KelabMama

Wajib Datang! 11 Tempat Menarik di Pontian Dengan Tempat ‘Healing’ Terbaik

“Pontian ada apa? Macam tak ada apa-apa yang ‘best’ pun.”

Eh silap tu. Hasil carian Mama Siti, terdapat sekurang-kurangnya 11 tempat menarik yang berbaloi dilawati di Pontian, Johor

Dari taman haiwan, hutan paya bakau, kedai kopi viral hinggalah lokasi perkhemahan, semuanya ada di Pontian. 

Mama Siti sertakan sekali informasi seperti alamat, waktu operasi dan laman sosial untuk memudahkan Mama membuat perancangan. 

Senarai Tempat Menarik di Pontian Yang Wajib Ada Dalam Tentatif Percutian Mama!

#1 Sri Tanjung Leisure Farm

Sebuah eko-ladang terbuka yang membolehkan pengunjung memberi makan dan membelai haiwan-haiwan yang ada disini. 

Mama juga dapat menikmati keindahan flora dengan melihat sendiri tumbuh-tumbuhan dan pokok buah-buahan tropika. 

Inilah peluang untuk kita timba ilmu pengetahuan bagaimanakah sayur dan buah yang dimakan terhasil.

Alamat: Kampung Parit Baharu, 82100 Pekan Nanas, Johor

Laman sosial: Facebook & WhatsApp

#2 Pulau Kukup

Dari Tanjung Piai, Mama boleh menaiki bot untuk ke hutan paya bakau kedua terbesar di dunia ini. Ya, masih terlalu banyak khazanah yang boleh diterokai di Malaysia. 

Rugilah kalau kita asyik mencari lokasi eksotik di luar negara hingga tidak perasan tempat menarik di Pontian, Johor. 

Pulau Kukup ialah sebahagian daripada taman negara yang menjadi habitat pokok paya bakau, monyet dan ikan. 

#3 Kopi Tenggek

Keistimewaan kopi tenggek itu sendiri datang dari cara penyediaannya. Kopinya tidak ditapis menggunakan mesin sebaliknya air kopi ditenggekkan di atas cawan untuk mendapatkan keunikan rasanya. 

Begitulah Kopi Tenggek mendapat namanya dan itu jugalah yang menyebabkan tempat ini menarik dan viral di Pontian. 

Alamat: No 161, Kampung Serkat Laut, 82300 Kukup, Johor

Waktu operasi:

Sabtu hingga Khamis: 8.30 am– 4.30 pm

Jumaat: 8.30 am– 5 pm

Laman sosial: Facebook & WhatsApp

#4 Laman Diraja Pontian Johor

Selain terletak di tepi pantai, dataran ini juga turut terdapat replika mahkota gergasi yang sama seperti di Laman Mahkota Istana Bukit Serene, Johor Bahru. 

Tempat ialah lokasi rekreasi dan beriadah terutamanya di waktu petang. Dataran Diraja Pontian juga menyediakan trek sepanjang 500m untuk aktiviti berbasikal dan joging

Alamat: Jalan Osman, Kampung Dalam, 82000 Pontian, Johor

Waktu operasi: Dibuka 24 jam

Laman sosial: Laman sesawang

#5 KW Caravan Park And Cabin Stay

Terdapat beberapa buah caravan di dalam taman ini. Selain berperanan menaikan lagi suasana pengembaraan, ianya juga sebenarnya dipamerkan untuk jualan bagi yang berminat.

Tempat penginapan menarik yang menyediakan 16 kabin kontena untuk pengunjung yang hadir. Dari segi persekitaran pula, ia dikelilingi pokok-pokok yang meredupkan tempat. 

Walaupun di kampung, KW Caravan Park And Cabin Stay juga dilengkapi dengan sebuah kolam renang selebar 6m.

Alamat: Lot 148, Jalan Parit Pinang, 82200 Benut, Johor

Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

Laman sosial: Facebook, Laman sesawang & WhatsApp

#6 Selera Tradisi Catering

Menu hari raya selalunya akan banyak dijual ketika musimnya tiba namun tidak di Selera Tradisi Catering.

Ketupat, burasak, rendang daging, ungkep daging, sambal kacang dan sayur lodeh antara yang dihidangkan di restoran ini.  

