Buat anda yang merancang untuk ke Sarawak, tentu anda tidak akan menyesal dengan persinggahan dan penginapan di sana. Keindahan negeri ini sering menjadi bualan orang, apa kata anda ke sana sendiri dan terokainya?
Destinasi 30 Tempat Menarik Di Sarawak
Untuk itinerary anda nanti, bolehlah masukkan antara tempat-tempat menarik di Sarawak ini di dalamnya ya?
1. Bukit Batu Lawi
Tidak seperti gunung dan bukit lain, Bukit Batu Lawi adalah bukit yang amat sukar untuk didaki. Mereka yang berhajat untuk menawan puncaknya mestilah yang sudah berpengalaman dan cukup kelengkapannya, serta wajib dibantu dan ditemani mountain guide.
Alamat: Bukit Batu Lawi, Limbang, Sarawak
2. Orchid Garden Kuching
Terdapat berpuluh ribu tanaman di sini yang pasti akan membuatkan anda terasa seperti berada di taman bunga yang begitu indah.
Alamat: Kampung Istana, 93050 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 9.30 pg – 6.00 ptg
Tel: 082-446 688
Harga tiket: Percuma
3. Lambir Hills National Park
Digelar mempunyai ekosistem hutan yang paling rumit dan pelbagai dalam dunia, Lambir Hills National Park adalah rumah kepada pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan, mungkin juga yang anda tidak pernah tahu wujud.
Ramai pengkaji sains yang berumah di sini untuk meneroka misteri hutan ini.
Alamat: 1-76, Bintulu – Miri Hwy, 98000 Miri, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari,8.00 pg hingga 5.00 ptg
Tel: 011-6572 9433
4. Borneo Happy Farm
Rugi kalau anda ke Kuching dan tidak singgah di Borneo Happy Farm ini. Anda akan dapat melihat bagaimana petani menanam dan menuai hasil tanaman dan mendekati haiwan-haiwan yang ada di sini.
Alamat: Lot 485 & 490 Jalan Sungai Moyan No.3 Jalan Pei Yuan Selatan Jalan Batu Kawa-Bau Bau, 94000 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari,8.30 pg hingga 5.00 ptg
Tel: 016-898 8084
5. Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo
Takut juga nak pergi ke ladang buaya ni kan? Tapi rugilah kalau lepaskan peluang untuk tengok lebih daripada 1000 buaya di sini berada dalam habitatnya.
Alamat: Lot 164, Jalan Lutong – Kuala Baram, 98000 Miri, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari,9.00 pg hingga 5.00 ptg
Tel: 010-385 2829
6. Cat Museum
Muzium kucing yang pertama di dunia ini pasti akan membuatkan pencinta kucing teruja pada sepanjang tour di sini.
Alamat: Bangunan DBKU, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg hingga 5.00 ptg
Tel: 082-446 688
Harga tiket: Untuk kamera, RM3 | Untuk kamera video, RM5
7. Bawang Assan Iban Longhouses, Sibu
Kalau ke Sarawak, mestilah kena lawat rumah panjangnya kan? Di Bawang Assan Iban Longhouses, Sibu, anda akan dapat memahami serba-sedikit budaya orang Iban. Malah untuk menginap di sini pun boleh.
Alamat: Bawang Assan Iban Longhouses, Sibu, Sarawak
8. Jalan Padungan
Buat mereka yang tertanya-tanya di mana terletaknya patung The Great Cat of Kuching, ia berada di Jalan Padungan ya.
Bukan tu je tarikannya, banyak lagi attraction di sini seperti kedai makan yang sudah bertahun lamanya, makanan-makanan tempatan dan kedai kraftangan.
Alamat: Jalan Padungan, Kuching, Sarawak
9. Bird Watching
Hutan di Sarawak yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna merupakan habitat kepada 650 spesis burung. Itu baru spesisnya sahaja, bukan bilangannya.
Burung-burung yang cantik dan menarik, bird watching di Sarawak adalah aktiviti wajib ya!
10. Kuching Waterfront
Kuching Waterfront yang menghala ke Sungai Sarawak sentiasa sesak dengan pengunjung dan penduduk tempatan. Deretan kedai dan pelbagai kemudahan yang disediakan di sini menyenangkan pengunjung untuk meluangkan masa bersama yang tersayang di sini.
