KelabMama

Merancang Untuk Bercuti Dan Staycation Di Selangor? Jom Ke 20 Tempat Menarik Di Selangor Ini!

tempat menarik Selangor

Sumber: visitselangor.com

Ramai yang menyangka, kerana lokasinya bukan seperti di negeri-negeri di Pantai Timur, ia tidak mempunyai pantai atau tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.

Sebenarnya, di serata Selangor, terdapat banyak destinasi menarik yang sesuai untuk percutian dan hobi anda.

20 Tempat-tempat Menarik Di Selangor

Selangor juga kaya dengan alam semula jadi selain mempunyai tempat hiburan yang lain.

1. Bukit Broga

Sumber: https://www.visitselangor.com/

Bukit Broga merupakan antara bukit yang popular di Selangor kerana ia sering menjadi pilihan penduduk tempatan dan juga dari luar untuk hiking.

Alamat: Jalan Broga, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia
Waktu operasi: 24 jam, Setiap hari
Tel: +603 8925 1992 (Pejabat Daerah Hulu Langat)
Caj tempat letak kenderaan: RM1 (setiap orang)
Caj kemasukan: RM1
Caj tandas: RM1

2. Refreshing Springs Resort 

Sumber: https://www.visitselangor.com/

Resort ini antara pilihan pengunjung untuk bermalam berdekatan Bukit Broga. Cantik bukan? Berkonsepkan reka bentuk yang tradisional, di sini juga terdapat kolam air panas dan sungai yang berdekatan serta bermacam kemudahan dan aktiviti menarik lain seperti rock climbing dan flying fox.

Alamat: PT 4049 Mukim Sungai Gumut, Ulu Bernam, Tanjong Malim (Selangor), Malaysia, 44100

3. Sky Mirror

Sumber: tripadvisor.com.my

Ramai yang ke sini untuk bergambar dan photoshoot. Tebing pasir yang hanya timbul dalam 3-4 jam pada waktu pagi itu akan merakam imej pantulan anda seperti melihat cermin jika diambil dari sudut tertentu.

Tetapi ia hanya terjadi pada hari 1, 2, 14, 15, 16 dan ke 30 mengikut kalendar lunar Cina tau. Untuk ke sini, pengunjung mestilah menaiki bot dari Pantai Remis selama 30 minit.

Alamat: Jalan Pantai Remis, 45800 Jeram, Kuala Selangor
Waktu operasi: 8.00 pg hingga tengahari
Tel: +603 3289 1439 / +603 3289 1549 / 2423 / 4328 (Kuala Selangor District Council)

4. Kuala Selangor Nature Park

Sumber: https://www.visitselangor.com/

Di Kuala Selangor Nature Park, anda boleh melihat keindahan hutan bakau serta flora dan fauna di sini. Jika anda mahukan sedikit adventure, bolehlah hiking di laluan yang disediakan.

Selain itu, tempat penginapan seperti chalet juga ada.

Alamat: Taman Alam Kuala Selangor, Jalan Klinik, 45000 Kuala Selangor
Waktu operasi:
9.00 pg hingga 6.00 ptg, Setiap hari
Tel: +603 3289 2294 
Harga tiket: Dewasa, RM4 | Pelajar dan Kanak-kanak bawah 16 tahun, RM1 | Ahli Malaysian Nature Society dan Warga Emas, RM2

5. Air Terjun Sungai Chiling

Sumber: libur.com.my

Di Selangor juga terdapat beberapa air terjun seperti Air Terjun Sungai Chiling. Terletak dalam Taman Warisan Negeri Selangor, ia digelar sebagai air terjun yang tercantik di Selangor tau.

Sebelum ke sini, anda harus merentas hutan terlebih dahulu. Tetapi janganlah risau ya. Laluannya tidaklah begitu mencabar.

Alamat: Air Terjun Sungai Chiling, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Waktu operasi: Sabtu dan Ahad sahaja, 8.00 pg – 6.00 ptg. Tutup ketika cuti umum
Tel: +603 6064 1214 (Pejabat Perikanan Daerah Hulu Selangor)
Caj kemasukan: RM1 seorang

6. Air Terjun Sungai Gabai

Sumber: https://www.visitselangor.com/

Selain Air Terjun Sungai Chiling, Air Terjun Sungai Gabai yang terletak dalam Taman Warisan Negeri Selangor juga tak kurang cantiknya.

Untuk ke sini, pengunjung perlu lalui jambatan merentasi anak sungai dan di sekitar air terjun ini, terdapat gazebo yang sesuai untuk anda berkelah bersama keluarga dan rakan.

