KelabMama

Jelajah 20 Tempat Menarik di Labuan, Menjanjikan Percutian Yang Menyeronokkan!

Labuan atau juga dikenali sebagai Mutiara Borneo dan lokasinya terletak berhampiran dengan daerah Sarawak dan negara Brunei. Labuan ialah salah satu tempat menarik di Sabah.

Dari keindahan alam semula jadi, tinggalan sejarah, tempat membeli-belah hinggalah seni bina luar biasa ada di Labuan.

Jadi, Mama Siti nak bawa Mama semua menjelajah ke segenap daerah Labuan yang menarik di tahun ini!

20 Senarai Tempat Menarik di Labuan, Sabah

#1 Palm Beach Resort & Spa

Kredit gambar: palmbeachresortspa.com

Hotel ini terletak di barat Kepulauan Borneo yang dilengkapi dengan kemudahan Grand Ballroom serta bilik-bilik lebih kecil iaitu Bilik Lembaga Cerobong, Bilik Lembaga Layangan dan Dewan Mutiara.

Tambahan pula, terdapat 254 bilik yang luas dan selesa disediakan untuk penghuni yang menginap disini. 

Alamat: Jalan Batu Manikar, 87014 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Hubungi: 08-7418700

Laman sosial: Laman sesawang 

#2 Pulau Kuraman

Kredit gambar: Labuan

Perkara utama yang boleh Mama lakukan semasa berada di sini ialah selam skuba dan snorkeling di perairan Labuan yang indah.

Kedua, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti pantai seperti berkelah, bermain layang-layang, dan mandi.

Alamat: Pulau Kuraman, Wilayah Persekutuan Labuan

#3 Masjid Jamek An’nur

Kredit gambar: Twitter

Masjid ini diinspirasikan daripada konsep binaan Melayu, Brunei dan Turkiye. Merupakan satu-satunya masjid utama di bandar Labuan dan telah wujud sejak tahun 1980. 

Lokasinya sangat berhampiran dengan Taman Botani dan Perkampungan Air menjadikan ia sebagai tempat tumpuan pengunjung. 

Alamat: Masjid, Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Hubungi: 08-7414212

Waktu operasi: 24 jam

Laman sosial: Facebook

#4 Kedai bebas cukai di Labuan

Lokasi ideal untuk Mama borong coklat tanpa risau tentang harganya kerana barang-barang yang terdapat disini dijual dengan harga lebih rendah dari biasa. 

Selain itu, mutiara, saho, sambal dan tapai turut dijual di bawah harga sebenar dalam kedai ini.  

Alamat: Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Hubungi: 08-7421178

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am– 9 pm

Laman sosial: Facebook & Instagram

#5 Taman Botani Labuan

Mama hanya perlu menempuh perjalanan kira-kira 5 minit dari bandar Labuan. Taman botani ini menempatkan taman herba, laluan refleksologi, rumah pondok di atas pokok, pelbagai spesies bunga raya dan banyak lagi.

Sebuah taman dengan pakej lengkap beriadah dan rekreasi. 

Alamat: Labuan Botanical Garden, 708, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Waktu operasi: Setiap hari, 8 am– 6 pm

#6 Dataran Labuan (Labuan Square)

Dataran luas ini ialah lokasi yang selalu diadakan acara dan persembahan pada hari-hari penting negara seperti Hari Kemerdekaan. 

Mama boleh bergambar dengan papan tanda Labuan berbentuk cinta sebagai tanda menjejakkan kaki ke sini.

Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Waktu operasi: 24 jam

#7 Pantai Pohon Batu

Kredit gambar: Safarway

Pantai Pohon Batu terletak bersebelahan dengan Pantai Pancur Hitam. Tambahan pula, terdapat pelbagai gerai makanan laut segar yang menjual hasil laut yang ditangkap oleh nelayan.

Alamat: Pantai Pohon Batu, 87000, Wilayah Persekutuan Labuan

#8 Pantai Pancur Hitam

Kredit gambar: abunuha.wordpress.com

Pantai ini terletak berhampiran Jalan Pancur Hitam dan Jalan Batu Manikar. Manfaatkan masa Mama di Labuan dengan aktiviti berkelah, barbeku dan hanya bersantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah di Pantai Pancur Hitam.

Alamat: Pantai Pancur Hitam, 87000, Wilayah Persekutuan Labuan

#9 Ujana Kewangan

Kredit gambar: Astro Awani

Turut dikenali dengan istilah UK dan ia satu-satunya pusat beli belah yang masih berdiri teguh di bandar Labuan hingga ke hari ini. 

Pelbagai jualan berjenama ada di sini, seperti minyak wangi, beg, dan coklat. Kalau Mama peminat coklat, boleh beli sebagai oleh-oleh. 

Maklumlah, harganya mestilah berpatutan di pulau bebas cukai ini!

Alamat: Jalan Merdeka, Financial Park, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Hubungi: 08-7419477

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am– 10 pm

Laman sosial: Laman sesawang 

#10 Muzium Labuan

Kredit gambar: Labuan

Pameran di muzium ini tertumpu kepada kerusi, meja dan pen yang pernah digunakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed.

Selain itu, barangan lain yang dipamerkan seperti replika rumah suku kaum Kadayan, artifak batu Neolitik yang terdapat di Pulau Burong, dan pelbagai senjata perang dunia.

