KelabMama

Jelajah 13 Tempat Menarik di Gerik, Perak

tempat menarik di Gerik, Perak

Secara keseluruhan, apa yang Mama akan perolehi sepanjang penerokaan daerah di negeri Perak ini ialah berkaitan hutan, air terjun dan bijih timah. 

Tawaran daerah Gerik tidak terhad kepada itu sahaja, ada beberapa lokasi menarik lain lagi seperti jambatan kereta api zaman dahulu dan kafe di atas sungai. 

Menarik kan, jadi mari Mama Siti bawa Mama mengembara melihat keindahan daerah Gerik, Perak. 

13 Tempat Menarik di Gerik Untuk Jalan-Jalan

#1 Lata Pinang

Kredit gambar: Facebook @PERASAP

Lata bermaksud air terjun. Perjalanan dari Pekan Gerik ke Lata Pinang hanya mengambil masa 25 minit sahaja. Persinggahan Mama ke destinasi rekreasi ini bakal menjadi suatu yang sangat mengujakan dek kerana air terjun tiga tingkat yang memukau pandangan. 

Alamat: Pekan Gerik, 33300 Gerik Perak

#2 Pusat Pembangunan Kraftangan Perak

Kredit gambar: Findbulous Travel

Mama yang nak beli oleh-oleh mesti datang ke tempat ini ya. Umum diketahui negeri Perak terkenal dengan pembuatan berasaskan tanah liat dan hasil hutan. 

Sesampainya disini, Mama boleh cuci mata dengan melihat pelbagai rekaan dan saiz labu sayong, tikar mengkuang, rotan dan seramik. 

Alamat: KM40 Jalan Ipoh, 33600 Enggor, Perak

Telefon: 05-757 6200

Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 8am– 5pm

#4 Klian Intan

Kredit gambar: Orang Perak

Pada abad ke-17, aktiviti perlombongan sangat rancak di negeri Perak. Selain Kampar, Gerik juga menjadi tempat perlombongan bijih timah berkembang pesat dan terkenal ketika Portugis menguasai Melaka.   

Malah, ianya sebenarnya tapak perlombongan bijih timah terawal sekaligus yang tertua di negeri Perak. 

Alamat: 33100 Intan, Perak

#5 Pulau Banding

Kredit gambar: Hafiz Soyuz / Shutterstock.com

Ianya merupakan sebuah perkampungan orang asli di Gerik. Tempat menarik yang boleh dilawati di Pulau Banding ialah Tasik Banding atau Empangan Temenggor. 

Lawatan Mama ke sini dapat meluaskan lagi pengetahuan berkaitan adat, budaya dan kraftangan yang dihasilkan Orang Asli. 

#6 Dataran Kuala Rui (Dataran Loma)

Kredit gambar: mektokey.blogspot.com

Kaki pancing memang wajib datang ke Dataran Kuala Rui untuk merasai sendiri pengalaman memancing ikan loma yang timbul pada musim tengkujuh.

Aktiviti berkayak dan berakit juga boleh dilakukan bagi memeriahkan lagi suasana di Sungai Perak.  

Alamat: Kampung Baharu Kuala Rui, 33300 Gerik, Perak

#7 Taman Bunga Rafflesia, Bongor

Kredit gambar: Harian Metro

Lazimnya pokok pakma sering ditemui di negeri Sabah. Namun begitu, Gerik juga menawarkan pakej pelancongan yang sama dengan mewujudkan sebuah kawasan penyelidikan penghasilan ubat. 

Taman Bunga Rafflesia adalah habitat bagi dua spesies bunga pakma iaitu ‘Rafflesia Azlanii’ dan ‘Rafflesia Cantleyl’.

Alamat: Kampung Kenderong, 33300 Gerik, Perak

#8 Pokok Getah Pertama Malaya

Kredit gambar: Malaysiaaktif

Alamat: Jalan Raja Chulan, Kampung Penaga, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Laman sosial: Pokok Getah Pertama Malaya

#9 Castella Cafe

Kredit gambar: Facebook @Castella cafe

Kalau Mama datang ke restoran viral yang satu ini, Mama bakal menjamu selera di sungai. Bukan di pinggir tetapi di air sungai. Pengunjung akan dihidangkan makanan di atas meja sambil merendamkan kaki dalam air sungai. 

Menu-menu yang disediakan antaranya ialah;

Alamat: Kampung Padang Stang, 33310 Gerik, Perak

Waktu operasi: Rabu hingga Isnin: 8am– 5pm

Laman sosial: WhatsApp & Facebook

#10 Denai Kabus Agro Farm and Adventure Resort

Dalam 20 minit perjalanan dari jalan Gerik, Mama boleh menikmati penginapan seakan di negara Switzerland. 

Resort ini menawarkan dua jenis penginapan iaitu khemah dan pondok (cottage) untuk Mama sekeluarga berehat selepas melakukan aktiviti seperti menunggang kuda, berkayak, memancing, menaiki atv, memanah dan barbeku (BBQ).

Alamat: Jalan Gunung Kenderong, Kampung Pahat, 33300 Gerik, Perak

Laman sosial: WhatsApp, Facebook & Laman sesawang

#11 Hutan Royal Belum

Kredit gambar: Travelholic

Inilah penyatuan antara sejarah sejarah awal manusia dan alam semulajadi. Hutan Belum diiktiraf sebagai hutan hujan tertua di dunia yang pernah dijadikan penempatan oleh Orang Asli. 

Wujudnya yang lebih 100 juta tahun dahulu menjadi saksi persembunyian British ketika melawan tentera komunis. 

Alamat: Jeti awam royal belum tasik pulau banding pulau banding, 33320 Gerik, Perak

Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat: 9am– 5pm

Laman sosial: WhatsApp dan Facebook

#12 Gunung Pulut, Papulut

Kredit gambar: Facebook

Tempat pendakian ini juga mendapat julukan ‘bukit diatas awan’ kerana puncak bukit ini berada di atas karpet awam. 

Sama ada Mama melihatnya dari jauh atau berada di atas puncak, awan masih jelas kelihatan dan pemandangannya sungguh tidak akan dilupakan dan ia menjadikan salah satu tempat menarik di Gerik, Perak yang patut masuk dalam list Mama!

Alamat: 33300 Gerik, Perak

Laman sosial: Facebook

#13 Lata Ulu Lawin

Meluangkan masa di air terjun Ulu Lawin ialah impian buat pencinta alam. Bunyi-bunyian hutan bersahutan dan diselang-selikan dengan deruan air sungai sangat sesuai untuk lokasi ‘healing’.

Selain menjadikan jambatan gantung sebagai tarikan, kawasan rekreasi ini juga dilengkapi dengan  parkir kenderaan, tandas, surau, chalet dan gerai makan.

Alamat: 33410 Lenggong, Perak

Kredit gambar: Belum Rainsforest Resort

Dari hutan, air terjun hinggalah kafe viral ada di antara tempat menarik di Gerik. Jadi, tak ada alasan lagi untuk Mama tidak singgah sebentar di sini seketika. 

Menjadi sebuah daerah yang menghubungkan Pulau Pinang, Kota Bharu dan Butterworth, sudah tentu Gerik menawarkan banyak tempat menarik untuk pengunjung yang datang!


Mana lagi tempat menarik yang boleh Mama lawat bersama si Manja? Klik di SINI!