Alamat: Air Terjun Sungai Gabai, Selangor, 43100 Hulu Langat, Selangor
Waktu operasi: 8.00 pg – 6.00 ptg
Tel: +603 9075 2885 – Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah
Caj kemasukan: RM1 seorang

7. Kolam Air Panas Hulu Tamu

Sumber: facebook.com/Kolam-Air-Panas-Hulu-Tamu-Batang-Kali

Buat anda yang lebih suka mandi air panas, Kolam Air Panas Hulu Tamu adalah destinasi wajib di Selangor untuk anda!

Alamat: Kolam Air Panas Hulu Tamu, Kampung Kuantan, Batang Kali, 44300 Selangor, Malaysia
Waktu operasi:
Setiap hari, 24 jam kecuali hari Khamis untuk pembersihan
Tel: +603 6064 1331 (Majlis Daerah Hulu Selangor)
Caj kemasukan: Dewasa, RM3 | Kanak-kanak bawah 12 tahun, PERCUMA

8. Wet World Shah Alam

Sumber: https://www.visitselangor.com/

Taman tema air yang berinspirasikan Caribbean ini sesuai untuk semua peringkat umur. Ia terletak dalam Taman Tasik Shah Alam dan mempunyai reka bentuk yang menarik iaitu terdiri daripada pelbagai bentuk kolam dan gelongsor.

Alamat: Wet World Shah Alam, Pesiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Waktu operasi: Khamis hingga Selasa, 10.00 pg – 6.00 ptg | Buka setiap hari untuk cuti sekolah dan cuti umum
Tel: +603 5513 2020 / +603 5513 2588
Caj kemasukan:

TiketPemegang MyKadBukan Pemegang MyKad
Dewasa (130cm dan ke atas)RM35RM40
Kanak-kanak (90cm – 130cm)RM30RM35
Bayi (bawah 90cm)PercumaPercuma

9. i-City Shah Alam

Sumber: jomjalan.com.my

Ia dikenali sebagai Bandar Lampu Digital, suasana di sini begitu cantik dihiasi lampu yang berwarna-warni. Memang jadi port untuk mereka yang suka bergambar dan photoshoot.

Tetapi bukan itu je, di sini juga terdapat banyak tarikan yang lain seperti SnoWalk, FunWorld dan Itsy Bitsy. Namun berbeza dengan City of Digital Lights, tarikan yang lain ini mungkin dikenakan caj.

Alamat: D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ, 40000 i-City, Selangor, Malaysia
Waktu operasi: Setiap hari, 6.00 ptg – 10.30 mlm. Kecuali hari Sabtu, hingga 11.30 mlm
Tel: +603 5521 8800 / +603 5521 8868
Caj kemasukan: Percuma

10. Batu Caves

Sumber: https://www.visitselangor.com/

Kuil di Batu Caves ini sentiasa sesak dengan pengunjung dari latar belakang agama yang berbeza. Meskipun ia merupakan tempat keagamaan, ia juga menjadi tumpuan pelancong kerana pembinaan dan nilai budaya di sini.

Selain itu, ada juga aktiviti rock climbing di sini tau. Untuk masuk ke gua kuilnya adalah percuma tetapi untuk ke gua lain seperti gua Ramayana dan Villa, bayaran akan dikenakan.

Alamat: Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Waktu operasi: Sabtu dan Ahad sahaja, 8.00 pg – 6.00 ptg. Tutup ketika cuti umum
Tel: +603 6189 6284 (Temple Management Office)
Caj tempat letak kenderaan: RM2

11. Hutan Lipur Sungai Congkak

Sumber: hmetro.com.my

Di Hutan Lipur Sungai Congkak, terdapat pelbagai spesis flora dan fauna. Buat mereka yang sukakan alaam semula jadi, bolehlah ke sini.

Anda bukan sahaja dapat menghayati keindahannya tetapi boleh juga berkhemah, hiking, mandi manda di sungai berdekatan dan tinggal di chalet jika anda merancang untuk menginap di sini. 

Alamat: Hutan Lipur Sungai Congkak, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: +603 5513 2000

12. Bangi Wonderland

Sumber: https://www.visitselangor.com/

Jika anda ke Bangi, bolehlah ke Bangi Wonderland bersama keluarga. Ada banyak keistimewaan taman tema air ini seperti Water Cannon, Magic Funnel dan Pirate’s Bay.

Alamat: Bangi Wonderland Themepark No. 2 Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Waktu operasi: Ahad hingga Jumaat kecuali Selasa, 11.00 pg – 6.00 ptg | Hari minggu dan cuti umum, 10.00 pg – 6.00 ptg
Tel:  +603 8912 8333

13. District 21

Sumber: klook.com

Kalau anda sukakan cabaran tetapi tidak mahu aktiviti luar, District 21 adalah tempat yang sesuai untuk anda.

