Kluang adalah bandaraya di Johor yang sinonim dengan penghasilan biji kopi yang telah menjadi budaya masyarakat di sini.
Ia mempunyai beberapa kilang kopi dan banyak lagi tarikan lain yang anda mesti pergi.
10 Tempat Menarik Di Kluang
Nanti kalau anda ke Kluang, jom singgah di 10 tempat menarik ni?
1. The Original Kluang Rail Coffee, KTM (Kluang Rail Coffee)
Antara tempat makan best dan popular di Kluang adalah The Original Kluang Rail Coffee, KTM (Kluang Rail Coffee).
Terdapat pelbagai jenis makanan yang sedap disediakan seperti gabungan roti bakar dan kopinya yang istimewa, mee kari, laksa Johor, mee Siam ayam rendang dan banyak lagi.
Alamat: KTM, Jalan Station, 86000 Kluang, Johor
Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis, 8.00 pg – 6.00 ptg | Hari Jumaat, 8.00 pg – 12.00 tghari & 2.30 tghari – 6.00 ptg
Tel: 012-553 1938
2. Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd
Dah ke sini tu, alang-alang boleh beli aneka jenis serbuk kopi banyak-banyak terus. Sambil-sambil tu, bolehlah melawat kilang ini untuk tengok proses pengeluaran produk mereka.
Buat penggemar kopi, ini adalah destinasi wajib untuk anda!
Alamat: 76, Jalan Besar, Kampung Yap Tau Sah, 86000 Kluang, Johor
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 8.30 pg – 5.30 ptg | Hari Sabtu, 8.30 pg – 4.30 ptg | Hari Ahad, 9.30 pg – 4.30 ptg
Tel: 011-5553 1966
3. UK Farm
Dari namanya pun tentu anda sudah boleh mengagak macam mana tempatnya kan? UK Farm sememangnya sering menjadi destinasi pilihan pengunjung di Kluang kerana tarikannya yang unik.
Rata-rata terdapat dalam 6000 ekor kambing biri-biri di sini yang anda boleh lihat dan dekati. Suasana di sekeliling ladangnya juga menarik dan anda boleh juga memberi makanan kepada haiwan dan menaiki kenderaan yang ditunggang oleh kuda.
Kanak-kanak pasti suka!
Alamat: Projek Pertanian Moden Kluang,, KM13 Jalan Batu Pahat, Kluang, 8, 86000 Kluang, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 07-759 7555
4. Zenxin Organic Park
Apa yang menarik di sini ya?
Buat mereka yang sukakan tanaman organik, tidak kira lah buah-buahan atau sayur-sayuran, anda wajib singgah di Zenxin Organic Park tau.
Bukan tu je, berkonsepkan penyatuan dengan alam, terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti menanam tanaman anda sendiri, membuat mee daripada puri sayur organik dan menyediakan sendiri nasi ulam anda.
Alamat: 47A & 47B, Batu 9, Jalan Batu Pahat, Kluang, 86000 Kluang, Johor
Waktu operasi: Khamis hingga Selasa, 8.00 pg – 5.00 ptg | Tutup hari Rabu
Tel: 019-773 8985
5. Kluang Street Art
Terutamanya untuk peminat seni, khususnya seni jalanan, anda wajib masukkan Kluang Street Art dalam jadual perjalanan anda.
Muralnya bukan biasa-biasa tau, ia mencecah ratusan meter panjang bangunan. Ada yang 3D, ada lukisan bersejarah, pemandangan, potret dan bermacam lagi.
Alamat: 25, Jalan Merdeka, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 011-3976 1657
6. Gunung Lambak
Gunung Lambak di Kluang ini sering menjadi tempat trekking untuk penduduk tempatan dan pengunjung yang ke sini.
Terdapat 2 puncak yang berbeza ketinggian dan beberapa trail yang berbeza kecuraman dan difficulty.
Alamat: Gunung Lambak Recreational Forest, 86000 Kluang, Johor
7. Gunung Blumut
Selain Gunung Lambak, Gunung Blumut pun tidak kurang indahnya. Cumanya, Gunung Blumut lebih sinonim dengan aktiviti hiking yang lebih mencabar.
Alamat: Gunung Belumut Recreational Forest, Johor
8. Dataran Tasik Putih Kluang
Dataran Tasik Putih Kluang merupakan salah satu landmark bagi bandar Kluang. Ramai yang ke sini bersama keluarga untuk aktiviti rekreasi seperti jogging, berbasikal dan bersukan.
Selain itu, ada juga yang datang untuk bergambar kerana pemandangan tasiknya yang begitu indah, dipenuhi bunga-bunga teratai dan taman menghijau.
Alamat: Dataran Kluang, Kluang, Johor Malaysia.
9. Taman Merdeka Kluang
Di sini terdapat pelbagai kemudahan untuk anda dan sesi keluarga beriadah seperti taman permainan kanak-kanak, laluan untuk jogging dan brisk walk, tempat duduk, landskap yang cantik untuk bergambar seperti air pancut dan bermacam lagi.
Alamat: Jalan Dato Teow Siew Khor, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor
10. Gunung Lambak Water Park
Di Kluang pun ada taman tema air tau. Terletak berdekatan dengan Gunung Lambak, Gunung Lambak Water Park ini sesuai untuk semua peringkat umur.
Anda boleh mandi-manda, berkelah dan lakukan pelbagai aktiviti air di sini.
Alamat: Unnamed Road, Kampung Dato Abdul Rahman Yassin, 86000 Kluang, Johor
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 9.00 pg – 7.00 mlm | Hari Isnin, 24 jam
Tel: 011-6128 3667
Harga tiket: Dewasa, RM5 | Kanak-kanak, RM3
Tempat Menarik Di Kluang
Jangan lupa untuk singgah di 10 destinasi menarik di Kluang ini ya? Sama ada bersama rakan-rakan, keluarga mahupun yang tersayang, nikmatilah momen indah anda bersama!