Tambahan pula, restoran ini telah pun mengeluarkan produknya sendiri iaitu pes ungkep, pes asam pedas dan rendang.

Alamat: No 290-A, Tingkat Bawah, Jalan Alsagoff, 82000 Pontian, Johor

Waktu operasi: Khamis hingga Selasa, 11 am hingga 6 pm

Laman sosial: Facebook, Instagram, Laman sesawang dan WhatsApp.

#7 Muzium Nanas

Kredit gambar: Flickr

Kalau di Selangor, tanaman padi menjadi sumber ekonomi. Di negeri Johor pula, tanaman nanas adalah antara sumber ekonomi negeri ini. 

Sebuah muzium nanas dibangunkan sebagai cara untuk mendedahkan cara penanaman, penjagaan hingga ke proses ditinkan. Banyak produk berasaskan nanas dijual seperti jem dan manisan. 

Alamat: Jalan Pontian, Pekan Nanas, Johor, 81500, Pekan Nenas, Johor, 81500

Laman sosial: Laman sesawang

#8 Nictar Farm

Kredit gambar: geeyihkhoon.blogspot.com

Sebuah tempat yang pada asalnya ialah ladang nanas ini lama-kelamaan dinaik taraf menjadi ladang lebah. 

Kunjungan Mama dan ahli keluarga serta rakan-rakan ke Nictar Farm bakal di dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan berkaitan penternakan lebah dan pertanian nanas. 

Oh ya, disini juga ada beberapa ladang haiwan ternakan seperti kuda, unta dan kambing.

Alamat: PTD 10822, Batu 24, 81500 Pekan Nanas, Johor

Waktu operasi: Setiap hari, 8.30am- 5.30pm

Laman sosial: Facebook, WhatsApp & Laman sesawang

#9 El-Dhuha Campsite

Tenang, ribut jiwa~~~

Barisan lirik tersebut kerap lalu di for you page (FYP) Mama Siti. Iringan lagu itu sesuai sangat dengan lokasi ‘healing’ kita yang satu ini. 

Ianya terletak berhampiran dengan air terjun Gunung Pulai 2. Dapatlah Mama berkhemah sambil bermandi-manda di air terjun. 

Aktiviti berbasikal, sewaan ATV, motocross, tempat pemanggang (BBQ) dan khemah juga disediakan oleh El-Dhuha Campsite. Lebih-lebih lagi disini juga turut dilengkapi dengan surau dan dewan.

Alamat: El-Dhuha Campsite, 81500 Kulai, Johor

Waktu operasi: Dibuka 24 jam

Bayaran:

Laman sosial: TikTok, Facebook, Instagram & WhatsApp

#10 Taman Negara Tanjung Piai

Kredit gambar: Flickr

Lokasi paling selatan di benua asia ialah di Tanjung Piau. Mama akan berada di titik selatan benua asia. Bayangkanlah, Mama menyaksikan pertembungan tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura

Memandangkan lokasi ini berada di Taman Negara, maka Mama akan menikmati keindahan hutan paya bakau melalui kaedah jungle trekking atau memancing. 

Alamat: Taman Negara Johor Tanjung Piai Mukim, 82030 Kukup, Johor

Waktu operasi: Setiap hari, 9am- 4.30pm

Laman sosial: Laman sesawang & WhatsApp

#11 Haidat Fish Breeding

Mama yang kaki pancing tu, jom datang ke Haidat Fish Breeding. Pengunjung berpeluang memancing ikan di dalam sangkar dan memancing spesies yang lain di pelantar ikan. 

Perjalanan menuju ke lubuk pancing ini dimulakan dengan menaiki bot di Terminal Feri Antarabangsa Kukup. 

Alamat: Jalan Kukup, 82300 Kukup, Johor

Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 am– 5.30 pm

Laman sosial: Facebook & WhatsApp

Kredit gambar: Google

Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang belum diterokai di daerah Pontian. Sampai masanya nanti, Pontian boleh jadi tempat paling ramai dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara. 

Mana tak nya, dari taman haiwan, hutan paya bakau, kedai kopi viral hinggalah lokasi perkhemahan, semuanya ada di Pontian. 


Selain itu, Mama Papa juga boleh membawa anak-anak ke pelbagai tempat menarik lain di SINI.