Merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia, Pahang mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik sama ada tempat makan, tempat penginapan, tempat percutian dan banyak lagi.
30 Tempat Menarik Di Pahang
Kalau anda bercadang untuk bercuti di sini, senarai tempat menarik di Pahang ini wajib untuk masukkan dalam jadual perjalanan anda ya?
1. Genting Highlands
Memang sedia maklum kan banyak kawasan di negeri ini yang merupakan tanah tinggi? Antaranya adalah, Genting Highlands.
Terletak hanya 54km dari bandaraya Kuala Lumpur, Genting Highlands sentiasa menjadi tumpuan pengunjung sama ada yang bermalam di sana ataupun hanya staycation.
Mana tak nya, terdapat pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik di sana seperti ada taman tema air, roller coaster, taman tema, cable car dan bermacam lagi.
Untuk rancang jadual anda dengan lebih baik, boleh risik-risik aktiviti di sini ya?
2. Cameron Highlands
Selain itu, tanah tinggi lain yang popular di Pahang ialah tak lain tak bukan, Cameron Highlands! Siapa je tak kenal kan? Kalau tak pernah pergi lagi, mesti pernah terdengar cerita-cerita dari mereka yang sudah jejak kaki di sini.
Memang lah kan, terlalu banyak tarikan di Cameron Highlands ni. Dengan suhu panas kita di Malaysia ni, ramai yang suka ke Cameron Highlands kerana suhunya yang dingin. Segalanya jadi seronok pula.
Boleh pula makan buah strawberi segar, beli-belah sayur-sayuran dan buah-buahan, bunga dan tanaman serta produk daun teh yang ditanam di sini.
Pemandangan, persekitaran dan produk yang dijual di sini merupakan antara faktor kenapa ia menjadi tumpuan bukan sahaja rakyat Malaysia malah pengunjung dari luar. Rugi kalau tak pernah pergi!
3. Bukit Fraser
Konsep Bukit Fraser adalah bercirikan English-style. Dari pembinaan bangunannya hinggalah servis yang disediakannya, tak peliklah jika ia mendapat gelaran Little England of Malaysia.
Apa yang menarik di sini ya selain daripada keindahan dan keunikan konsepnya?
Di sini, anda boleh lakukan bermacam aktiviti seperti bird watching, melihat pelbagai spesis flora dan fauna seperti tarantula, bermain golf, memanah, menunggang kuda dan melawat Air Terjun Jeriau.
4. Bukit Tinggi
Manakala di Bukit Tinggi pula, terdapat banyak tempat-tempat yang menarik. Setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri yang membuatkan Bukit Tinggi ini sentiasa sesak dengan pengunjung.
5. Japanese Village
Antara tempat menarik di Bukit Tinggi ialah, Japanese Village. Terutamanya mereka yang sukakan fesyen dan budaya Jepun, Japanese Village sememangnya destinasi wajib jika ke sini.
Taman dan reka bentuk Japanese Village ini begitu indah dan menenangkan. Kaya dengan tradisi Jepun dan antara yang anda boleh lakukan di sini ialah, menikmati tehnya dan urutan badan di Tatami Spa.
Mana-mana je anda berjalan di sekitar kampung ini, pasti tangan anda tidak berhenti mengambil gambar dan merakam momen di sana.
Alamat: Taman Jepun, Jln Bukit Tinggi, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari, 9.30 pg – 6.00 ptg
Tel: 011-2422 0686
6. Colmar Tropicale
Selain itu, resort yang bertemakan French juga sering menjadi pilihan pengunjung di Bukit Tinggi ini. Ada yang ke sini untuk bergambar berlatarkan bangunan dan taman bertemakan French ini dan ada juga yang memilih untuk menginap di sini.
Terdapat kira-kira dalam 260 unit bilik hotel dan suite bilik tidur di sini tau!
Alamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 09-221 3666
7. Rabbit Farms
Jika anda ke sini bersama keluarga, memang sesuai untuk ke Rabbit Farms. Di sini, terdapat dalam 40 ekor arnab yang bermacam spesis.
Pengunjung boleh pegang dan beri makan pada arnab-arnab ini ya. Taman permainan kanak-kanak pun ada di sini.
Alamat: Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 10.00 pg – 6.00 ptg. Sabtu dan Ahad, 9.00 pg – 7.00 mlm
8. Equestrian
Selain arnab, jika keluarga anda sukakan kuda, bolehlah ke Equestrian. Di sini, anda boleh belajar menunggang kuda sambil dibantu oleh pelatih professional.
Tapi bergantung kepada berat anda ya. Berat maximum yang dibenarkan adalah 89kg tau.
Tel: +6016 6097089 Equestrian Coordinator
9. Botanical Gardens
Untuk penggemar bunga dan tanaman pula, Botanical Gardens di Bukit Tinggi adalah destinasi wajib untuk anda. Di sini, terdapat pelbagai jenis tanaman eksotik, bunga, pokok dan herba. Seolah-olah seperti taman syurga!
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 09-221 3666
10. Tasik Bera
Tasik Bera terkenal dengan panggilan tasik yang berubah warnanya. Tapi bukan itu je tau keunikannya. Di tasik ini, terdapat banyak flora dan haiwan air seperti pelbagai spesis ikan iar tawar dan teratai air.
Antara aktiviti yang boleh di lakukan di Tasik Bera ialah:
- Memancing
- Menyusuri Sungai Bera
- Boleh berjumpa dengan Semelai Tribe
- Jungle trekking
- Camping
- Mandi lumpur
- Melawat Air Terjun Bukit Bertangga
11. Cherating
Bukan tu je, di Pahang pun terdapat banyak pantai-pantai yang cantik ya. Antaranya adalah, Cherating. Tengok je pasirnya yang lembut dan laut membiru, ramai yang memilih untuk honeymon di sini.
Tak kurang juga, ada yang datang bersama keluarga dan rakan-rakan!
12. Pantai Chendor
Terletak di Cherating, keunikan di Pantai Chendor ialah ia mempunyai tempat perlindungan penyu. Pengunjung berpeluang untuk melihat penyu bertelur dan menambahkan pengetahuan tentangnya. Kemasukannya adalah percuma tau.
Alamat: Cherating Turtle Sanctuary, Bukit Cherating, 26080 Balok, Pahang
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 9.30 pg – 4.30 ptg
Tel: 609 581 9087
Jika anda bercadang untuk ke sini selepas waktu operasinya, boleh cuba hubungi nombor di atas dahulu untuk berunding dengan pihak pengurusan ya?
13. Gua Charah
Gua Charah terdiri daripada Gua Batu Nesan Raja, Gua Pecah, Gua Gajah, Gua Tiga Beradik, Gua Puteri Bersikat, Gua Lubang Dalam and Gua Lubang Hidung dan Gua Buddha/Gua Gelap.
Pembentukan batu di gua ini penuh misteri. Ada yang mirip lelaki berjanggut, burung helang dan pasangan manusia bersama anak.
Alamat: Jln Gua Charas, 26090 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 5.00 ptg
14. Pulau Tioman
Buat mereka yang sukakan keindahan di pulau, Pulau Tioman mesti masuk dalam list ya. Mana tak nya, ia antara 10 pulau tercantik di dunia tau!
Antara aktiviti yang boleh di lakukan di Pulau Tioman ialah:
- Scuba diving
- Snorkelling
- Island hopping
- Merentas hutan
- Mendaki gunung
15. Istana Sultan Abu Bakar
Terletak di Pekan yang merupakan bandar diraja negeri Pahang, Istana Sultan Abu Bakar sering menjadi tumpuan pelancong kerana seni pembinaan yang indah iaitu berkonsepkan seni bina Melayu moden.
