Kalau singgah ke Cyberjaya, jangan lupa melawat di tempat-tempat menarik yang ada di kawasan ini. Cyberjaya atau juga dikenali sebagai Silicon Valley Malaysia kerana terdapat banyak insitusi dan syarikat berkaitan teknologi maklumat (IT) disini.
Tetapi Mama jangan bimbang walaupun ia sebuah bandar pintar namun Cyberjaya tetap dilengkapi dengan taman, tasik, pusat permainan kanak-kanak serta kawasan mendaki bukit.
Bagi penggemar makanan dan mereka yang suka ‘food hunting’, Cyberjaya ada banyak kafe dan restoran yang wajib anda kunjungi. Pilihan makanan dari pantai timur, barat, meksiko hingga ke timur tengah semuanya ada di Cyberjaya.
Mari Mama Siti kongsikan tempat dan maklumat yang ada di tempat menarik sekitar Cyberjaya.
Tempat Menarik di Cyberjaya (Taman, Tasik, Kafe, Taman Haiwan)
#1 Taman Tasik Cyberjaya
Suasana hijau dan pemandangan yang sesuai merehatkan diri melalui aktiviti berkelah, jogging dan sebagainya. Mama boleh singgah di Pulau Wind Chime di tasik ini. Cara untuk ke sana adalah dengan menaiki jambatan yang tersedia.
#2 Kidztech Centre
Merupakan tempat permainan kanak-kanak yang menyediakan aktiviti berunsurkan STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik).
Kanak-kanak: 7-15 tahun
Tiket: RM 10 (1 jam)
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin dan cuti umum (9am-6pm)
#3 Taman Mini Cyberjaya
Ada satu lagi taman yang dilengkapi dengan tanaman hijau. Taman ini berada di Lingkaran Cyber Point Timur. Komen dari seorang pengunjung, Azza Hafizah, taman mini Cyberjaya sangat sesuai untuk kanak-kanak beriadah.
#4 Taman Awam Cyber 3
Perhatian kepada penggemar ‘hiking dan jogging’. Ini mungkin lubuk baru untuk Mama melakukan aktiviti luar. Ia terletak di kawasan Garden Residences bersebelahan Presint 11, Putrajaya.
#5 99 Wonderland Park (Kuala Lumpur)
Taman haiwan dan rekreasi yang menempatkan banyak tarikan menyeronokkan seperti replika T-Rex, taman burung, Buaya Tembaga, Tapir, Beruang Matahari, Rusa dan banyak lagi haiwan lain.
Waktu operasi: Setiap hari (9 am – 4 pm)
Harga tiket: RM 20 hingga RM 50
Beli tiket disini.
#6 Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya
Terletak tidak jauh dari Cyberjaya. Merupakan taman agro berkonsepkan pendidikan tanaman atau ‘agro education’. Ia adalah tempat terbaik untuk kita belajar proses suatu tanaman. Bermula dari semaian hinggalah tuaian. Contohnya cara memproses padi dari awal hingga menjadi beras.
#7 China-Malaysia Friendship Garden, Presint 4
Walaupun tidak berada di daerah Cyberjaya. Tetapi Mama Siti rasa tak lengkap kalau berada di kawasan sekitar tanpa melawat di tempat ini. Mama mungkin berasa seolah-olah di perkampungan di negeri China disebabkan oleh bangunan yang dibina serupa seperti rumah tradisional orang China.
#8 The Lake Library Cafe
Bertepatan dengan namanya, perpustakaan ini terletak di tepi tasik Cyberjaya. Bayangkan Mama membaca buku atau menyiapkan tugasan sambil menikmati pemandangan tasik yang menyejukkan. Sangat tenang bukan.
Susun atur dalam perpustakaan ini mementingkan nilai estetik. Ia sangat sesuai buat Mama yang gemar membuat video berkaitan buku-buku.
