Genting Highlands sememangnya antara destinasi popular buat mereka yang ingin berhibur dan meluangkan masa bersama tersayang. Ini kerana di sini terdapat banyak tempat dan aktiviti menarik yang anda boleh pergi dan lakukan.
10 Aktiviti Dan Tempat Menarik Di Genting Highlands
Sesuai untuk semua peringkat umur, banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di Genting Highlands.
1. Awana Skyway
Antara aktiviti yang sering menjadi pilihan pelancong di Genting Highlands ialah menaiki kereta kabel. Di Awana Skyway, anda boleh melihat pemandangan di sekitar Genting Highlands dari dalam cable car pada ketinggian tertentu.
Untuk info harga tiket dan penempahan, terus ke sini ya?
Alamat: Level 4, Awana SkyCentral, 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari, 7.00 pg – 12.00 mlm
Tel: 03-6101 1118
2. SkySymphony
SkySymphony membuat persembahan setiap hari secara percuma untuk pengunjung. Memang rugilah jika anda tidak ke sini!
Persembahan melalui storytelling ini memang menarik kerana ia menggunakan unsur audio, visual dan motion graphic programming. Ceritanya pula adalah pelbagai dalam sehari dan hari yang lain.
Alamat:
3. Chin Swee Caves Temple
Anda boleh ke temple ini dengan menaiki cable car di Awana SkyCentral tau. Di sini terdapat bangunan pagoda 9 tingkat, patung Buddha 15 meter, restoran vegetarian dan bermacam lagi.
Tel: +603 6101 1118
4. Genting Highlands Premium Outlets®
Kalau nak membeli-belah pula, mestilah di Genting Highlands Premium Outlets kan? Barang-barang berjenama dijual pada harga yang lebih murah berbanding di butiknya di tempat lain, rugilah kalau tak shopping kan!
Alamat: KM13, 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 03-6433 8888
5. SkyAvenue Complex
Selain Genting Highlands Premium Outlets, SkyAvenue Complex pun merupakan tempat membeli-belah yang popular di Genting Highlands.
Kalau anda ingin menjamu selera, di sini pun terdapat banyak restoran best seperti The Alp’s.
Alamat: SkyAvenue, Genting Highlands
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 03-6101 1118
6. Jom Makan Street Food
Untuk yang beragama Islam, Jom Makan Street Food menyediakan aneka makanan yang halal seperti nasi lemak, roti naan, nasi ayam dan bermacam lagi.
Alamat: Lot SA – T2C – MFS, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 8.00 mlm
7. M Spa & Fitness
Tak salah keluarkan sedikit bajet untuk manjakan diri dengan rawatan muka dan badan kan? Bolehlah ke M Spa & Fitness di Genting Grand ini.
Anda boleh dapatkan rawatan muka, badan, mandi wap dan jacuzzi, workout di gym dan banyak lagi.
Alamat: Lobby Floor, Genting Grand Hotel Resorts World Genting, 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu operasi:
Fitness Centre: Setiap hari, 7.00 pg – 10.00 mlm
Spa Facilities: Setiap hari, 11.00 pg – 11.00 mlm
Spa Treatments: Setiap hari, 11.00 pg – 12.00 mlm
Tel: +603 6105 2692
8. Golf – Resort World Awana
Buat mereka yang suka bermain golf, anda mesti singgah di Resort World Awana ya. Kedudukannya yang terletak di kawasan pergunungan ini pasti akan menciptakan suasana yang berbeza untuk anda.
Tetapi untuk ke sini, jangan lupa untuk patuh pada dress code nya ya?
Alamat: Awana Hotel Resorts World Genting, 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 7.00 mlm
Tel: +603 6436 9037
9. Genting SkyWorld Theme Park
Kalau ke Genting SkyWorld Theme Park ni, memang seronok habis tau! Mana tak nya, banyak sangat tarikan di sini yang akan membuatkan anda merasa teruja dan terpukau, sesuai dengan tagline nya, “Above the clouds, beyond the imagination”.
Antara tarikan di sini ialah:
- Studio Plaza
- Eagle Mountain
- Central Park
- Rio
- Andromeda Base
- Liberty Lane
- Epic
- Robots Rivet Town
- Ice Age
Haa.. banyak kan? Semuanya tentu menyeronokkan!
Alamat: Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highlands, Pahang
Tel: 03-2718 1118
10. Snow World
Biasalah.. di negara yang tropika seperti Malaysia ni, kita memang tak dapat merasa suasana salji turun dan musim sejuk kan?
Di Snow World, anda boleh merasa suasana musim sejuk di perkampungan yang bertemakan European. Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini bersama yang tersayang seperti meluncur dengan Toboggan.
Pastinya memberikan anda pengalaman yang baru dan best!
Alamat: Level 2, First World Plaza Resorts World Genting, 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 03-6101 1118
Harga tiket: RM45 seorang
Semuanya ada di Genting Highlands kan? Bergantung kepada minat dan usia anda dan tersayang, bolehlah rancang untuk ke mana dalam plan percutian ya? Pastinya seronok dan mengujakan!