Alamat: 37, Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 017-356 1980
11. Similajau National Park
Di Bintulu pun ada taman negara iaitu Similajau National Park. Seperti di taman negara yang lain, terdapat pelbagai spesis haiwan yang ada di sini. Malah terdapat juga buaya dan disebabkan itu pengunjung dinasihati untuk patuh kepada arahan dan menggunakan jambatan yang disediakan.
Tarikan yang unik di sini ialah terdapat pantai yang anda boleh lihat dolfin Irrawaddy di sekitarnya.
Alamat: Similajau National Park, Similajau, 97000 Bintulu, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari,8.00 pg hingga 5.00 ptg
Tel: 019-861 0998
12. Darul Hana Bridge
Reka bentuk jambatan ini memang unik kan? Kalau anda ke Kuching Waterfront, bolehlah melencong sekejap ke sini. Dekat je jaraknya. Mesti cantik gambar yang diambil nanti!
Alamat: Darul Hana Bridge, 93000 Kuching, Sarawak
Tel: 017-356 1980
13. Taman Tumbina
Nama taman ini tercipta daripada gabungan perkataan tumbuhan dan binatang. Kerana itulah ia merupakan taman dan zoo kepada pelbagai haiwan dan tumbuhan seperti pokok kaktus, beruang, reptile, rusa jawa, kebun buah dan bermacam lagi.
Alamat: Jalan Tun Razak, Taman Tumbina, 97000 Bintulu, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari,8.00 pg hingga 5.00 ptg
Tel: 086-337 709
14. The Floating Mosque Kuching
Begitu indah pembinaan Masjid India Kuching di tebing sungai Sungai Sarawak ini kan? Sungguh mendamaikan suasananya.
Alamat: The Floating Mosque Kuching, 93000 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari, 5.00 pg hingga 10.00 mlm
15. Gunung Murud
Selain daripada Bukit Batu Lawi, Gunung Murud juga sering menjadi pilihan hikers untuk pendakian yang lebih mencabar. Maklumlah.. ia merupakna puncak yang tertinggi di Sarawak.
Seperti pendakian di Bukit Batu Lawi, panduan dari mountain guide adalah kemestian dan anda mesti lengkap dengan segala kelengkapan hiking.
Tetapi gunung ini dianggap suci. Jadi merokok dan minuman yang memabukkan adalah dilarang sama sekali ya.
Alamat: Gunung Murud, Pulong Tau National Park, Sarawak
16. Fort Margherita
Fort yang dibina pada Zaman Brooke ini masih gagah dan kukuh di pinggir Sungai Sarawak.
Pembinaannya adalah untuk menghalang sebarang pencerobohan dari lanun suatu ketika dahulu dan kini telah menjadi bangunan bersejarah di Sarawak.
Alamat: Fort Margherita, Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg hingga 4.45 ptg
Harga tiket: Penduduk tempatan, RM10 | Pengunjung luar negara, rm20 | Kanak-kanak bawah 7 tahun, Percuma
17. Long Bedian
Kehidupan di rumah panjang Long Bedian adalah satu kebanggaan buat orang Kayan. Walaupun dengan perubahan zaman dan teknologi, mereka masih mengekalkan budaya dan tradisi mereka di sini.
Kalau anda berhajat untuk singgah di sini, mereka akan membawa anda melihat kehidupan mereka dan ke kawasan sekeliling penempatan seperti merentas hutan, menaiki bot dan ke air terjun dan tempat-tempat menarik yang lain di sini.
Macam best je kan?
Alamat: Long Bedian, Baram, Sarawak, 98050 Baram
18. Lundu
Bandar Lundu merupakan antara bandar di Sarawak yang sering menerima kunjungan dari luar. Tempat penginapan, tempat makan, pasar, air terjun, sungai dan pantai; anda pasti tidak puas menerokanya!
Alamat: Lundu, Kampung Bajo, 94500 Lundu, Sarawak
Tel: 082 735 501 (Lundu City Council)
19. The Sikh Temple
Merupakan salah satu dari Sikh Temple di Sarawak, anda patut singgah di sini kalau ke Miri. Bukan senang nak tengok dan belajar budaya dan tradisi Sikh kan?
Alamat: The Sikh Temple, Lot No 8 Jalan Kubu 98008, Miri
20. Petrosains PlaySmart™ Kuching
Kalau anda ke sini bersama kanak-kanak, sesuai sangat untuk bawa mereka ke Petrosains PlaySmart™ di Kuching ini. Terdapat pelbagai permainan interaktif dan intelektual saintifik yang boleh dilakukan di sini.
Mesti menyeronokkan!
