Walaupun Perlis merupakan negeri terkecil di Malaysia, itu bukan bermakna percutian ke sini tidak menyeronokkan. Kalau anda sedang merancang untuk menjejaki tempat-tempat menarik di negeri ini, senarai ini adalah untuk anda!
25 Tempat Menarik Di Perlis
Jangan lupa masukkan tempat-tempat menarik di Perlis ini ke dalam checklist anda ya?
1. Gua Kelam
Berbeza dengan namanya, gua ini diterangi dengan lampu-lampu di sepanjang laluan di dalam gua. Terletak dalam Wang Mu Reserve Forest, ramai juga yang ke sini untuk mandi di sungainya.
Alamat: Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 012-455 2121
2. Taman Rekreasi Tasik Melati
Cantik kan taman rekreasi ni? Biasanya pengunjung akan ke sini untuk beriadah dan berkelah sambil-sambil menikmati udara segar dan keindahan tasik di sini.
Alamat: Tasik Melati, 02400 Kangar, Perlis
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 014-908 6267
3. Kota Kayang Museum
Apa yang istimewa di sini ya?
Di muzium inilah segala sejarah dan maklumat tentang warisan negeri Perlis dipamerkan untuk umum.
Alamat: Kota Kayang Museum, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 04-977 0027
4. Masjid Al Hussain Kuala Perlis
Begitu indah seni bina masjid ini kan? Tambahan pula, kedudukannya yang berdekatan dengan laut menambahkan lagi seri masjid terapung ini.
Alamat: 1, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Waktu operasi: Setiap hari, 5.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 011-3545 1301
5. Taman Anggur Perlis
Seronoknya boleh tengok buah anggur berbuah di pokoknya kan? Selalunya asyik beli yang dari luar negara je!
Alamat: R119, Kampung Lembah Tuwi, 01000 Kangar, Perlis
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 9.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 04-938 4466
6. Ladang Nipah Kipli, Sanglang, Perlis
Kenapa Ladang Nipah Kipli ini telah menjadi tumpuan penduduk dan pengunjung ya?
Ramai yang ke sini kerana inginkan kelainan iaitu meluangkan masa bersama keluarga dalam ladang nipah yang dihias dengan buaian, pondok dan bermacam lagi.
Jangan lupa untuk cuba air nira nipahnya ya.
Alamat: Ladang Nipah Kipli, 02700 Sanglang, Perlis
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 12.30 pg – 6.30 ptg kecuali hari Jumaat, 2.30 tgahari – 7.30 mlm
Tel: 017-430 6245
7. Taman Negeri Perlis
Untuk nature lovers, mestilah wajib untuk ke Taman Negeri Perlis kan?
Alamat: Taman Negeri Perlis, 02200 Kaki Bukit, Perlis
Tel: 04-976 5966
8. Gunung Perlis
Terletak di dalam Taman Negeri Perlis, menawan puncak bukit tertinggi di Perlis ini memang impian hikers yang datang ke sini.
Alamat: Taman Negeri Perlis, 02200 Kaki Bukit, Perlis
Tel: 04-976 5966
9. Bird Watching
Di Taman Negeri Perlis juga, terdapat pelbagai spesis burung yang cantik dan unik yang menjadikannya taman ini habitat mereka.
Sangat sesuai untuk bird watching di sini.
Alamat: Taman Negeri Perlis, 02200 Kaki Bukit, Perlis
Tel: 04-976 5966
10. Masjid Alwi
Cantiknya masjid ini. Ia dibina berkonsepkan seni bina yang jarang-jarang kita jumpai iaitu seni bina Mughal. Memang wajib ke sini untuk melihat kecantikan dan keindahannya ya.
Alamat: Masjid Alwi, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis
Waktu operasi: Setiap hari,5.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 04-970 5335
11. Taman Eko-Rimba Bukit Ayer
Fakta bahawa geotapak taman rimba ini berusia 485 juta tahun telah menarik minat orang ramai, termasuk pengkaji sejarah dan saintis.
Bukan tu je, di sini juga terdapat stromatolite dan travertine di kawasan air terjunnya.
Alamat: Jalan Anak Chelong,, R119, 01000 Kangar, Perlis
Tel: 012-555 6000
12. Hutan Lipur Bukit Kubu
Selain Taman Rekreasi Tasik Melati, Hutan Lipur Bukit Kubu pun sering sesak dengan pengunjung yang datang untuk beriadah sambil menikmati keindahan di sekeliling hutan ini.
Pelbagai kemudahan yang disediakan di sini juga telah memudahkan lawatan pengunjung seperti tandas dan surau.
Alamat: Hutan Lipur Bukit Kubu, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Waktu operasi: Setiap hari, 7.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 04-9765966
Harga tiket:
Warganegara – Dewasa, RM 2 | Kanak-kanak (6 – 17 tahun), RM 1
Bukan warganegara – Dewasa, RM 5 | Kanak-kanak (6 – 17 tahun), RM 3
13. Taman Ular Perlis
Berani ke singgah dan terokai rumah kepada lebih 150 ekor ular berbisa dan tidak berbisa di sini? Bukan tu je, reptilia lain pun ada tau!