16. Galeri Pengangkutan Air Pekan
Galeri ini mempamerkan pelbagai jenis replika pengangkutan air yang pernah digunakan di sungai dan laut di Pahang. Saiz nisbahnya sama seperti yang asli dan pengunjung boleh melihat secara dekat, segala ukiran, pembinaan dan corak padanya.
Alamat: Jalan Sultan Ahmad, Pulau Beram, 26600 Pekan, Pahang
Tel: 09-422 1371
17. Bukit Panorama
Jika anda peminat alam semula jadi dan sukakan sedikit cabaran, bolehlah daki tangga di Bukit Panorama ini hingga ke atas puncaknya. Dari sana, anda boleh lihat keindahan bukit ini dan sekitarnya di Sungai Lembing ini dalam lensa yang luas dan begitu indah!
Alamat: Kampung Kuala Kenau, 26200 Sungai Lembing, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari
18. Pusat Tenunan Sutera Pahang
Di samping berjalan-jalan, bolehlah membeli belah kain sutera yang ditenun di Pusat Tenunan Sutera Pahang ini. Lihat je pada kualiti sutera tenunnya, pasti anda terpikat untuk memiliki!
Alamat: Kampung Mengkasar, 26600 Pekan, Pahang
Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu, 8.00 pg – 6.00 ptg
19. Teluk Cempedak
Dah singgah di Kuantan, wajiblah ke Teluk Cempedak kan? Pekena makanan laut di tepi pantai sambil menghirup udara bayu laut, tentu menyegarkan!
20. Dataran Patin
Rasanya tak lengkap kan kalau ke Pahang tapi tak merasa masakan ikan patinnya? Haa… Di Dataran Patin, anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan dan masakan ikan patin tau.
Lokasi: Pesisir Sungai Pahang berhampiran Taman Esplanade
Talian am Majlis Perbandaran Temerloh: 09-2901477 / 2901777 / 2901778
21. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Gajah merupakan haiwan ikon di negeri Pahang seperti penyu di negeri Terengganu dan kijang di negeri Kelantan. Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini, anda boleh lihat gajah mandi, beri makan pada anaknya dan melihat haiwan ini dalam habitatnya.
Waktu operasi: Setiap hari termasuk cuti umum, 8.00 pg – 4.30 ptg
Tel : 03-9075 2872
Faks : 03-9075 2873
22. Tasik Chini
Tasik Chini di Pahang ini merupakan tasik air tawar semula jadi yang kedua terbesar di Malaysia. Ia menjadi tumpuan pelancong kerana keindahan tasiknya yang luas dan kaya dengan bermacam tumbuhan dan haiwan air.
23. Riverside Janda Baik
Ramai yang memilih untuk menginap di Janda Baik apabila ke negeri ini. Mana tak nya, kampung ini begitu indah dengan alam semula jadi, dipenuhi dengan resort, homestay, villa dan hotel di sekitarnya.
Antaranya adalah Riverside Janda Baik. Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan seperti cottage, rumah dan chalet. Anda juga boleh berkelah, berkhemah dan lakukan pelbagai aktiviti menarik seperti BBQ dan mandi manda.
Alamat: Lot 5506, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang Darul Makmur.
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (Isnin tutup)
10.00am – 1.00pm
1.00pm – 2.00pm (makan tengahari)
2.00pm – 6:00pm
Tel: 019-4983100/019-9483100 WhatsApp sahaja
24. Sarang Naga 76
Antara restoran yang terkenal di Temerloh, Pahang ialah, Sarang Naga 76. Ia dikenali sebagai restoran yang menghidangkan menu yang istimewa dan unik seperti daging arnab, sayur umbut, daging rusa, kulat sisir, gulai asam rong dan udang galah.
