KelabMama

Bestnya Bercuti Ke 30 Tempat Menarik Di Penang Ini!

Kredit gambar: FeeZee AkHir / Shutterstock.com

Sebut je Penang, ramai yang akan teringat kari mamaknya yang kaw, terutamanya kari kepala ikan. Aduh… sedap hingga betul-betul menjilat jari.

Tetapi sebenarnya, Penang bukan sahaja syurga makanan tetapi penuh dengan tempat-tempat menarik lain yang anda patut pergi.

30 Tempat Menarik Di Penang

Jom, terokai Penang sama-sama?

1. Penang Street Art

Sumber: mypenang.gov.my

Lukisan mural di Penang ini telah dinobatkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO. Melaluinya, anda akan dapat lihat kehidupan dan budaya orang di sini.

Alamat: 316, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

2. Penang Golf Club

Sumber: http://penangtourism.weebly.com/

Kalau anda seorang golfer, jangan lupa singgah di Penang Golf Club ya. Antara keunikan di sini ialah, pemandangan dari padang golf nya. Dikelilingi tumbuhan yang kehijauan, anda boleh tengok jambatan yang menghubungi Penang dengan tanah besar Malaysia.

Alamat: 2, Jalan Bukit Jambul, Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 7.00 pg – 10.00 ptg
Tel: 04-644 2255

3. Wire Art Penang

Sumber: mypenang.gov.my

Anda akan temui wire art ini di sekitar bandar George Town. Ramai yang berpendapat mesej yang disampaikannya kelakar dan comical.

Alamat: Bandar George Town

4. Bukit Panchor State Park

Sumber: mypenang.gov.my

Untuk berekreasi, Bukit Panchor State Park adalah destinasi yang sesuai. Sambil beriadah, sambil-sambil tu boleh menikmati keindahan taman rekreasi ini. Ada sungai, haiwan liar, pokok bakau dan bermacam lagi!

Alamat: Bukit Panchor State Park, Unnamed Road, Kampung Besar, Penang
Waktu operasi: Setiap hari, 7.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 04-650 5250
Harga tiket: Percuma

5. Masjid Kapitan Keling

Sumber: arrivalguides.com

Masjid ini merupakan masjid yang tertua di Penang. Dibina oleh masyarakat India Muslim yang datang untuk berniaga ke sini suatu ketika dahulu, anda mesti datang untuk lihat keunikan budaya dan seni binanya.

Alamat: 14, Jalan Buckingham, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 5.00 pg –10.00 mlm
Tel: 04-261 4215

6. Pinang Peranakan Mansion

Sumber: tripcanvas.com

Antara keunikan di Penang ialah, warisan Penang Peranakan di sini. Bolehlah ke muzium Baba-Nyonya ini untuk melihat dan memahami budayanya.

Cantik tau!

Alamat: 29, Church St, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Waktu operasi: Setiap hari, 9.30 pg – 5.00 ptg
Tel: 04-264 2929

7. Air Hitam Dalam Educational Forest

Sumber: mypenang.gov.my

Jangan lepaskan juga peluang untuk lihat hidupan di sekitar hutan paya air tawar di Air Hitam Dalam Educational Forest ini.

Pelbagai spesis burung pun ada.

Alamat: 13310 Air Hitam, Penang
Waktu operasi: Setiap hari, 7.00 pg – 6.30 ptg

8. Chew Jetty

Sumber: penang.ws

Buat penggemar selfie dan photographer, jangan lupa singgah di Chew Jetty untuk bergambar dan merakan momen di sini. Memang cantik pemandangan di sini, terutamanya ketika matahari terbenam.

Alamat: Chew Jetty, Weld Quay, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 9.00 ptg
Tel: 011-6246 2884

9. Bukit Mertajam Recreational Forest

Sumber: mypenang.gov.my

Selain Bukit Panchor State Park, Bukit Mertajam Recreational Forest turut dikerumuni pengunjung, terutamanya ketika hujung minggu dan cuti sekolah. Jogging ketika waktu pagi atau petang di sini tentu best!

Alamat: Kampung Teluk Bukit, 14000 Bukit Mertajam, Penang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-539 1743

10. Penang National Park

Sumber: penang.ws

Merupakan ‘rumah’ kepada saintis dan penyelidik, terdapat beratus spesis flora dan fauna di sini.

Ramai pengunjung yang datang ke Penang National Park ini untuk berkhemah, melakukan aktiviti air, memancing, hiking, jungle trekking dan bermacam lagi.

