Rupa-rupanya banyak yang boleh kita terokai ketika berada di Miri. Dalam perkongsian tempat menarik di Sarawak sebelum ini, Mama Siti telah kongsikan 30 lokasi berserta aktivitinya sekali.
Kali ini, Mama Siti ingin memfokuskan di daerah Miri sahaja supaya dapat membantu Mama merancang jadual perjalanan ketika melancong di Miri.
Ayuh, kita lihat lebih terperinci informasi di setiap tempat menarik yang disenaraikan.
Senarai 25 Tempat Menarik di Miri, Sarawak
#1 Miri Marina
Ia adalah kawasan pelabuhan kapal layar dan bot mewah yang sama seperti pelabuhan terkenal di luar negara.
Jeti ini juga terkenal dalam kalangan penyelam skuba kerana dari sini mereka akan menaiki bot dan menuju ke tapak menyelam yang terletak di perairan Miri-Sibuti.
Alamat: Miri Marina, 98000 Miri, Sarawak
Hubungi:-
Waktu operasi:-
Harga tiket: Percuma kecuali inflatable water park
Laman sosial: Facebook
#2 Muzium Petroleum
Muzium Petroleum Miri menempatkan pelbagai pameran berkaitan industri perahan petroleum. Antara tarikan utama pengunjung ialah replika pelantar minyak yang membolehkan mereka melihat dengan lebih dekat suasana, pembinaan dan teknologi yang digunakan dalam penggerudian telaga minyak.
Alamat: Muzium Petroleum, Jabatan Muzium Sarawak, Canada Hill, Jalan Oil Well No. 1, 98000 Miri, Sarawak
Hubungi: –
Waktu operasi:
Selasa-Jumaat: 9 am – 4.45 pm
Sabtu & Ahad: 10 am – 4 pm
Harga tiket: Percuma
Laman sosial: –
#3 Siti Payung Kek Lapis Sarawak
Terdapat banyak kek lapis Sarawak dalam pelbagai perisa dan corak yang sangat cantik dan sesuai untuk dijadikan hadiah istimewa untuk keluarga atau jiran tetangga.
Jika Mama buntu dengan perisa mana yang terbaik, jangan risau kerana pengunjung yang datang ke sini boleh merasai sampel sebelum membeli.
Alamat: Miri Marina, 98000 Miri, Sarawak
Hubungi: 6016-8702385
Waktu operasi: 9am-9pm
Harga tiket: Percuma
Laman sosial: Facebook & Laman sesawang
#4 Taman Negara Niah
Pelancongan utama di kawasan ini ialah penerokaan hutan, memerhati burung, dan melawat rumah panjang. Paling ditunggu-tunggu ialah aktiviti meneroka Gua Niah yang menjadi bukti penempatan manusia zaman paleolitik.
Alamat: Taman Negara Niah, 98200 Miri, Sarawak
Hubungi: 6085-737454
Waktu operasi: Setiap hari, 8am- 5pm
Harga tiket: RM 3 hingga RM 20
Laman sosial: Facebook & Laman sesawang
#5 Taman Negara Bukit Lambir
Di sinilah terdapat beberapa lokasi air terjun seperti Air Terjun Latak, Air Terjun Pantu, Air Terjun Pancur, Air Terjun Tengkorong & sebagainya.
Lokasi air terjun yang mesra keluarga terletak di Air Terjun Latak ini. Manakala jika ingin pergi ke air terjun lain, Mama perlu melalui denai hutan yang mengambil masa antara 1 hingga 2 jam.
Alamat: Taman Negara Bukit Lambir, Miri, Sarawak
Hubungi: 6085-491030
Waktu operasi: Setiap hari, 8am- 5pm
Harga tiket: RM 3 hingga RM 20
Laman sosial: Laman sesawang
#6 Pasar Malam Ria Saberkas
Warga semenanjung wajib datang ke pasar malam di Miri. Mama Siti pasti, Mama akan rasai perbezaannya.