Lokasi: Persiaran Semarak Api 63000 Cyberjaya, Selangor.
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8 am – 4 pm)
#9 Cyberview Resort Spa
Bersantai di resort dengan kehijauan pokok palma di sekitar kolam. Memandangkan ianya sebuah resort spa, Mama digalakkan untuk memanjakan diri di spa dalam tempat penginapan ini.
#10 Masjid Cyberjaya
Juga dikenali dengan nama Masjid Raja Haji Fi Sabilillah. Cyberjaya memang terkenal dengan konsep semulajadi atau hijau. Masjid ini juga tidak terkecuali. Kalau Mama sempat singgah di Masjid Cyberjaya, jangan lupa abadikan masa dan potret pada waktu malam kerana limpahan lampu menyerlahkan lagi tempat ini.
#11 DPulze Shopping Centre
Buat Mama dan keluarga yang baru sahaja menjadi warga Cyberjaya, Mama Siti nak sarankan supaya datang di pusat membeli belah ini. Pada hujung minggu dan hari cuti, Mama boleh ke sini untuk menonton wayang dan bermain sukan bowling.
#12 Gem In Mall
Satu lagi emporium membeli belah di Cyberjaya yang dilengkapi bermacam-macam kedai terkenal dan wajib dikunjungi. Antaranya ialah Shin Tokyo Sushi & Ramen Ten, Steamboat Empire dan The Art Stationary.
#13 Tamarind Square
Pusat beli belah yang sesuai buat Mama yang suka OOTD dan mementingkan gambar yang insta-worthy. Tahukah anda di Tamarind Square terdapat satu kedai buku populer yang dibuka 24 jam tanpa henti.
Selain itu, pilihan restorannya pula pelbagai. Bermula dari hidangan timur tengah, masakan asia hinggalah ke makanan barat.
#14 The Botanist Green Cafe
Satu lagi kafe yang mengetengahkan konsep alam semulajadi. Tapi kalau lihat di Instagram kafe ini sedang dalam proses ubahsuai. Mama jangan lupa singgah ke kafe ni tau apabila dibuka nanti.
#15 Kue Cafe
Kredit gambar: wanderlustdj.blogspot.com
Selain ada di Melaka, Kue Cafe pun ada di Cyberjaya. Sepadan dengan namanya, kafe ini menyediakan pelbagai jenis kuih muih.
Kesemua kuihnya dibungkus dalam paket. Mama Siti rasa langkah ini memudahkan pelanggan yang nak bawa balik kalau tak habis nanti.
#16 Saba Restaurant
Restoran hidangan masakan dari timur tengah. Ia merupakan sebuah restoran nasi arab yang terkenal di Cyberjaya. Ajak kawan Mama datang beramai-ramai kerana saiz hidangannya nasi arab disini besar. Makan ramai-ramai pun kenyang.
Alamat: 4800 Suite 0-2 Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana, CBD Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11.00 am – 10.00 pm
#17 Mad Ayam Kampung
Tak tahu nak ke mana? Apa kata Mama singgah dulu restoran ini sebelum memulakan kunjungan ke tempat lain. Peminat lauk kampung memang wajib datang restoran ini. Julat harga bagi setiap hidangan bermula dari RM 8 hingga RM 12 sahaja.
Terletak di Cyberjaya No.102-G, Biz Avenue II @NeoCyber, Lingkaran Cyber Point Barat, Cyber 12, 63000 Cyberjaya. Waktu operasinya bermula dari 11 am hingga 3.30pm dan dibuka setiap hari.
#18 Nasi Kak Wok
Restoran yang menyediakan masakan turun temurun dari negeri Che Siti Wan Kembang, Kelantan. Kini, Mama tidak perlu melalui jalan beribu batu semata-mata ingin menikmati masakan pantai timur. Kunjungi sahaja kedai Nasi Kak Wok yang terletak di Jln GC 3, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya.
