Port Dickson memang sentiasa sesak dengan pengunjung terutamanya ketika hujung minggu dan musim cuti sekolah. Ramai yang ke sini untuk menikmati keindahan dan suasana pantai. Tetapi sebenarnya, terdapat banyak lagi destinasi menarik yang Mama boleh lawati bersama yang tersayang di sini.
Jom lihat dan masukkan tempat-tempat menarik di Port Dickson ini dalam wish list Mama sekeluarga.
20 Tempat Menarik Di Port Dickson
1. Alive 3D Art Gallery
Wahh…mesti seronok kalau ke sini bersama anak-anak, bukan? Galeri 3D ini penuh dengan lukisan dan objek 3D yang kelihatan real.
Kalau ke sini beramai-ramai memang best. Boleh bergambar dengan pelbagai gaya nanti.
Alamat: No 38-40, Jalan Ds 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Ahad Isnin Rabu Khamis, 10.00 pg – 7.00 mlm | Jumaat dan Sabtu, 10.00 pg – 9.00 mlm
Tel: 012-611 7379
2. Lukut Fort Museum
Setiap tempat ada sejarahnya kan? Di Lukut Fort Museum, Mama dan anak-anak dapat mempelajari tentang sejarah Negeri Sembilan dan memahami budayanya.
Banyak bahan pameran yang ada di sini seperti artifak, gambar dan sebagainya. Bolehlah terokai galeri-galeri utama di sini ya.
Alamat: Kompleks Sejarah Lukut, Lukut, 71010, Port Dickson, Negeri Sembilan, 71010, Port Dickson, Negeri Sembilan, 71010
Waktu operasi: Setiap hari (kecuali Isnin pertama setiap bulan), 9.00 pg hingga 5.00 ptg
Tel: 06-634 2667
3. Wild West Cowboy InDoor Theme Park
Menarik kan taman tema yang berkonsepkan cowboy ni? Terutamanya kalau anak Mama gemarkan aksi dan game yang interaktif, sesuai sangat kalau datang ke sini.
Alamat: 59-64, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Ahad – Khamis, 10.00 pg – 7.00 mlm | Jumaat dan Sabtu, 10.00 pg – 9.00 mlm
Tel: 012-611 7379
4. PD Waterfront
Kalau anda nak bersiar-siar bersama yang tersayang, bolehlah singgah di PD Waterfront. Terletak di tepi laut, memang damai je terasa.
Selain itu, banyak kemudahan lain yang terdapat di sini termasuklah restoran dan kedai.
Alamat: 1-02-1, Persiaran Waterfront, 1st Mile, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu, 9.00 pg – 6.00 ptg | Ahad, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 06-647 2808
5. PD Ostrich Farm
Antara tempat menarik di Port Dickson yang WAJIB dikunjungi bersama anak-anak. Di PD Ostrich Farm, para pengunjung boleh mendekati, menyentuh, dan memeluk burung-burung unta yang ada di sini. Haa jinak tau burung-burung unta di sini.
Bukan itu sahaja, di ladang ini pun terdapat binatang lain seperti arnab, burung, keldai, dan kuda. Planet Jurassic dan Taman Herba pun ada tau!
Alamat: Lot 1419, Jalan Perdana 4, Batu 9, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 9.30 pg – 6.00 ptg
Tel: 018-207 8682
Harga: Dewasa RM20, Kanak-kanak RM15
6. Rumah Terbalik Port Dickson
Destinasi menarik yang seterusnya ialah Rumah Terbalik Port Dickson. Sebiji rumah dalam keadaan terbalik, memang rugi kalau tak pergi.
Posing bersama rakan-rakan dan anak-anak, tentu menarik gambar yang diambil nanti.
Alamat: No.13A & 15, Jalan coral walk, Batu 9, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis, 10.00 pg – 8.00 mlm | Jumaat, 7.00 pg – 8.00 mlm
Tel: 016-336 8751
7. Muzium Tentera Darat
Di Muzium Tentera Darat ini, sejarah tentang tentera darat dipamerkan dalam pelbagai bentuk seperti risalah, gambar, peta, peralatan, senjata, pakaian, dokumen, replika dan bermacam lagi.
Meneroka muzium ini pasti akan menaikkan semangat juang dan patriotik anak-anak.
Alamat: Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Khamis hingga Ahad, 10.00 pg – 5.00 ptg
8. Pantai Teluk Kemang Port Dickson
Kalau mahu ke pantai pula, bolehlah ke Pantai Teluk Kemang Port Dickson. Pantai ini merupakan pantai yang paling terkenal di Port Dickson, memang sentiasa sesak dengan pengunjung.
Lihatlah kecantikan pantai ini, siapa yang tak nak singgah bukan?
Alamat: 23, Jalan 3/10, Taman Intan Perdana, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
9. PD Wall Street Art
Buat peminat seni dan street art, anda wajib singgah di PD Wall Street Art. Seni lukisan ini dilukis pada dinding-dinding kedai di Jalan Pasar Lama dengan pelbagai tema.
Jangan lupa untuk bergambar sebagai kenangan juga!
Alamat: Jalan Pasar Lama, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
10. Dickson Dragon Cruise
Dickson Dragon Cruise akan bawa Mama dan yang tersayang belayar dengan pakej yang menarik; ada jacuzzi, karaoke, open deck dan banyak lagi.
