Nama asalnya ialah Gui Lai sebelum ditukar kepada Kulai pada tahun 1920 bersempena dengan peristiwa kura-kura naik ke darat ketika banjir besar.
Selain keunikan kisah bandar Kulai, ia menyimpan banyak lokasi menarik di Johor yang wajib dilawati oleh pengunjung tempatan dan luar negara.
Kini, Mama Siti kongsikan 11 tempat menarik berserta dengan alamat, harga tiket dan waktu operasinya sekali.
11 Tempat Menarik Di Kulai, Johor
#1 Putuo Village, Kulai
Teringin tak nak rasa macam jalan-jalan dekat Bandung, Indonesia dan Beijing, China? Tangkap gambar dekat buaian sarang burung, replika panda gergasi dan lanskap buluh yang cantik.
Tempat ini sesuai untuk Mama yang suka berswafoto dan buat content di Tiktok masing-masing.
Alamat: 1488, Jalan Kampung Off, Jalan Kota Tinggi- Kluang, Felda Taib Andak, Kulai 81000, Johor.
Waktu operasi: 8.30am – 5pm
Harga tiket: RM 5
#2 Sekawan Campsite
Tempat menarik yang seterusnya bukan sahaja menyediakan tapak perkhemahan tetapi juga terdapat empat kabin penginapan dengan kelengkapan seperti bilik mandi, tandas dan set barbeku (BBQ).
Aktiviti yang disediakanl termasuklah:
- Bermandi-manda di sungai
- Brisk walk keliling kampung
- Pengalaman naik buggy car
- Memanah
- Memancing
Alamat: Sekawan Campsite, Jalan Air Terjun, Kg. Sri Gunung Pulai, Kulai, Johor.
Hubungi: 0108244095 (En. Saiful)
#3 Major Street Cafe
Kedai makan ala barat pun ada tau di Kulai. Sesampainya di daerah ini, datanglah di Major Street Cafe. Soal harga, Mama tak perlu bimbang, harganya sepadan dengan menu yang dihidangkan.
Alamat: 88, Jalan Kenanga 29/7, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor
Waktu operasi: Setiap hari (12:30 tengah hari – 11:30 malam)
Hubungi: 07-660 0164
#4 Rain Forest Tree House
Mana lagi nak dapat pengalaman bermalam di atas pokok. Bukanlah maksudnya Mama kena tidur di dahan-dahan pokok tetapi berehat di unit rumah kayu yang dibina di atas pokok.
Ala, macam dalam cerita Tarzan tu. cuba bayangkan, tidur Mama yang tenang dengan bunyi-bunyian unggas di waktu malam. Bangun pagi pula, Mama dapat menyaksikan matahari terbit dari celah-celah pokok.
Alamat: Jalan Air Terjun, Kampung Sri Gunung Pulai, 81000 Kulai, Johor
Hubungi: +60 12-930 9914
Laman sosial: Facebook & Instagram
#5 Hutan Bandar di Kulai
Sesuai dengan namanya, lokasi menarik di Kulai yang seterusnya dikhususkan untuk aktiviti riadah buat seisi keluarga.
Mana tak nya, buka setakat ada laluan joging sahaja, taman permainan, kolam renang dan laluan berbasikal juga disediakan.
Alamat: Hutan Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor
Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 6:30 petang)
Hubungi: 011-3960 1029
#6 Kelapa Sawit Wall Art
Tak perlu pergi jauh sampai ke Melaka ataupun Ipoh, Kulai pun ada wall art juga tau. Karya mural yang ada di sini bukan sekadar lukisan biasa sebaliknya menceritakan tentang kehidupan warga setempat.
Disebabkan lokasinya yang terletak di deretan kedai-kedai, Mama Siti rasa elok kalau kita cuba hidangan tempatan seperti Yong Tau Foo dan Choy Pan.
Alamat: Kelapa Sawit Wall Art, Kampung Sri Paya, 81000 Kulai, Johor
#7 Star Fish Leisure Farm
Tak ada idea nak buat hari keluarga? Ha, itu maknanya Mama kena pertimbangkan lokasi menarik yang satu ini untuk dijadikan sebagai lokasi pilihan.
Selain sesuai untuk melakukan aktiviti sukaneka, di sini juga menyediakan aktiviti yang jarang-jarang dapat dirasai iaitu berkayak, cabaran bot terapung dan menaiki all-terrain vehicle (ATV).
Alamat: Star Fish Leisure Farm, 81000 Kulai, Johor
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Hubungi: 016-778 2208
#8 Hutan Lipur Gunung Pulai
Pencinta hutan ini lah syurga dunia untuk kalian. Hutan lipur ini tergolong dalam hutan rekreasi yang dilindungi oleh kerajaan Negeri Johor.
Berkelah, bermandi-manda di air terjun dan mendaki gunung antara tarikan yang terdapat di Gunung Pulai.
Alamat: Gunung Pulai, Kulai, Johor
Hubungi: 011-1756 6284
Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 7 malam)
#9 Johor Premium Outlet (JPO)
Himpunan jenama-jenama masyhur di dunia yang disatukan di satu tempat ini merupakan outlet premium pertama yang dibuka di Asia Tenggara pada 2011.
Walaupun begitu di sini juga masih menawarkan penjimatan sehingga 65% bagi jenama tertentu.
Alamat: Jalan Premium Outlets, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)
Hubungi: 07-661 8888
Laman Sosial: Facebook
#10 Nasi Lemak Wak Kentut
Mana boleh tak singgah makan kalau pergi jalan-jalan kan. Alang-alang dah ada di Kulai, Mama terus lah singgah di kedai makan viral ni.
Resepi ikonik turun temurun yang wajib cuba ialah Nasi Lemak. Rasanya masih sama walaupun resepi ini telah berusia 30 tahun lamanya.
Alamat: 2130, Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor
Waktu operasi: Setiap hari (3:30 petang– 11:55 malam)
Hubungi: 012-754 3818
#11 Bear & Bad Museum
Ianya bukan sembarangan muzium. Tempat menarik di Kulai ini sebenarnya gabungan daripada taman tema, muzium wau, taman ilusi, kafe dan ruang permainan kanak-kanak.
Selain itu, Bear & Bad Museum juga menawarkan tempat merakamkan gambar outfit of the day (OOTD) yang berbaloi dan ‘insta worthy’.
Alamat: Jalan Lagenda 51, Taman Lagenda Putra, 81000 Kulai, Johor
Waktu operasi: Rabu – Isnin (10 pagi – 9 malam)
Hubungi: 011-3660 0057
Dengar kisahnya asal-usulnya pun dah teruja, inikan lagi dengan tempat-tempat menarik yang ada di sini.
Dengan adanya informasi yang Mama Siti kongsikan itu diharap membantu Mama menikmati percutian yang lebih bermakna di antara tempat menarik di Kulai, Johor ini.
Jom ke pelbagai tempat menarik di Malaysia dengan klik SINI.