Di sini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti fizikal seperti memanjat, melompat dan terbang. Boleh hubungi nombor di bawah untuk tempahan dan harga tiket ya.

Alamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia.
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 12.00 tghari –  8.00 mlm | Sabtu dan Ahad, 10.00 pg – 8.00 mlm
Tel:
+603 8328 8888

14. Taman Eko Rimba Komanwel

Sumber: https://www.visitselangor.com/

Kalau ke Rawang, anda wajib singgah di Taman Eko Rimba Komanwel ni. Ia dikelilingi hutan tebal bersama taman berlandskap, tasik, tempat perkhemahan, laluan untuk jogging dan hiking serta bermacam lagi.  

Anda juga boleh berkayak di sini!

Alamat: Kilometer 23, Jalan Kuala Lumpur – Rawang, 48000 Rawang, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 7.00 pg – 7.00 ptg
Tel: +603 6091 6131 (Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor)
Caj kemasukan: Dewasa, RM1 | Kanak-kanak,RM0.50 sen

15. Hatter’s Castle

Sumber: https://www.visitselangor.com/

Hatter’s Castle pernah menjadi rumah kepada pengurus ladang di Pulau Carey dan telah menjadi model kepada banyak rumah dan banglo ketika zaman penjajahan terdahulu kerana kemegahan reka bentuknya pada ketika itu.

Kini, ia telah menjadi salah satu warisan di Malaysia.

Alamat: Sime Darby West Estate, Heritage Island, Pulau Carey, 42960, Kuala Langat, Selangor
Tel: +603 3326 6222 (Puan Rogayah)

16. Kampung Kuantan Fireflies Park

Sumber: mdks.gov.my

Di Kampung Kuantan Fireflies Park, pengunjung akan dibawa ke habitat semula jadi kelip-kelip untuk melihat mereka berterbangan dalam kelompok mengeluarkan cahaya.

Pengunjung akan menyusuri sungai dengan bot atau sampan dalam sekitar 20 minit untuk menikmati keindahan waktu malam yang diterangi cahaya kelip-kelip ini.

Alamat: Kampung Kuantan Firefly Park, Jalan Rawang, 45000, Kuala Selangor
Waktu operasi: 7.45 mlm – 10.30 mlm
Tel: +603 3289 1439 / (Kuala Selangor District Council)
Harga tiket: RM50 untuk satu sampan yang boleh muatkan maksimum 4 orang

17. Hutan Rekreasi Sungai Tekala

Sumber: https://www.visitselangor.com/

Hutan Rekreasi Sungai Tekala yang mempunyai sungai yang cantik ini juga sering menjadi pilihan pengunjung untuk meluangkan masa bersama keluarga, berkhemah, mandi manda dan juga menginap di chalet di sini.

Alamat: Sungai Tekala Recreational Forest, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 7.00 pg – 7.00 ptg
Tel: + 603 9081 4918 (Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah)
Caj kemasukan: Dewasa, RM2 | Kanak-kanak, RM1

18. Blue Tears Kuala Selangor

Sumber: https://www.visitselangor.com/

Blue Tears di Kuala Selangor ini terjadi kerana fenomena semula jadi disebabkan Dinoflagellates yang menghasilkan cahaya warna biru pada waktu malam.

Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot dari jeti Sky Mirror.

Alamat: Sky Mirror Jetty (Departure point), Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
Waktu operasi: Setiap hari8.00 mlm, 9.00 mlm, 10.00 mlm
Tel: +6012 343 2971/+6012 344 5033

19. Hutan Rekreasi Gunung Nuang

Sumber: https://www.visitselangor.com/

Kalau anda hikers yang tegar, bolehlah cabar diri mendaki Gunung Nuang ini. Ia terkenal dengan tempat hiking yang ekstrem tau!

Alamat: Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah, Tingkat 1, Blok B, Platinum Cheras, 43200 Cheras, Selangor.
Waktu operasi: Setiap hari,7.00 pg – 7.00 mlm
Tel: +603 9081 4918
Caj kemasukan: Dewasa, RM1 | Kanak-kanak, RM0.50 sen

20. Zoo Negara

Sumber: malaysiakini.com

Zoo Negara, tentunya antara destinasi wajib kan? Terutama jika anda bawa kanak-kanak, memang sesuai bawa mereka ke sini untuk mengenal bermacam haiwan dalam habitatnya.

Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari,9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 018-233 1200

Tempat-tempat Menarik Di Selangor

Bergantung atas minat dan tujuan anda, bolehlah masukkan destinasi-destinasi di atas dalam perancangan ya? Semoga percutian dan staycation anda di Selangor merakam kenangan manis dalam hidup anda!