampi-Tampi, 91308 Semporna, Sabah
Hubungi: WhatsApp
Waktu operasi: Sentiasa dibuka
Laman sosial: Facebook
#10 Nusakuya Resort
Nusakaya Resort ialah konsep vila terapung yang Mama Siti cadangkan Mama kunjungi. Mama boleh memilih antara bilik double dan bilik keluarga dan kedua-duanya mempunyai ciri privasi tersendiri. Berkayak adalah antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di resort ini.
Alamat: Kg Tundun Bum-Bum Lot no 20-031204014 Peti surat 852, 91308 Semporna, Sabah
Hubungi: WhatsApp
Waktu operasi: Sentiasa dibuka
Laman sosial: Facebook & Instagram
#11 Pulau Tetagan
Pulau Tetagan telah menjadi rumah kepada kumpulan etnik Bajau Laut sejak sekian lama. Inilah perkara unik tentang masyarakat majmuk di Malaysia.
Kediaman mereka berada agak jauh dari daratan, jadi ini bolehlah Mama bawa sedikit oleh-oleh untuk mereka disini.
Alamat: Pulau Tetagan, Semporna, Sabah
#12 Mushrooms Inn
Bayangkan tinggal di rumah cendawan gergasi! Terdapat enam bilik berbeza yang boleh anda pilih sesuai dengan bajet dan keselesaan Mama.
Mushroom Inn tidak dibina di atas air. Itulah yang membuatkan ianya berbeza dari kebanyakkan tempat penginapan lain di Semporna.
Alamat: Lorong Avenue 3, Taman sutera, 91307 Semporna, Sabah
Hubungi: WhatsApp
Waktu operasi: Sentiasa dibuka
Laman sosial: Facebook
#13 Tampi Tampi Resort
“Oh, Aspalela jangan tinggalkan ku sayang,”
Ingat tak lagu ni Mama? Ala, yang Saiful Apek jadi hero.
Sekilas pandang memang ada persamaan dengan rumah-rumah dalam filem Aspalela. Lagi pula, tempat ini sesuai sangat dijadikan lokasi percutian keluarga yang ada anak-anak kecil.
Terdapat ruang mandian yang sesuai untuk kanak-kanak disini. Ditambah pula dengan kejernihan air lautnya dan pasir putih di dasarnya.
Alamat: Kampung Tampi-tampi Asli, 91308 Semporna, Sabah
Begitulah Semporna mengalu-alukan pelawatnya. Ternyata masih banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Semporna.
Semoga perkongsian penjelasan dan maklumat yang Mama Siti kongsikan ini membawa Mama merancang perjalanan sepanjang di Semporna, Sabah.
Ada perancangan ke tempat lain di Malaysia? Klik SINI untuk rujukan Mama.