Alamat: Pejabat Taman Negara P. Pinang jalan Hassan Abbas, 11050 George Town, Penang
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 04-881 3530
Harga tiket: Percuma

11. Butterworth Art Walk

Sumber: mypenang.gov.my

Seperti di Penang Street Art, Butterworth Art Walk yang terletak di Seberang Perai ni ialah laluan seni yang mempersembahkan sejarah dan budaya di sini.

Alamat: 1, Lorong Bagan Luar 1, Bagan Luar, 12000 Butterworth, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

12. Taman Botani Pulau Pinang

Sumber: penang.ws/

Juga digelar sebagai Waterfall Garden kerana terdapat air terjun yang berdekatan, taman botani ini dipenuhi dengan pelbagai spesis tumbuhan dan ada juga haiwan seperti monyet.

Alamat: Kompleks Pentadbiran,Bangunan Pavilion, Jalan Kebun Bunga, 10350 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 8.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 04-226 4401

13. Penang Bird Park

Sumber: penangbirdpark.com.my

Kalau anda sukakan burung, Penang Bird Park adalah destinasi wajib untuk anda. Merupakan taman burung yang terbesar di Malaysia, di sini terdapat dalam sekitar lebih 300 spesis burung di seluruh dunia.

Alamat: Jalan Todak Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 04-399 1899

14. Temple Of Nine Emperor

Sumber: REVITPHOTO’S

Menarik kan nama temple ni? Rumah Berhala Tow Boo Kong Butterworth adalah antara temple yang terbesar di Butterworth. Ada beberapa dewan dan halaman di sini dan yang sering menarik perhatian ramai ialah pintu gerbangnya.

Alamat: 894 & 896, MK14, Jalan Raja Uda, 12300 Butterworth, Pulau Pinang
Tel: 04-331 8717

15. Asia Camera Museum

Sumber: tripadvisor.com.my

Terutamanya buat photographer, muzium ini pasti akan mengujakan anda. Di sini anda akan belajar tentang sejarah dan perkembangan fotografi. Lebih 1000 kamera yang dipamerkan di sini, kebanyakkannya adalah antik dan unik.

Alamat: 1st Floor, 71, Lebuh Armenian, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 011-1859 9878

16. Wonderfood Museum

Sumber: penang.ws

Food lovers jangan lupa singgah ke sini tau. Terdapat banyak replika makanan yang dipamerkan berserta  sejarahnya.

Alamat: 49, Lebuh Pantai, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 04-251 9095

17. Straits Quay Marina Mall

Sumber: facebook.com/StraitsQuay/photo

Kalau nak shopping pula, mestilah ke tarikan terbaru di Penang ini, Straits Quay Marina Mall. Dibina menghadap laut, suasana di sini memang berbeza dengan mall yang lain.

Alamat: Jalan Seri Tanjung Pinang 10470 Tanjong Tokong, Penang Malaysia
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 10.00 ptg
Tel: 04-891 8000

18. Batik Painting Museum Penang

Sumber: facebook.com/batikpg/photos

Anda peminat seni batik? Di muzium ini, anda akan dapat memahami sejarah lukisan batik dan melihat hasil lukisannya dari tokoh-tokoh dan artis yang terlibat seperti Khalil Ibrahim.

Alamat: 19, Lebuh Armenian, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 04-262 4800
Harga tiket: RM10 seorang | Pelajar, RM5

19. Cheong Fatt Tze Mansion

Sumber: tripadvisor.com

Dikenali sebagai The Blue Mansion, tempat penginapan ini telah memenangi anugerah warisan UNESCO di Penang. Seronoknya kalau menginap di sini!

Alamat: 14, Lebuh Leith, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Tel: 04-262 0006

20. Penang House of Music

Sumber: penanghouseofmusic.com

Untuk peminat muzik, Penang House of Music pasti akan menimbulkan kembali nostalgia kepada muzik pada zaman sebelum ini, terutamanya pada tahun 1940 dan 1950.

Alamat: Komtar, L4-02, Level 4, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari Rabu, Jumaat dan Sabtu, 11.30 pg – 2.00 ptg, 2.30 ptg – 5.00 ptg
Tel: 04-370 6675

21. Entopia by Penang Butterfly Farm

umber: lonepinehotel.com

Di Penang Butterfly Farm ini, bukan sahaja terdapat 15000 rama-rama yang berterbangan tetapi banyak juga serangga-serangga lain.

Reptiles dan pelbagai tumbuhan pun ada tau!

