KelabMama

18 Aktiviti & Tempat Menarik di Muar. Bukan Setakat Mee Bandung je Tau!

senarai tempat menarik di Muar terkini

Kredit gambar: hmetro.com.my

“Bosanlah asyik asam pedas Muar, tak ada aktiviti lain kah? “

Mama Siti faham perasaan itu, lagi-lagi Mama Siti lebih gemar melakukan aktiviti yang berbeza dari orang lain. Oleh sebab itu, Mama Siti senaraikan 18 tempat menarik yang boleh kita lakukan di Muar. 

Selain asam pedas, jangan tak tahu daerah Muar juga terdapat tempat mandi-manda, taman rekreasi, galeri Bukit Kepong dan taman negara Gunung Ledang. 

Mari kita lihat maklumat dan kenapa Mama perlu singgah di tempat-tempat menarik di Muar yang Mama Siti kongsikan ini.

Senarai Tempat Menarik di Muar

#1 Taman Negara Gunung Ledang

Kredit gambar: mdfaiez84.com

Aktiviti yang terdapat disini ialah mendaki gunung, mandi air terjun, membelai landak, terapi ikan dan melawat taman herba.

Selain itu, gunung ledang juga terkenal dengan lagenda Puteri Gunung Ledang yang dipinang oleh Sultan Melaka suatu masa dahulu. 

#2 Jambatan Sultan Ismail

Kredit gambar: otaicerita.blogspot.com

Jambatan ini menghubungkan Tanjung Agas dan Bandar Maharani. Tempat ini selalu menjadi tumpuan kaki pancing. 

Di waktu malam, jambatan yang dihiasi dengan lampu berwarna-warni dapat dilihat dari Tanjung Agas. Cantik sungguh pemandangannya.

#3 Kolam Air Panas Sungai Gersik

Kredit gambar: tempatmenarik.my

Sebuah kolam air panas semulajadi yang terletak berhampiran Pekan Parit Jawa. Walaupun masuk percuma tetapi kawasan sekitarnya bersih dan terjaga rapi.

Lokasi: J142, Kampung Sungai Gersik, Parit Jawa, 84150 Muar

Waktu operasi: 8.30am hingga 7pm

#4 Ladang Herba Nasuha

Kredit gambar: pesara1957.blogspot.com

Hampir 6000 spesies herba ada disini yang berasal dari dalam dan luar negara. Jemput datang jika Mama teringin nak tahu bagaimana rupa tumbuhan pokok lada hitam, kulit kayu manis serta macam-macam lagi tumbuhan herba. 

Di tempat ini juga terdapat restoran, spa dan tempat penginapan. Pastinya ada elemen herba diselitkan dalam perkhidmatan yang disediakan. 

Waktu operasi: 10.30am hingga 5.30 pm
Dibuka: Setiap hari kecuali Selasa
Media sosial: Facebook, Instagram

#5 Galeri Darurat Bukit Kepong

Kejadian di Balai Polis Bukit Kepong menjadi bukti perjuangan anggota polis melindungi negara kita dari serang komunis. 

Melawatlah ke galeri ini agar supaya kita boleh menghayati dan melihat sendiri pameran berkaitan kejadian itu.  

Waktu operasi: 9am hingga 5pm
Dibuka: Setiap hari kecuali Isnin

#6 Taman Tanjung Emas

Kredit gambar: dun-maharani.blogspot.com

“Ingatkan bila datang Muar, dapat tengok Sungai Muar sahaja”

Betulkan tanggapan tersebut kerana Taman Tanjung Emas terletak ialah tempat dimana Mama boleh menikmati pemandangan laut Sungai Melaka. 

Replika durian gergasi tersergam indah seolah-olah menyambut kedatangan Mama ke Taman Tanjung Emas. Selain itu, peralatan bersenam dan permainan kanak-kanak juga disediakan. Penat beriadah, boleh singgah di medan selera yang ada di kawasan berdekatan.

#7 Maharani Uptown

Tempat ini lebih menarik jika datang pada waktu malam. Disini ialah lubuk membeli belah. Lebih menyeronokkan ada pelbagai barangan dijual disini seperti gajet, aksesori, pakaian dan makanan. 

Tak perlu nak pening kepala carikan buah tangan untuk kenalan dan saudara-mara sebab semuanya ada disini dan harganya pun boleh ditawar.

Media sosial: Facebook

#8 Sungai Muar (Boat Cruising)

Kredit gambar: johorfoodie.com

Mama berpeluang menikmati pengalaman menaiki bot menyusuri Sungai Muar. tiket boleh dibeli di jeti Tanjung Emas dan tempoh menaiki bot ialah selama 45 minit.

Waktu operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah
Laman sesawang: Tourism Muar

#9 Medan Ikan Bakar Sabak Awor

@cknuraini

Kalo datang Muar boleh singgah Sabak Awor, Medan Selera Ikan Bakar. Bersih tempatnya. #muar #johor #ikanbakar

♬ I Love Mama Mantu – Bulan Sutena

Sebuah tempat makan yang terdapat banyak gerai menjual makanan laut di bawah satu bumbung. Ikan, udang, sotong, kerang dan banyak lagi makanan laut ada di Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Keistimewaannya ialah Mama boleh pilih sendiri saiz dan menu masakan.  

