Melaka sebagai bandaraya bersejarah mempunyai begitu banyak destinasi menarik. Terutamanya untuk penggemar dan pengkaji sejarah, Melaka sering menjadi pilihan untuk dikunjungi.
Tetapi bukan hanya pada pengaruh sejarahnya sahaja, Melaka juga terkenal dengan makanan dan tempat menarik yang lain.
10 Tempat Menarik Di Melaka Untuk Dikunjungi
1. Jonker Street
Jonker Street pada awalnya adalah jalan utama di Chinatown yang terkenal dengan kedai barangan antik. Tetapi seiring dengan masa, terdapat banyak kedai baju dan barangan kraf yang dijual di sini. Restoran pun tak kurangnya.
Pada setiap malam Jumaat dan Sabtu pula, ia sesak dengan pengunjung kerana pasar malam. Anda boleh dapatkan pelbagai makanan sedap dan barang-barang pada harga yang berpatutan.
Alamat: Jonker Street, 33, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka
Waktu operasi: 9.00 pg – 4.30 ptg
2. A’Famosa Resort
Apaa yang menarik di A’Famosa Resort ini ialah, terdapat bermacam aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya adalah:
- Bermain golf
- Bermain di taman tema indoor dan outdoor seperti Animal World Safari, Water World dan Cowboy Town
- Boleh memancing dan menunggang kuda
- Boleh bermain paintball
Alamat: A’Famosa Resort, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah
Tel: (603) 2781 8888
3. Baba Nyonya Heritage Museum
Terletak di Jonker Street, Muzium Warisan Baba Nyonya ini kaya dengan tradisi dan warisan baba nyonya dari segi pembinaan bangunan dan makanannya.
Alamat: Baba Nyonya Heritage Museum,48-50 Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200.
Waktu operasi: 10:00 – 12:30 & 14:00 – 16:30 Isnin – Sabtu
Tel: +606 283 1273
4. Hard Rock Cafe Melaka
Buat peminat Hard Rock Cafe, Hard Rock Cafe di Melaka adalah destinasi wajib untuk anda! Dari interior, makanan dan servis di sini, tentunya memberi vibe rock and roll untuk pengunjung.
Selain itu, anda juga boleh membeli T-shirt Hard Rock Cafe di sini.
Alamat: Hard Rock Cafe Melaka, Jonker Street, 28, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka
Waktu operasi: Ahad – Khamis 11:30 – 01:00;
Jumaat, Sabtu dan malam hari cuti umum 11:30 – 02:00 (dapur berhenti beroperasi pada jam 22:30)
Tel: +606 292 5188
5. Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka
Di Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka ini, anda dapat menyaksikan pelbagai spesis rama-rama dan juga reptilia seperti ular, cicak, ikan koi dan buaya.
Memang sesuai sangat jika ke sini bersama keluarga!
Alamat: Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka, Lebuh Ayer Keroh, 75450, Melaka.
Waktu operasi: 08:30 – 17:30 Setiap hari
Tel: +606 232 0033
6. Zoo Melaka
Di Zoo Melaka pula, terdapat 1200 haiwan dari 200 spesis yang berbeza seperti burung, mamalia, reptilia dan amfibia. Malah haiwan yang terancam seperti harimau kumbang juga ada di zoo ini.
Di samping itu, pengunjung juga boleh memberi makan haiwan dan menunggang kuda. Merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia, memang rugi kalau tak pergi tau!
Alamat: Zoo Melaka, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450.
Waktu operasi: 09:00 – 18:00
Tel: +606 232 4053
7. Melaka Botanical Garden
Di Ayer Keroh juga terdapat taman botanikal yang menempatkan sekitar 300 spesis flora dan fauna. Tetapi, ia bukan sahaja destinasi untuk anda bergambar dan mengenali tumbuhan dan haiwan di sini. Anda juga boleh hiking, trekking dan berkhemah di sini.
Malah dalam taman ini juga, terdapat Book Village Malaysia Melaka. Memang port yang wajib untuk ulat buku!
Alamat: Melaka Botanical Garden, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.
Tel: +606 231 6095
8. Taman Buaya Melaka
Taman Buaya Melaka merupakan antara destinasi yang sentiasa sesak dengan pengunjung. Ini kerana ia bukan sahaja merupakan habitat untuk lebih 100 spesis buaya tetapi di sini juga terdapat destinasi menarik yang lain seperti Malaysia in Miniature, Aviary Bird Park, Reptile House, Mamalia House dan Water Recreation Park.
Alamat: Taman Buaya Melaka, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Waktu operasi: 09:00 – 19:00 Setiap hari
Tel: +606 232 2349
9. Dataran Pahlawan Melaka Megamall
Untuk shopping pula, bolehlah ke Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Namakan apa sahaja yang anda mahu, semuanya anda boleh dapatkan di Dataran Pahlawan ini.
Terdapat pelbagai jenis barangan dari barangan berjenama dan tempatan, restoran makanan dan gerai minuman serta tarikan-tarikan yang lain seperti panggung wayang dan Revo Archery.
Ia merupakan one-stop centre yang memudahkan urusan anda untuk membeli-belah dan meluangkan masa bersama keluarga kerana semuanya ada di sini. Jangan lupa untuk singgah di Coral Wonderland ya!
Alamat: Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jalan Merdeka, 75000 Banda Hilir, Melaka.
Waktu operasi: 10:00 – 22:00
Tel: +606 283 2828
10. Istana Sultan Melaka
Kalau dah ke Melaka, mesti singgah di Istana Sultan Melaka ya. Ia merupakan replika istana sultan Melaka terdahulu.
Bolehlah mendalami sejarah Melaka dan ceriteranya pada zaman dahulu kala.
Alamat: Istana Sultan Melaka, Jalan Kota, St. Paul’s Hill
Waktu operasi: 09:00 – 17:30 Rabu – Isnin
Tel: +606 262 7464
Melaka, Bandaraya Bersejarah Yang Indah
“Mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”. Di samping mengunjungi tempat-tempat menarik di Melaka, janganlah lupa untuk mengenang kembali sejarahnya.
Semoga penghayatannya diterapkan pada generasi-generasi akan datang dan selamat bercuti!