Paling ketara perbezaan dengan pasar di semenanjung ialah menu makanan seperti Sayoq Manok kepak ayam panggang.
Alamat: Ria Seberkas Night Market, Jalan Saberkas Utama, Saberkas Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak
Hubungi: –
Waktu operasi: Khamis, Jumaat & Sabtu: 4.30 pm – 9.30 pm
Harga tiket: Percuma
Laman sosial: –
#7 Pantai Tusan Subis
Terdapat sebuah bukit batu di sini yang bentuknya seperti kepala seekor kuda sedang meminum air laut & ianya juga dikenali sebagai Tusan Cliff Sarawak atau Tebing Tusan.
Pada bulan September hingga Disember, lokasi ini akan dihiasi dengan fenomena Blue Tears di sepanjang pantai.
Alamat: Pantai Tusan Subis, Kampung Terahat, 98150 Bekenu, Sarawak
Hubungi: –
Waktu operasi: 24 Jam
Harga tiket: Percuma
Laman sosial: –
#8 Coco Cabana
Tempat ini sememangnya dikhususkan buat Mama yang sangat mencintai keindahan matahari terbit dan terbenam.
Lokasi Coco Cabana juga bersebelahan sahaja dengan Miri Marina iaitu sebuah pelabuhan bot dan kapal layar yang suasananya tidak ubah seperti jeti popular di luar negara.
Alamat: Coco Cabana, Lot 2260, Jalan Bandaraya, 98000 Miri, Sarawak
Hubungi: –
Waktu operasi: Setiap hari, 8am- 11pm
Harga tiket: Percuma
Laman sosial: Laman sesawang & Facebook
#9 Taman Awam Miri
Walaupun percuma, ianya sangat menarik untuk diterokai. Bayangkan disini juga terdapatnya titian gantung dan kolam renang awam yang boleh diakses secara percuma.
Alamat: Bintulu – Miri Rd, Taman Awam Miri, 98000 Miri, Sarawak
Hubungi: –
Waktu operasi: 24 Jam
Harga tiket: Percuma
Laman sosial: –
#10 Taman Buaya Miri
Kira-kira 28 km sahaja dari bandar Miri, terdapatnya sebuah taman haiwan yang menempatkan buaya dan 60 spesies haiwan lain yang terdiri daripada burung-burung eksotik, monyet, reptilia dan sebagainya.
Alamat: Miri Crocodile Farm Cum Mini Zoo, Lot 164, 24Km Miri-Kuala Baram Road, 98000 Miri, Sarawak
Hubungi: 6085-604108
Waktu operasi: Setiap hari, 9am- 6pm
Harga tiket: RM 15 hingga RM 40
Laman sosial: Facebook & Laman sesawang
#11 Pantai Tanjung Lobang
Banyak kemudahan disediakan di pantai ini seperti medan selera, restoran dan taman permainan kanak-kanak. Terdapat tiga buah hotel terkenal berhampiran pantai ini iaitu Miri Marriot Resort, Diamond Bay Resort & juga ParkCity Everly Hotel.
Alamat: Tanjung Lobang Beach, 98000 Miri, Sarawak
Hubungi: –
Waktu operasi: 24 Jam
Harga tiket: Percuma
Laman sosial: –
#12 Rizab Semulajadi Piasau
Laluan merentas hutan (jungle trekking) yang ada di sini meliputi denai hutan dan pokok-pokok. Walaupun lokasinya dekat dengan bandar Miri namun suasana di tempat ini seakan-akan menjelajah di hutan pedalaman.
Alamat: Piasau Nature Reserve, 98000 Miri, Sarawak
Hubungi: 6085-644487
Waktu operasi: Setiap hari, 6.00 am– 6.30 pm
Harga tiket: Percuma
Laman sosial: Laman sesawang & Facebook
#13 Tamu Muhibbah & Tamu Khas
Kedua-dua tempat ini sebenarnya pusat penjualan hasil tani, hasil laut, kraftangan dan makanan kering yang dihasilkan sendiri oleh penduduk tempatan.
