KelabMama

‘Healing, Climbing dan OOTD’ di 21 Tempat Menarik Di Kota Belud, Janjikan Suasana Damai

Kota Belud, sebuah bandar kecil yang terletak di negeri Sabah, menawarkan keindahan semulajadi yang menakjubkan dan kaya dengan kepelbagaian budaya. 

Di sini, Mama Siti akan kongsikan 21 tempat menarik di Kota Belud yang pasti akan memikat hati Mama.

21 Tempat Menarik di Kota Belud, Sabah

#1 Pasar Tamu Kota Belud

Kredit gambar: Berita Harian

Pasar Tamu Kota Belud adalah tempat yang harus Mama kunjungi untuk merasai pengalaman membeli-belah tempatan yang sebenar. Mama akan menemui pelbagai barangan tradisional seperti kain songket, cenderahati etnik dan makanan tempatan yang lazat.

#2 Gunung Nungkok

Kredit gambar: tindalanon.blogspot.com

Bagi peminat pendakian, Gunung Nungkok adalah destinasi yang menarik. Dengan ketinggian yang sederhana, ia sesuai untuk pendaki yang ingin menikmati pemandangan spektakuler Kota Belud dari puncak gunung.

#3 Porohon Garden & Lodge

Kredit gambar: Xploresabah

Sesekali kita mahukan suasana tenang dari hiruk-piruk bandar. Di sini, Mama dapat menikmati keadaan tenang dan nyaman.

#4 Rumah Terbalik Kota Belud

Kredit gambar: TheSmartLocal

Satu-satunya rumah terbalik di Sabah terletak di Kota Belud. Ini adalah tarikan unik yang menarik pelancong dari seluruh tempat untuk melihat dunia dari perspektif yang berbeza.

#5 Kampung Gombizau Honey Bee Farm

Kredit gambar: Sabah Tourism Board

Kunjungi ladang madu di Kampung Gombizau untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses penghasilan madu serta mencuba dan membeli pelbagai jenis madu tempatan.

#6 Air Terjun Wasai Kampung Podos

Kredit gambar: X/ Wanzx_S

Air Terjun Wasai Kampung Podos mengenakan bayaran masuk, namun begitu Mama tak perlu bimbang kerana harga tiketnya hanya RM 2 sahaja dan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Aktiviti yang terdapat di sini ialah menginap di farmstay, mengelilingi unggun api dan barbeku.

#7 Eko Pelancongan Tomodu Paradise

Kredit gambar: camping178.com

Aktiviti menaiki rakit, bermandi-manda dalam pelampung, bersantai di pondok dan barbeku. Tomodu Paradise sebenarnya merupakan satu pusat rekreas di kawasan sungai yang manwarkan perkhidmatan

#8 Kowatuan ECO Edu-Tourism

Kredit gambar: Facebook/

Satu badan pengurusan khas ditubuhkan untuk memudahkan para pengunjung melakukan aktiviti lasak di dalam hutan. Mama boleh melakukan aktiviti menarik seperti hiking dan jungle trekking dan bermandi-manda di 10 buah air terjun.

#9 Pak Tuah Coral Beach Homestay

Kredit gambar: Eksplorasi Sabah

Homestay ini menawarkan pengalaman menginap dan memancing menggunakan rakit berbumbung.

Dalam masa yang sama anak-anak juga dapat menikmati percutian dengan bermain pasir dan bermandi-manda di pantai.

#10 Pulau Mantanani

Kredit gambar: Eksplorasi Sabah

Pulau Mantanani terkenal dengan air laut yang jernih dan pantai pasir putihnya. Mama boleh menyelam untuk melihat kehidupan marin yang menarik.

#11 Kota Belud Crocodile Farm

Kredit gambar: Flickr

Lawati Kota Belud Crocodile Farm untuk melihat pelbagai spesies buaya dan kura-kura. Ia adalah tempat yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.

#12 Eko Pelancongan KalangadanKu Kampung Nahaba

Kredit gambar: Facebook/ Eko Pelancongan KalangadanKu Kg. Nahaba, Kota Belud

Mama boleh beramah mesra dan menyertai aktiviti seperti memancing ikan tagal, memasak masakan tradisional, menyaksikan persembahan budaya dan boleh juga turut menginap di rumah panjang. 

#13 Pantai Berungis

Kredit gambar: mallareddyecw.com

Pantai Berungis adalah tempat yang indah untuk menikmati matahari terbenam yang menakjubkan. Pasir lembut dan air yang tenang menjadikan tempat ini sesuai untuk berehat.

#14 Le Cruise Proboscis De Kota Belud

Kredit gambar: Tripadvisor

Kalau datang ke daerah di Sabah terutamanya di Kota Belud, Mama jangan lepaskan peluang menaiki cruise merentasi Sungai Tempasuk da melihat sendiri keunikan monyet proboscis.

#15 Bukit Bongol

Kredit gambar: X/ sue_mclai

Pendaki akan menyukai cabaran mendaki Bukit Bongol untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan dari puncaknya.

#16 Cabana Retreat

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah river cruise, melihat kunang-kunang, water sports, menunggang ATV, surfing, paramotor ride dan banyak lagi.

Ianya merupakan satu tarikan baru di Kota Belud untuk menarik lebih banyak pengunjung ke daerah ini. 

#17 Kampung Kiau

Kredit gambar: Kiau Nuluh

Kampung Kiau menawarkan pengalaman menginap di homestay tradisional dan merasai kehidupan kampung yang sebenar.

#18 Tamu Besar Kota Belud

Kredit gambar: Berita Harian

Acara ini diadakan setiap tahun dan menampilkan pertunjukan budaya, pameran pertanian dan pelbagai aktiviti yang tidak mungkin diperolehi di tempat lain.

#19 Masjid Kota Belud

Kredit gambar: Wikipedia

Dari pandangan atas, seni bina masjid ini sungguh memukau mata mereka yang memandang. Masjid yang pada awalnya dibuat daripada kayu telah dinaik taraf kepada konkrit dan diguna secara rasmi pada tahun 1977 sewaktu solat Hari Raya Aidil Adha 1398H.

#20 Tugu Datuk Peter Mojuntin

Kredit gambar: pangazou.blogspot.com

Sebagai tokoh penting dalam sejarah Sabah, tugu Datuk Peter Mojuntin adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi.

Beliau dianggap seorang tokoh politik yang banyak membantu dalam proses pembangunan negeri di Bawah Bayu. 

#21 Daradaat View

Kredit gambar: Eksplorasi Sabah

Berbeza dengan lokasi air terjun, arus air di kawasan sungai ini lebih perlahan dan cetek. Tempat ini ialah destinasi percutian yang mesra kanak-kanak.

Kredit gambar: Trip.com

Dengan keindahan alam semulajadi dan kepelbagaian budayanya, Kota Belud adalah destinasi yang menarik untuk dijelajahi.

Sama ada Mama seorang pecinta alam, peminat sejarah atau hanya mencari tempat untuk berehat, Kota Belud memenuhi pelbagai cita rasa pengunjung.


Ada perancangan ke tempat lain di Malaysia? Klik SINI untuk rujukan Mama.