Alamat: U 0364, Jalan Dewan, 87008 Wilayah Persekutuan Labuan

Hubungi: 08-7414135

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am– 5 pm

Harga tiket: Percuma

Laman sosial: Facebook & Laman sesawang

#11 Taman Burung Labuan

Kredit gambar: Kosmo Digital

Burung-burung dalam taman ini dipelihara dalam tiga kubah besar yang menempatkan lebih 600 spesies burung pelbagai saiz dan warna. 

Burung enggang, burung hantu, tiong mas dan kakak tua antara yang dipamerkan dalam Taman Burung Labuan. 

Alamat: The Bird Park Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Hubungi: 08-7272288

Waktu operasi:
Isnin, 2 pm– 4:30 pm
Selasa – Ahad, 9 am– 4:30 pm

Laman sosial: Facebook

#12 Muzium Chimney

Kredit gambar: Labuan

Pada zaman dahulu, ianya dikenali sebagai tapak perlombongan arang batu di bandar Labuan. Muzium Chimney terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pusat Informasi Chimney (PIC) dan Menara Chimney. 

Berdasarkan rekod sejarah, menara tersebut telah pun wujud sejak dari tahun 1880 dan dibina daripada 23 000 batu-bata merah dengan reka bentuk Inggeris. 

Alamat: The Chimney Museum, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 am– 5 pm

#13 Bukit Kubong 

Aktiviti pendakian di Bukit Kubong menjanjikan pemandangan memukau Kepulauan Borneo dan Laut China Selatan dari atas bukit. 

Pengunjung boleh melalui laluan yang lebih pendek tetapi lebih mencabar iaitu dari kompleks Akademi Tentera Diraja Bukit Kubong.

Bagi Mama yang sukakan aktiviti lasak, ini adalah tempat yang paling tepat sekali di Labuan!

Alamat: Bukit Kubong Trail, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Waktu Operasi: Setiap hari, 6.15 am– 6.30 pm

#14 Jejak Cerobong Labuan

Kredit gambar: HolidayGoGoGo

Laluan Cerobong Labuan, Tanjung Kubong ialah laluan mendaki sepanjang 3.8 kilometer yang popular di Labuan. 

Antara tarikan boleh ditemui di kawasan itu ialah gedung ubat yang pernah digunakan sebagai tempat penyimpanan peluru tentera Jepun semasa perang dunia kedua dan Terowong Tanjung Kubong sebagai akses utama ke lombong arang batu. 

Alamat: Tanjung Kubong Trail, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

#15 Menara Jam Labuan

Kredit gambar: Wikipedia

Menara jam ini pada asalnya dibina oleh seorang saudagar dari Melaka iaitu Chee Swee Cheng pada tahun 1906. Malangnya, British telah memusnahkannya pada tahun 1948.

Menara jam itu telah dibaiki semula oleh Perbadanan Labuan pada tahun 2002. Menariknya, ia masih berfungsi dengan mengeluarkan bunyi setiap jam.

Alamat: Jalan Tanjung Purun, Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

#16 Muzium Marin Labuan

Kredit gambar: Labuan

Terdapat dua tingkat dengan lebih 500 koleksi di muzium berbentuk cangkerang yang unik ini. Ada juga beberapa bilik pameran yang disediakan seperti hidupan Marin, karang, kapal karam dan paya bakau.

Alamat: Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, Jalan Tanjung Purun, 87008 Labuan

Hubungi: 08-7425927

Waktu operasi: Selasa– Ahad, 9 am– 5 pm

Laman sosial: Facebook & Laman sesawang 

#17 Tugu Peringatan Perang Labuan

Kredit gambar: Amie’s Little Kitchen

Terdapat 1788 kubur di tanah perkuburan ini yang rata-ratanya berasal dari India dan Australia. Ianya ialah tempat persemadian askar-askar Komanwel yang terkorban semasa perang dunia kedua.

Alamat: Labuan War Memorial Cemetary, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

#18 Taman Damai

Kredit gambar: Amie’s Little Kitchen

Taman ini terletak berhampiran dengan Taman Layang Layangan dan merupakan simbol kedamaian antara negara Malaysia dan Jepun. 

Melalui sumbangan daripada Japan Shipbuilding Industry Foundation dan keluarga mereka yang terkorban ketika pencerobohan Jepun telah merealisasikan pembinaan taman ini. 

Alamat: Peace Park & Surrender Point, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Waktu operasi: 24 jam

#19 Tugu Penyerahan Jepun

Monumen penyerahan Jepun menceritakan kisah Leftenan Jeneral Masao Baba, ketua Angkatan Tentera Jepun yang menyerah diri kepada tentera Australia pada tahun 1945 sekaligus menamatkan perang dunia kedua.

Alamat: Peace Park & Surrender Point, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Waktu operasi: 24 jam

#20 Pantai Layang Layangan

Pengunjung boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah dari dek pemerhatian. Tambahan pula, pantai ini sering menjadi lokasi tumpuan pemancing dari pelbagai lokasi.

Laluan berbasikal juga disediakan untuk para pengunjung yang ingin beriadah di waktu petang.  

Alamat: Pantai Layang-Layang, 87000, Wilayah Persekutuan Labuan

Setuju tak kalau Mama Siti kata Labuan sebagai lokasi wajib datang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Semuanya lengkap disini. Ada pantai, taman burung, muzium dan seni bina masjid yang berkonsepkan binaan Melayu, Brunei dan Turkiye.

Diharap perkongsian ini membantu Mama merancang jadual perjalanan di Labuan, Sabah.


Jom ke pelbagai tempat menarik di Malaysia dengan klik SINI.