Terutamanya ketika sunset, memang indah dan romantis apabila berada di atas Dickson Dragon Cruise ini.
Alamat: Kampung Baharu, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 pg – 4.00 ptg
Tel: 012-900 8200
11. Pusat Ikan Hiasan Port Dickson
Jangan lupa juga untuk singgah di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ya. Terdapat pebagai spesis ikan hiasan yang ditempatkan dalam akuarium- akuarium di sini yang cantik-cantik dan unik tau!
Alamat: Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi:
Isnin hingga Khamis, 9.00 pg – 4.30 ptg
Jumaat, 9.00 pg – 12.15 tghari, 2.30 ptg – 4.30 ptg
Sabtu dan Ahad, 10.00 pg – 4.30 ptg
Tel: 06-662 1089
12. Cshell Malaysian Craft and Souvenir
Kalau anda mencari tempat yang sesuai untuk beli ole-ole, bolehlah ke Cshell Malaysian Craft and Souvenir.
Di sini terdapat mug, ukiran kayu, keychain, shell dan pelbagai lagi barangan menarik yang berbaloi dan cantik.
Alamat: Dataran Teluk Kemang , Batu 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Jumaat hingga Selasa, 9.30 pg – 7.00 mlm
13. Baitul Hilal Astronomy Complex
Di Baitul Hilal Astronomy Complex, cerapan anak bulan atau hilal akan dibuat di sini. Selain itu, kompleks ini juga merupakan tempat penyelidikan dan rujukan penting tentang astronomi yang bertujuan untuk menjana pembangunan dan kemajuan dalam bidang ilmu ini.
Alamat: Lot 4506, 8, Jalan Pantai, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Tel: 06-648 7888
14. Windmill Port Dickson Farm
Apa yang best di Windmill Port Dickson Farm ni ya?
Kalau bawa anak-anak ke sini memang best tau. Ada bermacam jenis haiwan di sini, ada replika gergasi, rumah hantu dan rumah antik.
Rugi kalau tak ke sini!
Alamat: Lot 3636 Batu, 9, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 7.00 mlm
Tel: 017-235 3373
Harga tiket: Dewasa, RM20 | Kanak-kanak, RM15 | Warga emas, RM15 | Kanak-kanak tinggi bawah 90cm, Percuma
15. Sungai Menyala Edu Ecotourism Centre
Di sini, Mama boleh menyaksikan keunikan tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di dalam hutan ini dan melawat galerinya yang mempamerkan pelbagai pameran dan maklumat berkenaan kehidupan Orang Asli dan tumbuh-tumbuhan.
Nak menginap di sini pun boleh. Terdapat bilik dan dorm yang disediakan di sini ya.
Alamat: Sungai Menyala Edu Ecotourism Centre, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 06-601 4000
16. Kampung Orang Asli Bukit Kepong
Kampung ini telah digelar sebagai antara kampung yang tercantik di Malaysin. Bukan senang nak dapat gelaran sebegitu kan?
Yelah…tengok lah pada landskap, kebersihan dan di sekitarnya. Memang indah dan mendamaikan!
Alamat: Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Jln Kg. Org. Asli Bukit Kepong, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 pg – 4.00 ptg
Tel: 088-889 562
17. Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas
Buat pengkaji dan peminat sejarah, Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas adalah destinasi wajib untuk anda.
Di sini terdapat banyak peninggalan bersejarah seperti Makam Syeikh Ahmad Majnun, batu pengesan penipuan dan Batu Hidup.
Alamat: Jalan Port Dickson, Pengkalan Kempas, 71150 Linggi, Negeri Sembilan
Tel: 06-765 9734
18. Pasir Panjang Forest
Keunikan hutan simpan ini ialah kerana kedudukannya yang berdekatan dengan laut. Selain dapat menikmati keindahan alam semula jadi dan laut di sini, Mama juga dapat melihat dan mempelajari pelbagai spesis flora dan fauna.
Pokok-pokok herba yang digunakan untuk ubatan tradisional pun banyak tau!
Alamat: Taman Kota Indah, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 013-273 9429
19. Bukit Batu Putih
Cantik kan Bukit Batu Putih ni? Bukit batu kapur di ini memang sentiasa dikunjungi pengunjung. Dari puncaknya, Mama akan dapat melihat keindahan laut di sekitar Tanjung Tuan, memang wajib masuk dalam checklist!
Alamat: Bukit Batu Putih, Puncak Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan
Waktu operasi: Ahad hingga Jumaat, 8.30 pg – 6.00 ptg | Sabtu, 6.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 011-3929 2993
20. Wan Loong Temple
Selain daripada pelbagai tempat menarik di Port Dickson di atas, jangan lupa juga untuk ke Wan Loong Temple ya. Ia sering menjadi tumpuan pengunjung kerana seni bina kuilnya yang berestetika dan sarat dengan budaya dan tradisi.
Alamat: Buddhist Temple, Kampung Teluk Kemang, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari
Tel: 017-662 6028
Destinasi Menarik Di Port Dickson
Tak payah nak ke luar negara, di Port Dickson pun banyak pantai yang cantik-cantik dan tempat menarik kan? Jangan lupa untuk masukkan dalam wish list ya?