KelabMama

Lokasi Dan Gambar 10 Tempat Menarik Di Kuala Selangor

tempat menarik di Kuala Selangor

Sumber: kuala-selangor.com

Kuala Selangor sering dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara kerana tarikannya yang tersendiri. Penduduk tempatan biasanya ke sini untuk mencari makanan laut manakala pengunjung luar pula datang kerana keindahan alam semula jadinya dan taburan tempat-tempat menarik di sekelilingnya.  

10 Tempat Menarik Di Kuala Selangor

Kuala Selangor kini merupakan salah satu tourism spot di Malaysia. Jom, kita ke tempat-tempat menarik di Kuala Selangor ini, pasti menyeronokkan!

1. Sky Mirror

Sumber: tripadvisor.com.my

Fenomena tebing pasir yang timbul hanya pada hari 1, 2, 14, 15, 16 dan ke 30 mengikut kalendar lunar Cina di sini akan membuatkan anda yang berdiri di atasnya kelihatan seperti berdiri di atas cermin dan dipayungi langit.

Mungkin kerana itulah ia dinamakan Sky Mirror.

Tetapi ia hanya terjadi selama beberapa jam je tau pada waktu pagi dan untuk ke sini, anda perlu menaiki bot dari Pantai Remis untuk kira-kira setengah jam.

Alamat: Jalan Pantai Remis, 45800 Jeram, Kuala Selangor
Waktu operasi: 8.00 pg hingga tengahari
Tel: +603 3289 1439 / +603 3289 1549 / 2423 / 4328 (Kuala Selangor District Council)

2. Bukit Melawati

Sumber: kuala-selangor.com

Pengekangan perebutan kuasa yang terjadi di sini pada suatu ketika dahulu menjadikan Bukit Melawati salah satu tempat bersejarah di Kuala Selangor.

Terdapat banyak tarikan di sini seperti tourist train, Batu Hampar, Baitulhilal, The Royal Mausoleum, Telaga Tujuh, Meriam Penggawa dan Perigi Beracun.

Setiap satunya mempunyai sejarah tersendiri yang anda mesti kunjungi.

Alamat: Bukit Melawati, MY, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Tel: 03-3289 1439

3. Kuala Selangor Nature Park

Sumber: visitselangor.com/

Kalau anda seorang nature lover, bolehlah ke Kuala Selangor Nature Park. Di sini, sambil-sambil menikmati keindahan hutan bakau, anda boleh melihat dan mempelajari pelbagai spesis flora dan fauna yang terdapat di sini.

Kalau nak hiking pun boleh, ada laluan khas yang disediakan tau.

Alamat: Taman Alam Kuala Selangor, Jalan Klinik, 45000 Kuala Selangor
Waktu operasi:
9.00 pg hingga 6.00 ptg, Setiap hari
Tel: +603 3289 2294 
Harga tiket: Dewasa, RM4 | Pelajar dan Kanak-kanak bawah 16 tahun, RM1 | Ahli Malaysian Nature Society dan Warga Emas, RM2

4. Kampung Kuantan Fireflies Park

Sumber: mdks.gov.my

Jika anda datang bersama keluarga dan kanak-kanak terutamanya, sesuai sangat untuk ke Kampung Kuantan Fireflies Park.

Anda akan dibawa menaiki bot atau sampan ke habitat semula jadi kunang-kunang di sepanjang sungai.

Kerana cahaya waktu malam yang gelap, cahaya yang dikeluarkan oleh kelip-kelip ini kelihatan begitu cantik seperti dalam dunia magika.

Alamat: Kampung Kuantan Firefly Park, Jalan Rawang, 45000, Kuala Selangor
Waktu operasi: 7.45 mlm – 10.30 mlm
Tel: +603 3289 1439 / (Kuala Selangor District Council)
Harga tiket: RM50 untuk satu sampan yang boleh memuatkan maksimum 4 orang

5. Eagle Feeding Kuala Selangor

Sumber: kuala-selangor.com

Memberi makan burung helang memang seronok. Di Kuala Selangor, terdapat berpuluh ekor burung helang yang berterbangan terutamanya berdekatan muara sungai mencari makanan.

Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot dari jeti Pasir Penambang dan akan dipandu oleh pemandu pelancong.

Alamat: No 1, Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu operasi: 8.00 pg hingga 9.00 mlm, Setiap hari
Tel: 019-668 8828

6. Blue Tears Kuala Selangor

Sumber: visitselangor.com/

Alga laut, Dinoflagellates akan menghasilkan cahaya warna biru apabila ia terganggu oleh pergerakan dalam air. Kerana cahaya inilah terjadinya fenomena semula jadi yang digelar Blue Tears di Kuala Selangor ini.

Tetapi ia hanya boleh dilihat dengan jelas dalam suasana yang gelap dan untuk ke sini, anda boleh juga menaiki bot dari jeti Sky Mirror.

Alamat: Sky Mirror Jetty (Departure point), Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
Waktu operasi: Setiap hari8.00 mlm, 9.00 mlm, 10.00 mlm
Tel: +6012 343 2971/+6012 344 5033

7. Fishing Village Kuala Selangor

Sumber: kuala-selangor.com

Anda peminat makanan laut? Memang wajib singgah di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Kampung nelayan ini memang terkenal tau dengan aneka makanan laut yang segar pada harga yang murah .

Selain itu, ramai juga yang ke sini untuk bergambar dan menikmati suasana kampung sambil melihat matahari terbenam.

Tel: +603 3289 1439 / +603 3289 1549 / 2423 / 4328 (Kuala Selangor District Council)

8. Sekinchan

Sumber: visit-sekinchan.com

Cantik kan kehijauan sawah padi di sini? Sekinchan dikenali sebagai antara pengeluar padi terbesar di Malaysia. Selain itu, perkampungan nelayan pun ada di sini.

Tak kurang juga, ramai yang datang untuk bergambar dan sesi photoshoot berlatarkan sawah padi terbentang.

Tel: +603 3289 1439 / +603 3289 1549 / 2423 / 4328 (Kuala Selangor District Council)

9. Sasaran Art Park Kuala Selangor

Sumber: kuala-selangor.com

Buat mereka yang meminati seni, anda mesti singgah di Sasaran Art Park Kuala Selangor ini. Terdapat pelbagai arca dan hasil seni di sini yang menarik dan artistik.

Alamat: Sasaran Art Park Kuala Selangor, Jalan Sasaran, Sungai Buloh, 45800 Jeram, Selangor
Waktu operasi: 24 jam, Setiap hari
Tel: 012-257 9057

10. Sri Shakti Devasthanam Temple

Sumber: selangor.travel

Sri Shakti Devasthanam Temple merupakan kuil Hindu yang dibina berdasarkan kitab suci kuno Hindu. Ia bukan sahaja tempat keagamaan tetapi diangkat sebagai salah satu landmark agama Hindu di Malaysia yang dikagumi seni binanya.

Alamat: Jalan Kuala Selangor, Bukit Rotan, 45700 Bukit Rotan, Selangor
Waktu operasi: 7.00 pg hingga 12.00 tengahari, 5.00 ptg hingga 9.00 mlm, Setiap hari
Tel: 012-303 0289

Kalau anda merancang untuk ke Kuala Selangor, jangan lupa untuk singgah di 10 tempat menarik ini ya? Moga percutian anda bersama yang tersayang menjadi kenangan yang terindah!