Alamat: No.830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Waktu operasi: Khamis hingga Selasa, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 04-888 8111
Harga tiket:

Kategori PelawatHarga Tiket BiasaHarga Tiket MyKad
Dewasa
(Umur 13 ke atas)
RM69RM49
Kanak-kanak
(umur 4-12)
RM49RM29
Warga Emas
(Umur 60 ke atas)
RM49RM29
Pakej Keluarga
(hanya di kaunter tiket Entopia):
2 Dewasa + 2 Kanak-kanak
RM216RM144
Pakej Keluarga
(hanya di kaunter tiket Entopia):
2 Dewasa + 3 Kanak-kanak
RM255RM167
Pakej Keluarga
(hanya di kaunter tiket Entopia):
2 Dewasa + 4 Kanak-kanak
RM294RM190
Pakej Keluarga
(hanya di kaunter tiket Entopia):
2 Dewasa + 5 Kanak-kanak
RM333RM213
Pakej Keluarga
(hanya di kaunter tiket Entopia):
2 Dewasa + 6 Kanak-kanak
RM372RM236
Sumber: https://www.entopia.com/

22. Rumah Kelahiran P.Ramlee House Museum

Sumber: penang.ws

Jika anda peminat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, anda mesti singgah di rumah peninggalannya ini. Seluruh biografi dan perjalanan hidupnya dipamerkan di sini.

Alamat: Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Taman P. Ramlee, 10460 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu dan Ahad, 9.00 pg – 5.00 ptg | Jumaat, 9.00 pg – 12.00 tghari, 3.00 ptg – 5.00 ptg
Tel: 04-281 7484

23. Masjid Terapung Tanjung Bungah

Sumber: penang.ws

Dikenali sebagai The Penang Floating Mosque, buat mereka yang beragama Islam, nanti singgahlah sembahyang di sini ya? Sambil-sambil tu boleh bergambar dan menghayati keindahan masjid terapung ini.

Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 5.00 pg – 9.30 mlm
Tel: 012-405 1324

24. Penang Toy Museum

Sumber: penang.ws

Terutamanya kalau ke Penang bersama aanak-anak, memang best ke sini. Terdapat sekitar 100000 mainan, patung dan koleksi di sini.

Alamat: Jalan Tanjung Bungah, Tanjung Bungah (bersebelahan Copthorne Orchid Hotel)
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 9.00 mlm
Tel: 016 460 2096

25. Tropical Spice Garden

Sumber: tripadvisor.com.my

Di Tropical Spice Garden ini, terdapat pelbagai tumbuhan rempah-ratus dan tropika yang memberikannya gelaran Asia’s Hidden Eden.

Alamat: Lot 595 Mukim, 2, Jalan Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu operasi: Isnin hingga Khamis, 9.00 pg – 4.00 ptg | Jumaat hingga Ahad, 9.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 012-423 6797
Harga tiket: RM15

26. Tropical Fruit Farm

Sumber: thrillophilia.com

Di Tropical Fruit Farm pula, terdapat sekitar 200 spesis buah yang boleh dimakan ditanam di sini. Yang unik dan jarang dijumpai pun ada.

Ini memang syurga buah ni!

Alamat: 18th Mile Stone, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050, Penang
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 012-497 1931

27. Pantai Batu Ferringhi

Sumber: penang.ws

Kalau inginkan suasana di tepi laut, bolehlah ke Pantai Batu Ferringhi ni. Memang ia sentiasa sesak dengan pelancong, cantik sebegini kan?

Alamat: Jalan Batu Ferringhi Batu Ferringhi, 11100 George Town, Pulau Pinang

28. Snake Temple

Sumber: holeinthedonut.com

Kuil Cina ini sering dikunjungi untuk tujuan keagamaan. Tetapi antara tarikan uniknya ialah, di sekitar kuil ini terdpat banyak ular yang dikatakan berbisa, menjalar dan membelit objek di sini.

Buat mereka yang tidak takut dengan ular, bolehlah bergambar sebagai kenangan.

Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas Industrial Park, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 2.00 ptg
Tel: 04-643 7273

29. Jambatan Pulau Pinang

Sumber: http://penangbridge.com.my/

Kalau ke Penang dan tidak singgah di jambatannya untuk bergambar tak sah kan?

Alamat: Penang Bridge, Penang

30. Penang War Museum

Sumber: facebook.com/PenangWarMuseum/photos/

Untuk memahami dengan lebih jelas tentang sejarah dan kisah lalu ketika waktu perang di Malaysia, anda mesti ke muzium ini.

Semoga dengan mengingati sejarah, kita akan lebih bersemangat waja.

Alamat: Jalan Batu Maung, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 016-421 3606

Destinasi Menarik Di Penang

Best kan tempat-tempat menarik di Penang ini? Memang rugi kalau tak pergi! Jom bercuti ke Penang?