Mama jangan lepaskan peluang membeli sedikit cenderamata seperti ikan terubuk masin, garam bario, beras bario, belacan dan ikan bilis sebagai oleh-oleh.
Alamat: Tamu Muhibah & Tamu Khas, 98000 Miri, Sarawak
Hubungi: –
Waktu operasi: –
Harga tiket: Percuma
Laman sosial: –
#14 Gunung Murud
Sebuah gunung ke empat tertinggi di sini berketinggian 2423 meter dari aras laut memerlukan stamina & daya tahan mental yang tinggi.
Ia akan mengambil masa beberapa hari untuk menawan puncak Gunung Murud.
Alamat: Gunung Murud, Limbang, Sarawak
Hubungi: –
Waktu operasi: –
Harga tiket: –
Laman sosial: Laman sesawang
#15 Pusat Kraftangan Miri
Barangan kraftangan yang dijual di sini ialah hasil seni, rantai-rantai bermanik, gelang, t-shirt, sulaman, manik, gula bario, beg kraftangan, tali pinggang & banyak lagi.
Terdapat juga lukisan mural 3D di sekitarnya yang boleh anda bergambar & berswafoto untuk dijadikan kenangan peribadi.
Alamat: Jalan Brooke, Miri Handicraft Centre, 98000 Miri, Sarawak
Hubungi: –
Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 6 pm
Harga tiket: Percuma
Laman sosial: –
#16 Pantai Bungai
Pantai ini terletak 50 km dari bandar Miri. Oleh itu, penginapan yang disediakan hanyalah homestay yang diusahakan oleh penduduk setempat.
Pantai Bungai selalu menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan menghabiskan masa lapang mereka pada hujung minggu. Anak-anak kecil berseronok bermain pasir dan berenang di pinggir pantai.
Alamat: Pantai Bungai, Kampung Bungai, Bekenu, Sarawak
Hubungi: –
Waktu operasi: 24 Jam
Harga tiket: Percuma
Laman sosial: –
#17 Borneo Tropical Rainforest Resort
Lokasi percutian untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Anak-anak mesti suka mandi manda & bermain gelongsor air disini.
Manakala orang dewasa pula, boleh berkayak dan bermain flying fox. Pakej lengkap ini sangat bersesuaian kepada Mama yang telah berkeluarga.
Alamat: Borneo Tropical Rainforest Resort, KM36, Jalan Bintulu – Miri, 98000 Miri, Sarawak
Hubungi: 6019-8852193
Waktu operasi: 24 Jam
Harga tiket: –
Laman sosial: Laman sesawang & Facebook
#18 Gunung Mulu
Trek sepanjang 21 km di Gunung Mulu sememangnya sukar untuk pendaki terutama mereka yang perlu pergi dari Kem 4 ke kawasan puncak.
Ramai pendaki datang ke Gunung Mulu kerana ingin melihat sendiri The Pinnacles iaitu batuan batu kapur yang tinggi sekitar 45 meter & ianya kelihatan terpacak bagaikan menara.
Alamat: Gunung Mulu, Mulu, Sarawak
Hubungi: –
Waktu operasi: –
Harga tiket: –
Laman sosial: Laman sesawang
#19 Miri-Sibuti Coral Reef National Park
Tempat ini ialah syurga penyelam skuba. Terdapat 40 lokasi penyelaman yang mudah diakses antaranya Eve’s Garden, Anemone Garden, Barracuda Point, Tukau Drop Off, Kenyalang Artificial Lift.