Alamat:Medan Selera, Jalan Cahaya, Sabak Awor, 84000 Muar, Johor
Waktu operasi: 5pm- 12am

#10 Gerai Asam Pedas Parit Jawa

Tak sah kalau datang ke Muar tak rasa menu asam pedas. Mama datanglah ke deretan gerai yang hampir kesemuanya menyediakan juadah asam pedas. Gerai Pak Yahya ialah yang paling sedap, berpatutan dan popular.

Asam Pedas Gerai Pak Yahya pernah mendapat liputan media tempatan dan Singapura seperti Kosmo dan TV3.

#11 Muar Cultural Walk

Peminat hasil seni terutamanya seni lukis di dinding wajib singgah di tempat ini. Oh ya, hasil rujukan Mama Siti mendapati tempat letak kereta disini terhad. Jadi kalau boleh apabila datang ke Muar Cultural Walk, lebih baik minimakan jumlah kereta.

Lukisan mural yang dilukis di bangunan klasik, betul-betul menggamit memori kan. Perasaannya seperti Mama melawat Melaka Street Art dan Ipoh Mural Art. 

#12 Tanjung Agas

Tanjung Agas ialah taman rekreasi dan riadah yang terletak di pesisir sungai. Ia merupakan lokasi terbaik untuk bersantai dan bersenam. Tempat ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak. 

Tahukah Mama, pemandangan di waktu malam agak berbeza. Di waktu malam, tempat ini dihiasi dengan lampu berwarna-warni. Sangat cantik jika dapat merakamkan gambar dan video suasana malam di tempat ini. 

#13 Muar Art Gallery & Cafe

Kredit gambar: kindmeal.my

Sebuah galeri seni dan kafe yang memberikan pengalaman kepada Mama dan Papa menghasilkan karya seni buatan sendiri. Selain itu, di tingkat dua tempat ini terdapat dewan yang sesuai dijadikan tempat mesyuarat, acara peribadi.

Lokasi: 66-1, Jalan Hang Tuah, Taman Junid Perdana, 84000 Muar, Johor
Waktu operasi: 7.30 am hingga 6 pm
Media sosial: Facebook, Instagram

#14 Masjid Jamek Sultan Ibrahim

Kredit gambar: sinceredsx.blogspot.com

Ia merupakan sebuah masjid tertua dan terkenal di Bandar Maharani. Masjid Jamek Sultan Ibrahim dibina bersebelahan dengan Sungai Muar. 

Selepas Mama dan Papa menunaikan solat, bolehlah menikmati pemandangan dan merakamkan beberapa keping gambar dan video sebagai kenang-kenangan.

#15 Bukit Mor (Hiking)

Tempat menarik yang seterusnya khas untuk pencinta alam semulajadi dan aktiviti lasak. Bukit Mor terletak di Parit Jawa, Muar. Mama tidak perlu risau tentang bayaran kerana tiada yuran dikenakan serta parking juga percuma. 

Katanya di Bukit Mor ada kaitan dengan cerita warisan ‘batu belah, batu bertangkup’. Janganlah takut Mama, yang penting kalau pergi mendaki, jaga adab dan jaga bahasa.

#16 HS Farm Stay

Kredit gambar: Facebook @HSFarmStay

Antara yang menarik disini ialah zoo mini, kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa dan bilik penginapan. Selain itu, disini juga sesuai dijadikan tempat untuk acara sukaneka dan aktiviti lasak kampung.  

Lokasi: PTD 4116, Parit Pajar, Jalan Kesang, 84000 Muar, Johor

Hubungi: Facebook & laman sesawang

#17 Kolam Renang AMA Resort (Swimming Pool)

Tempat mandi manda, penginapan, hari keluarga, kem bina diri dan mesyuarat. Semua aktiviti tersebut boleh dilakukan di Ama Farm & Resort Training Centre. 

Lokasi: Jalan Abdul Rahman, Parit Kasim, 84150 Muar, Johor
Bayaran kolam renang;
– Dewasa: RM 15.00
– Kanak-kanak: RM 10.00

#18 Kampung Malaya Homestay

Kebanyakkan rekaan rumah zaman sekarang menggunakan batu dan konsep moden. Di Kampung Malaya Homestay, Mama bakal menikmati penginapan dengan suasana kampung seperti di tahun 60-an dahulu. 

Kediaman-kediaman yg ditawarkan :

Hubungi: Whatsapp
Media sosial: Facebook


Muar ada lebih sekadar asam pedas. Penginapan ala kampung, galeri seni, lukisan mural, aktiviti mendaki bukit dan gunung serta tempat mandi-manda antara yang menarik. 

Mama Siti juga ada sertakan pautan media sosial dan laman sesawang di tempat-tempat tersebut. Bagi memudahkan rancangan perjalanan Mama, Mama Siti tuliskan juga waktu operasi dan harga tiket di beberapa tempat. Jom teroka pulau-pulau di Johor pula!


Ada perancangan ke tempat lain di Malaysia? Klik SINI untuk rujukan Mama.