Alamat: Ground Floor Block Mph State Civic Centre, Panggung Udara, 93000 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Isnin tutup | Setiap hari kecuali Isnin dan Jumaat, 9.00 pg hingga 12.30 tghari, 1.30 tghari – 5.00 ptg | Jumaat, 9.00 pg hingga 12.00 tghari, 2.00 ptg – 5.00 ptg
Tel: 010-986 8340
Harga tiket: Percuma
21. San Ching Tian Temple
San Ching Tian Temple adalah kuil Tao yang terbesar di Asia Tenggara. Selain untuk menyelami Taoism, ramai yang ke sini untuk melihat dan menghayati seni binanya.
Alamat: San Ching Tian Temple, Jln Chong Poh, 98000 Miri, Sarawak
22. Santubong
Untuk nature retreat yang seterusnya ialah di Santubong. Sungai, tanah lumpur, hutan paya bakau dan gunung, apa je tarikan semula jadi yang tiada di sini.
Anda akan temui pelbagai spesis flora dan fauna seperti haiwan liar dan dolfin.
23. Coco Cabana
Menjadi destinasi yang paling popular dalam pusat bandar di Miri, Coco Cabana sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri yang membuatkan ia sentiasa sesak dengan pengunjung.
Bermacam restoran, Cabana Light Garden, Coco Cabana Drive Thru, Cabana Market; memang tak pelik lah kan?
Alamat: Lot 2260, Jln Bandaraya, 98000 Miri, Sarawak
24. Sarawak River Cruise
Rugilah kalau ke Sarawak dan tidak menyusurinya sambil melihat keindahan dan landmarks di sekitar negeri ini.
Anda akan dibawa selama beberapa jam, menaiki bot 2 tingkat, sambil menikmati udara yang segar dan minuman yang disediakan on board.
Alamat: 1st Floor, Lot 42, Section 33,, 124, Jalan Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari, 5.30 ptg – 7.00 mlm
Tel: 082-240 366
Harga tiket: Signature Sunset Cruise: Dewasa, RM65 untuk umur 13 tahun ke atas | Kanak-kanak, RM32 untuk umur 4-12 tahun
25. Scuba Diving di Miri-Sibuti Coral Reefs National Park
Kalau anda sukakan sukan atau aktiviti air, jangan lepaskan peluang untuk cuba scuba diving di Miri-Sibuti Coral Reefs National Park yang kaya dengan pelbagai terumbu karang untuk anda lihat dan dekati.
Alamat: Miri – Sibuti Coral Reefs National Parks, Niah, Sarawak
26. The Borneo House Museum
Di muzium ini, kebanyakkan pameran adalah 3D yang anda boleh sentuh dan bergambar. Syok ni kalau ke sini dengan rakan-rakan!
Alamat: No.1, Jalan Batu 6-7, Jalan Penrissen, 93250 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 9.00 pg hingga 5.00 ptg
Tel: 082-622 968
27. Hawaii Beach
Bukan di luar negara je, di Sarawak pun ada Hawaii Beach tau. Kebiasaannya, ramai yang ke sini untuk bersiar-siar, berkelah dan BBQ bersama keluarga.
Alamat: Hawaii Beach, 98000 Miri, Sarawak
Tel: 011-1600 4039
28. Upside Down House Kuching
Jangan lupa juga untuk singgah dan bergambar di Upside Down House Kuching ya?
Alamat: Ground Floor, No.281-1-1, Lot 281, Section 48, KTLD, Block H, Taman Sri Sarawak Jalan Tun Abdul Rahman, Off, Jalan Borneo, 93100 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari, 9.30 pg – 6.00 ptg
Tel: 012-858 6725
Harga tiket:
29. Miri Marina
Miri Marina adalah tempat berlabuhnya kapal layar di Miri. Kalau anda merancang untuk explore Sarawak melalui pengangkutan air, bolehlah cuba servis di sini.
Alamat: Miri Marina, 98000 Miri, Sarawak
Tel: 019-399 8570
30. Bako National Park
Bako National Park begitu kaya dengan kecantikan alam semula jadi yang juga adalah rumah kepada pelbagai haiwan dan tumbuhan di Borneo. Wajib ke sini ya?
Alamat: Muara Tebas Peninsular 93000, Kuching
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg hingga 5.00 ptg
Tel: +6082-610088 (SARAWAK FORESTRY)
Bumi Kenyalang yang tiada tanding keindahan dan keunikannya, pasti akan membuatkan anda teringin untuk datang ke sini lagi!