Alamat: Miri-Sibuti, Miri, Sarawak
Hubungi: 6085-640063
Waktu operasi: Mac hingga November
Harga tiket: –
Laman sosial: –
#20 Taman Negara Loagan Bunut
Taman Negara Loagan Bunut ini mempunyai tasik semulajadi yang sangat besar & bersambungan dengan beberapa sungai berdekatan.
Pada bulan Februari hingga Mei, paras air di tasik ini akan surut sehinggakan paras 0.5 m– 3 meter. Bahkan, pengunjung boleh berjalan kaki sahaja di beberapa bahagian tasik ini.
Alamat: Taman Negara Loagan Bunut, 98150 Long Lama, Sarawak
Hubungi: –
Waktu operasi: –
Harga tiket: –
Laman sosial: Laman sesawang
#21 Kelab Bot Piasau
Kelab ini menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Pelbagai aktiviti sukan air disediakan seperti menyelam, berkanu, luncur angin dan belayar.
Alamat: Secretary P.B.C., Sarawak Shell Berhad, Locked Bag No. 1, 98009 Miri, Sarawak
Hubungi: 6085-640063
Waktu operasi: 9am- 9pm
Harga tiket: –
Laman sosial: Facebook & Laman sesawang
#22 Permaisuri Imperial City Mall
Sebuah pusat membeli-belah yang terletak bersebelahan dengan Boulevard Hypermarket iaitu pasaraya yang telah lama bertapak di Miri, Sarawak.
Ratusan lot kedai disini ada menjual pelbagai produk harian dari segi fesyen, gajet terkini, hiburan keluarga & juga restoran menarik.
Alamat: Permaisuri Imperial City Mall, Jalan Merpati, 98000 Miri, Sarawak
Hubungi: 6085-419818
Waktu operasi: 10am- 10pm
Harga tiket: –
Laman sosial: Facebook
#23 Taman Rekreasi Miri City Fan
Jika Mama melawat pada pertengahan tahun, Mama akan melihat keadaan sekeliling yang dipenuhi dengan bunga-bunga mekar seperti taman bunga Sakura di Jepun.
Taman ini lebih meriah pada hujung minggu dengan aktiviti jogging dan senam aerobik.
Alamat: Miri City Fan Recreational Park, Jalan Kipas, 98000 Miri, Sarawak
Hubungi: 6085-419818
Waktu operasi: 24 Jam
Harga tiket: Percuma
Laman sosial: –
#24 Taman Bunga Miri
Selain menjadi lokasi menenangkan fikiran di waktu siang, disini juga antara lokasi yang boleh dikunjungi pada waktu malam.
Pada waktu malam, lampu-lampu hiasan menghiasi segenap ruang taman bunga seperti di Putrajaya Secret Garden.
Alamat: Taman Bunga Miri, Jalan Sylvia, 98000 Miri, Sarawak
Hubungi: –
Waktu operasi: 24 Jam
Harga tiket: Percuma
Laman sosial: –
#25 Beach Republic
Beach Republic ialah tempat Mama boleh melakukan aktiviti fizikal seperti berenang, bermain gim, bermain bola keranjang dan bola tampar pantai.
Tambahan pula, kemudahan yang ada disini sangat memudahkan bagi Mama yang ingin membuat aktiviti ‘team building’ bersama rakan sepejabat.
Alamat: Beach Republic Resorts Sdn Bhd Lot 334, Block 5, Lambir District 98000 Miri, Sarawak
Hubungi: 6085-424040
Waktu operasi: 10am- 11pm
Harga tiket: RM 3
Laman sosial: Facebook & Laman sesawang
Semoga artikel ini membantu Mama mengisi masa sepanjang berada di Miri, Sarawak. Mama Siti sendiri rasakan Miri ialah syurga pencinta alam dan negeri yang kaya budaya.
Mama Siti sentiasa mendoakan kelancaran urusan Mama sepanjang bercuti.
Ada perancangan ke tempat lain di Malaysia? Klik SINI untuk rujukan Mama.