#19 Zam Ikan Bakar
Nakkan sesuatu yang beraroma makanan lauk? Maka Mama perlu datang ke Zam Ikan Bakar. Antara lauk yang menjadi pilihan ramai ialah sotong bakar, udang rangup dan ada juga gulai kawah tau.
Waktu operasi: Isnin-Sabtu, 10.30 am – 4.00 pm
#20 Volcano Shabu Shabu Cyberjaya
Diminati ramai kerana menyediakan makanan laut segar dan daging yang lembut apabila dimakan. Manakala sup tom yam nya pula memang tak syak lagi, sedap terangkat orang kata.
Restoran ini merupakan antara pilihan kedai steambot yang dilengkapi dengan dekorasi dan susun atur moden.
#21 We Play Game Cafe
Nak luangkan masa dengan ahli keluarga atau rakan-rakan di kafe sambil bermain dengan lebih 300 jenis board game. Inilah tempat yang sesuai untuk Mama.
Kafe ini menyediakan menu makanan bermula dari hidangan utama hingalah ke kategori pencuci mulut.
Lokasi: D2-04-16, Tamarind Square Cyberjaya, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya
Waktu operasi: Setiap hari (12pm-1am)
#22 Aroii Thai
Dengan berkonsepkan ala-ala boat noodle, RM 2.09 ialah harga setara bagi semua jenis menu. Kepada penggemar makanan Thailand seperti kari hijau thai, somtam dan ayam pandan, Mama wajib datang ke sini. Restoran ini mula dibuka dari jam 11.30 am hingga 10 pm.
#23 Pastribella Bakeshop
Masih ingatkah seorang doktor gigi yang memenangi pertandingan Masterchef musim pertama? Kini beliau melebarkan sayapnya dengan membuka satu kafe di D3-04-03 Tamarind Square, 63000 Cyberjaya.
Kafe beliau menyediakan pelbagai jenis kek dan manisan. Kalau singgah ke Pastribella Bakeshop, jangan lupa pesan signature kek mereka iaitu Chocolate Salted.
#24 Stuff’d
Panggilan kepada penggemar hidangan meksiko dan turki, inilah tempat paling sesuai untuk kalian. Antara pilihan menu yang ada ialah taco, burrito, quesadilla dan daily bowl.
#25 Dash Box Hotel
Pakej bilik hotel di Dash Box Hotel dilengkapi dengan balkoni yang menghadap kolam renang. Hotel ini sering menjadi tumpuan para pelawat oleh kerana reka bentuk seni bina yang unik dan sangat cantik buat Mama yang suka tangkap gambar Outfit of The Day (OOTD).
#26 Salam Noodles- Shafts Square
Nak rasa mi tarik resipi asli dari orang Cina maka Mama wajib datang ke restoran ini. Isi kandungan dalam menu restoran ini boleh di ‘custom’ sesuai dengan kehendak Mama. Paling penting restoran ini disahkan halal dan diyakini menghidangkan makanan yang terbaik.
Alamat: P2, 17, Persiaran Multimedia, Shaftsbury Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm
Tak lengkap lawatan Mama ke Cyberjaya kalau tak singgah di salah satu tempat menarik di atas. Wah rupanya Cyberjaya ni macam-macam ada ya.
Kalau tak suka ke taman, boleh ke pusat beli-belah. Tapi yang pasti Mama mesti kena pergi tempat makan yang ada di Cyberjaya. Peminat makanan pantai timur, makanan arab, kuih dan cake wajib datang ke tempat makan yang Mama Siti kongsikan di atas tadi ya.
Eh, Mama Siti pula yang tak sabar nak ke Cyberjaya. Harapnya perkongsian kali ini bermanfaat untuk Mama mengisi masa di Cyberjaya. Ayuh baca tempat menarik di Selangor pula!
Ada perancangan ke tempat lain di Malaysia? Klik SINI untuk rujukan Mama.