“Bosan lah, nak buat apa hujung minggu ini?”
Mama cadangkan kita pergi staycation di negeri Selangor. Kalau bajet rendah, kita pergi sahaja ke tempat menarik di Kajang.
Kajang ada banyak lokasi tumpuan pengunjung dengan aktiviti yang pelbagai. Tidak hanya itu, nak ‘food hunting’ pun seronok sebab ada banyak makanan viral di sekitar Kajang.
12 Tempat Menarik Yang Wajib Singgah di Kajang
#1 Empangan Semenyih
Inilah lokasi penggambaran alam semula jadi terbaik yang pernah ada di Kajang, Selangor. Empangan ini ialah tadahan air untuk bekalan air penduduk di Selangor.
Alamat: Semenyih, Selangor, Malaysia
#2 Air Terjun Semenyih
Pokok-pokok tinggi di kiri dan kanan sungai, mencantikkan lagi pemandangan di Air Terjun Semenyih.
Di sebabkan ianya merupakan hutan rekreasi jadi mungkin Mama akan perasan orang-orang yang melakukan aktiviti merentas hutan (jungle trekking) semasa Mama sedang mandi-manda.
Telefon: 03-2616 4488
Alamat: Semenyih, Selangor, Malaysia
#3 Sungai Congkak
Tempatnya bersih dan terpelihara dari sampah sarap dan kerosakan harta benda. Air sungainya jernih manakala paduan bunyian hutan dan air sungguh menenangkan.
Selain bermandi-manda, aktiviti seperti menjala juga dibenarkan di sini. Bak kata pepatah ‘untuk sabut timbul, untuk batu tenggelam’.
Demi memberi keselesaan kepada pengunjung, pondok rehat, surau dan tandas juga ada disediakan dengan kadar bayaran berpatutan.
Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)
Alamat: Batu 20, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia
#4 Sungai Pangsun
Berada dekat dengan alam ini ada banyak manfaat kepada orang dewasa dan kanak-kanak. Kita menjadi lebih tenang dan rileks manakala anak-anak menjadi lebih pandai bersosial, membina keyakinan, pandai menyelesaikan masalah dan banyak lagi.
Sungai Pangsun ialah tempat menarik dan terbaik untuk ahli keluarga yang ada anak masih kecil kerana airnya cetek dan arus tidak terlalu deras.
Alamat: Kampung Kuala Pangsun, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia
#5 Ostrich Wonderland Kajang
Pada awalnya, pengusaha Ostrich Wonderland Kajang ini hanya kepada fokuskan kepada burung unta sahaja. Demi memberi pengalaman berganda kepada pengunjung yang datang, maka haiwan-haiwan lain pun turut dibawa masuk ke salah satu tempat menarik di Kajang ini.
Mama, Papa dan anak-anak boleh berinteraksi secara langsung dan lebih dekat lagi dengan burung unta. Oh ya, anak-anak pun boleh naik burung unta ini juga tau.
Waktu operasi: Selasa – Ahad (10 pagi – 6 petang)
Telefon: 019-230 6686
Alamat: Lot, 485, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia
#6 Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
Semenyih Eco Venture Resort & Recreation ini merupakan salah satu tempat menarik di Kajang yang terkenal dengan aktiviti sukan ekstrimnya.
Ia merupakan satu lokasi peranginan dan rekreasi yang menyediakan banyak aktiviti sukan ekstrim buat para pengunjung.
Di sini, Mama boleh sertai aktiviti seperti;
- Berbasikal
- Menaiki ATV
- Berkayak
- Bermain futsal
- Paintball
Kebanyakan aktiviti memerlukan banyak pergerakan. Sesuai sangat kalau nak lepaskan tekanan semasa belajar dan bekerja.
Telefon: 017-420 9358
Alamat: Lot No PT, 1351, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia
#7 De Centrum Mall Kajang
Kalau datang tempat orang, mestilah nak beli ole-ole sebagai tanda ingatan kan. Oleh itu, keputusan untuk datang ke pasaraya mega ini mungkin boleh dipertimbangkan.
Mama dan Papa pergi membeli-belah, anak-anak pula boleh bermain di premis yang menyediakan aktiviti untuk mereka.
Selain itu, di sini juga terdapatnya kedai dobi dan gimnasium untuk berolah raga.
Telefon: 03-8738 3388
Alamat: Jalan Ikram-Uniten 43400 Kajang, Selangor, Malaysia
#8 Laman Grill Steak & Bar-B-Que
Mama kenal Chef Zubir? Ha, beliau lah pemilik restoran makanan berasaskan daging yang terkenal di Kajang ini.
Menu yang dihidangkan di restoran ini dihidangkan dengan sentuhan idea Chef Zubir sendiri. Paling menarik lagi, menu kambing panggang (beef grill) melalui proses masakan sehingga 16 jam bermuda dari perap dan panggang.
Waktu operasi: Rabu – Isnin (11 pagi – 11 malam)
Telefon: 03-8741 7385
Alamat: No. 38G, Jalan Putra 2, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor
#9 Sup Power Ali
Apa lagi yang boleh kita persoalkan dengan kedai makan yang telah bertapak lebih 20 tahun di Malaysia ini.
Sup gear box, sup ayam, dan sup cecah roti antara yang menjadi pilihan pengunjung ke restoran ini. Resepi sup kambing Mamak ini kuahnya pekat dan digemari oleh hampir semua kaum dalam negara kita.
Waktu operasi: 6pm-11.30pm (Ahad Tutup)
Telefon: 013-371 1585
Alamat: No. 7, Jalan Maju 1, Taman Maju 2, 43000 Kajang, Selangor
#10 Kafe Kambing Kacak
Selalunya kalau datang sini, memang tak cari lain lagi. Mesti menu kambing kacak special, lamb shank dan nasi mandy.
Namun begitu, kalau Mama nak cuba hidangan lain pun boleh sebab restoran ini menyediakan bermacam-macam menu masakan dari timur tengah.
Waktu operasi: Rabu – Isnin (11 pagi – 11 malam)
Telefon: 03-8912 5459
Alamat: No. 8, Jalan Puteri 2a/1, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor
#11 Warung Bunian
Pada mulanya ianya hanya sebuah warung biasa sahaja. Lama-kelamaan, semakin ramai pengunjung datang dek kerana menu istimewa iaitu nasi lemak telur bungkus.
Sebelum datang, rasanya Mama perlu buat tempahan terlebih dahulu kerana sangat ramai orang datang setiap kali kedai mula dibuka.
Waktu operasi:
Jumaat – Ahad (7:30 pagi – 11:30 tengah hari)
Isnin – Khamis (7:30 pagi – 2 petang)
Telefon: 017-381 2246
Alamat: Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
#12 Willy Satay
Rasa sate di sini tidak kurang hebatnya dengan sate popular di Malaysia. Tak lain tak bukan, sate Haji Samuri atau sate Kajang.
Cuba Mama bayangkan, aroma sate dibakar dengan perapan dan rempah ratus. Kemudian, dicecah pula dengan kuah kacang yang pekat. Sungguh menyelerakan!
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 11 malam)
Telefon: 013-330 9291
Alamat: Jalan Ramal 1, Taman Ramal Indah, 43000 Kajang, Selangor
Di Kajang Mama boleh menginap, rekreasi, dan meluangkan masa dengan alam semula jadi dengan bajet rendah.
Selain itu, jangan lepaskan peluang cuba makanan viral yang ada di Kajang tau Mama. Barulah lengkap lawatan ke tempat menarik di Selangor.
Jom ke pelbagai tempat menarik di Malaysia dengan klik SINI.