Alamat: Taman Ular Sungai Batu Pahat, 02400 Kangar, Perlis
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 04-976 8511
Harga tiket:
Dewasa & Warga Emas (13 tahun ke atas), RM6
Kanak-kanak (5 – 12 tahun), RM3
OKU & Kanak-kanak (4 tahun dan ke bawah), PERCUMA
14. Rimba Herba Perlis
Di Perlis pun ada Taman Herba ya. Ada sekitar 1000 jenis tumbuhan yang diguna untuk tujuan perubatan, herba dan rempah-ratus.
Alamat: Rimba Herba Perlis, 01000 Kangar, Perlis
Tel: 04-977 6626
Harga tiket: RM2 seorang
15. Istana dan Galeri Diraja Arau
Merupakan istana rasmi tempat persemayam raja-raja di negeri ini, anda boleh memahami sejarah negeri Perlis dengan lebih mendalam di sini.
Upacara dan majlis rasmi negeri juga diadakan di sini.
Alamat: Istana dan Galeri Diraja Arau, Arau, 02600 Arau, Perlis
Waktu operasi: Setiap hari
Tel: 04-986 1226
16. Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen
Cantiknya taman bunga kertas ni.. Memang rugi kalau tak pergi!
Alamat: Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen, 01000 Kangar, Perlis
17. Empangan Timah Tasoh JPS
Destinasi ini memang menjadi pilihan mereka yang berkeluarga untuk berkelah dan mandi-manda. Selain daripada pemandangan di sekelilingnya yang indah, air di sini juga jernih dan bersih.
Alamat: Empangan Timah Tasoh JPS, 01000 Kangar, Perlis
Waktu operasi: Setiap hari
18. Taman Gunung Medan
Kalau nak tengok pemandangan sekitar negeri ini dari atas, anda mestilah ke Taman Gunung Medan. Memang indah pemandangannya.
Alamat: 45, Jalan Raja Syed Alwi, Kampung Titi Serong, 01000 Kangar, Perlis
Tel: 011-2746 7531
19. Wang Kelian View Point
Merupakan pintu sempadan ke Thailand dari Perlis, Wang Kelian View Point sering dikunjungi pelancong kerana pemandangan yang dapat dilihat dari puncaknya.
Fenomena ‘awan karpet’ yang terjadi tahun lepas juga telah menarik lagi minat orang ramai yang datang untuk menyaksikannya sendiri.
Alamat: Wang Kelian View Point, 02200 Kaki Bukit, Perlis
20. Ladang Burung Unta Perlis
Anda sukakan burung unta? Wajiblah singgah di ladang ini. Memanah dan menaiki ATV pun boleh!
Alamat: Ladang Burung Unta Perlis, 7, 02100 Padang Besar, Perlis
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 6.00 ptg
21. Bukit Chabang
Keunikan bentuk bukit ini yang bercabang telah menjadi daya tarikan di negeri ini. Kebanyakkan hikers juga tidak lepaskan peluang untuk menawan puncaknya apabila tiba di sini.
Alamat: Bukit Chabang, 02100 Kangar, Perlis
22. Belat Sungai Jernih
Best juga camping dan berkayak di sini petang-petang. Airnya jernih, pemandangan di sekeliling pun cantik!
Alamat: Lorong Belat 1, Kampung Titi Tampang, 02450 Kangar, Perlis
Tel: 011-7119 0836
23. Floating Market
Floating Market yang terletak di Kompleks Jps Perlis ini menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan barang-barang mentah. Mesti seronok ke sini bersama keluarga, membeli makanan yang dijual dalam bot dan makan-makan sambil menikmati keindahan landskap di sini.
Alamat: Kompleks Jps Perlis, Pengkalam Asam,01000, 01000 Kangar, Perlis
Waktu operasi: Hari Jumaat, 3.00 tghari – 8.00 mlm | Sabtu dan Ahad, 9.00 pg – 8.00 mlm
24. Bustana Kucing Perlis
Di sini merupakan antara tempat menarik di Perlis yang unik dan harus dilawati!
Niat murni mereka yang membela kucing yang dibuang di Bustana Kucing Perlis sememangnya patut disanjungi dan dirai. Terutamanya untuk cat lovers, jangan lupa untuk ke sini ya!
Alamat: Taman Ular dan Reptilia,Sungai Batu Pahat,Perlis. 01000 Kangar, Perlis, Malaysia
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 4.00 ptg
Tel: 018-668 2303
25. Arked Niaga Padang Besar
Sebelum balik, memang kena singgahlah shopping di Padang Besar ni. Macam-macam ada.
Mesti rambang mata memilih nanti!
Alamat: TINGKAT 2 BULATAN ARKED NIAGA, 02100 Padang Besar, Perlis
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 7.00 mlm
Destinasi Menarik Di Perlis
Jangan lupa rancang percutian dan perjalanan anda elok-elok ya? Bolehlah susun berdasarkan waktu operasi terlebih dahulu supaya banyak tempat menarik di Perlis ini yang boleh anda lawati nanti!