Alamat: Lot 2469 Kampung Ketam 28010 Kerdau Temerloh, Pahang, Malaysia
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 7.00 pg – 3.00 ptg
Tel: 019-376 8490
25. Taman Negara Sungai Relau
Apa yang istimewanya di Taman Negara Sungai Relau ini ialah, ia merupakan tempat yang popular untuk mereka yang mahu mendaki Gunung Tahan selain dari merentas hutan di sini.
Alamat: (Taman Negara Sungai Relau Office) Sgi Outdoor, Lot 704, Jalan Taman Negara Pahang Sungai Relau, Merapoh,Kuala Lipis, Pahang
Tel: +6013-9439956 En Zakimi: Pengurus
26. Air Terjun Biru, Lata Berembun
Cantiknya air terjun ni. Terletak di Jerantut, anda harus menaiki 4W drive untuk ke sini bersama guide tau. Maklumlah.. ia berada dalam hutan yang tebal. Di sini, sesuai untuk mandi manda dan berkelah tetapi awas ya, airnya agak dalam dan mungkin kurang sesuai jika anda bawa kanak-kanak bersama.
27. Kuantan River Cruise
Jika anda sukakan pengalaman dan pemandangan ketika menyusuri sungai, bolehlah dapatkan khidmat Kuantan River Cruise ya.
Anda akan dapat melihat pelbagai spesis tumbuhan, burung dan ikan di sepanjang sungai yang dikelilingi hutan simpan bakau ini.
Waktu operasi: 9.00 pg hingga 7.00 mlm – Isnin hingga Ahad (Trip selepas 7.00 mlm – Melihat kunang-kunang, *atas permintaan)
Waktu trip: 9.00 pg | 11.30 pg | 2.30 tgh hari | 5.00 ptg | 6.00 ptg
Muatan bot: 20 orang
Tel: 018-9082308, 019-7431988 (Zainal)
Email: kuantanrivercruise@gmail.com
Website: www.kuantanrivercruise.com
Facebook: Kuantan River Cruise
Instagram: #kuantanrivercruise
Aktiviti menarik yang lain @ di jeti: Giant Bubbles, Kiddie Car Rental, Town Bike Rental* & Giant Jenga* ( *akan datang)
Terma dan syarat: Tiket untuk kanak-kanak hanya dikenakan bagi mereka yang berumur 5-12 tahun. Untuk trip melihat kunang-kunang, mestilah membuat tempahan awal. Perjalanan bergantung kepada cuaca dan jumlah minima bagi orang dewasa untuk satu bot atau perjalanan adalah 5 orang.
28. Pantai Balok
Destinasi menarik yang seterusnya adalah, Pantai Balok. Ia adalah pantai yang dipilih untuk sukan luncur angin dan merupakan antara 10 pantai terbaik dalam dunia untuk sukan ini.
29. Firefly Watching di Cherating
Kunang-kunang merupakan antara serangga yang menarik kerana ia menghasilkan cahaya. Bila berterbangan, mereka kelihatan begitu cantik menghiasi pandangan. Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun suka kan?
Bolehlah ke Cherating Fireflies Sanctuary ini bersama keluarga. Tentu ia menjadi satu momen yang magika!
Alamat: Cherating Fireflies Sanctuary, Jalan Kampung Cherating Lama, Cherating, Balok, Pahang, Malaysia
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, Setiap ptg 7.30 mlm kecuali hari Sabtu, penambahan slot waktu pada 8.40 mlm. Isnin cuti
Tel: +60132152708
Harga tiket: Dewasa RM45, kanak-kanak RM35
30. Gambang Water Park
Gambang Water Park terkenal dari dahulu lagi sebagai antara taman tema air yang best di Malaysia. Bolehlah mandi manda dan berkelah di sini.
Tel: +6 09 – 548 8000 Bukit Gambang Resort City
Tempat Menarik Di Negeri Pahang Darul Makmur
Begitu banyak keindahan dan keunikan di negeri Pahang kan? Bolehlah rancang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk ke sini. Semoga ia menjadi kenangan terindah buat anda!