Tempat ‘best’ mana kalau di Pahang ya? Semestinya Cherating! Ada banyak tau tempat menarik di Cherating ni Mama.
Ya lah, Cherating ada lebih 25 tempat jalan-jalan, makan-makan dan penginapan yang menarik yang wajib Mama kunjungi. Nak river cruise boleh, nak surfing boleh, nak mencanting batik lagi lah boleh.
Jom tengok apa lagi aktiviti dan tempat menarik di Cherating, Pahang. Sebelum tu, Mama Siti nak pesan, Mama jangan terkejut kalau antara tempat menarik di Cherating ni berada dalam negeri Terengganu tau.
Tapi dekat je dengan Cherating sebenarnya.
25 Tempat Menarik di Cherating, Pahang
#1 Limbong Art
Kebiasaan negeri-negeri di pantai timur Malaysia mempunyai corak batiknya tersendiri. Begitu juga dengan kraftangan dari Cherating, Pahang ini.
Mama berpeluang mencorakkan atau mencanting batik sendiri menggunakan peralatan sebenar di atas sehelai kain.
Alamat: Kampung Cherating Lama, 26080 Balok, Pahang
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 10.00pm)
#2 River Cruise Sungai Yah Yah
Nak tengok kelip-kelip tak? Kalau nak Mama wajib menyertai river cruise Sungai Yah Yah di waktu malam. Pengalaman menyusuri hutan paya bakau di Cherating semestinya memberikan pengalaman berharga
Alamat: Sungai Cherating, Balok, Pahang
#3 Zoo Kemaman & Taman Rekreasi
Bukan sekadar taman haiwan biasa kita temui. Zoo Kemaman menawarkan 54 spesies haiwan, kebun buah-buahan, taman herba dan bonsai serta taman tema air. Jaraknya pula hanya 15km sahaja dari Pantai Cherating.
Alamat: Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman, 24000 Kemaman, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)
Harga Tiket: Dewasa RM10 | Kanak-kanak 5-12 Tahun RM7
#4 Pusat Penerangan dan Perlindungan Penyu Cherating
Bukan senang kan nak tengok penyu depan-depan. Inilah masanya kita tengok anak penyu depan mata dan mendekati makhluk air yang satu ini.
Alamat: KM 45, Jalan Kuantan – Kemaman, 26080 Kuantan
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.30am – 4.30pm)
Tiket masuk: Percuma
#5 Warung Aziz Satar
Tumpuan utama pengunjung ke warung ini tak lain tak bukan ialah satar yang menggunakan ikan segar dan harganya pun sangat berpatutan.
Selain itu, ia juga turut menyediakan hidangan lain seperti coconut shake, ketam bakar, sotong goreng, udang galah, pulut panggang, laksam dan laksa.
Alamat: T124, Kampung Geliga Cik Akob, 24000 Chukai, Terengganu
#6 Hafiz’s Cherating Activities
Aktiviti utama di sini ialah melihat kelip-kelip di waktu malam dan ditambah pula dengan aktiviti tambahan seperti berkayak di sungai, snorkeling Pulau Ular dan merentas sungai (river cruise) di paya bakau Cherating.
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00 am – 9.00 pm) | Isnin (Tutup)
Alamat: 7/ 1156,Cherating Lama,, 26080 Kuantan, Pahang
#7 Muzium Kemaman
Bahan-bahan yang dipamerkan di muzium ini dikhususkan untuk memaparkan sejarah tentang negeri Terengganu.
Sebenarnya kisah bangunan Muzium Kemaman mempunyai nilai sentimentalnya sendiri kerana ia telah mula dibina pada 1920.
Alamat: Kampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu
#8 Bukit Mak Dayang
Tarikan bukit yang berketinggian 100 meter ini ialah air terjun mini, tembok mini, telaga tahun ratusan dan Rumah D’Kramat.
Bukit Mak Dayang sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang baru belajar mendaki bukit (hiking) kerana terdapat 450 anak tangga yang memudahkan proses pendakian.
Alamat: Kampung Kubang Kurus, 24000 Chukai, Terengganu
#9 Ombok Cherating Surf Café
Sebuah restoran hipster yang mengenakan konsep luncur air (surf) ini turut menyediakan hidangan istimewa seperti roti bakar tuna berkeju, salad avocado, fish and chips, nasi goreng dan banyak lagi.
Waktu operasi: Isnin – Ahad : 10.00 pagi – 5.00 petang
Hubungi: +6095819488
Alamat: No 1006 -1 Kedai Jalan Kemaman Kampung Cherating Lama, Kuantan 26080
#10 Club Med Cherating
Resort tepi pantai di Cherating yang dikelilingi kehijauan flora dan deruan ombak Laut China Selatan.
Mama boleh menyertai kelas memanah, melakukan aktiviti lasak treetop adventure, rock climbing, belajar berlayar, yoga, berkayak dan banyak lagi!
Alamat: Batu 29 miles Jalan Kuantan, Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan
#11 Intan Seafood Restaurant
Sampai di negeri pantai timur tak kan lah tak cuba makanan laut kan? Apa kata singgah di restoran Intan Seafood di Cherating.
Menu yang dihidangkan termasuklah masak mentega, celup tepung, tom yam, masakan steam dan masakan tiga rasa.
Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 pm – 11.00 pm)
Media sosial: Facebook
Alamat: Lot 995, Cherating, 26080 Balok, Pahang
#12 Kam’s Surf Shack
Ada banyak aktiviti yang Mama boleh lakukan di sini antaranya ialah kite surfing, windsurfing, X-Sailing dan meluncur air. Tak banyak pantai di Malaysia yang meawarkan pengalaman sukan air seperti ini.
Alamat: Jalan Kampung Cherating, Kampung Padang Lalang, 26080 Balok, Pahang
#13 Rimbun Dahan Turtle Hatchery
Tempat penetapan penyu ini dibuka kepada orang ramai tetapi lebih tertumpu kepada pengunjung yang menginap di Kasturi Resort.
Telur penyu dijaga dengan baik oleh pihak resort nanti akan dilepaskan oleh pengunjung yang menyertai program ini.
Alamat: Jalan Pantai Chendor, Jalan Kuantan – Kemaman, Kg Chendor, 26080 Balok, Pahang
#14 Pantai Chendor
Tenangkan fikiran yang kusut di tepi pantai yang terletak di sempadan antara negeri Terengganu dan Pahang. Di sudut air yang cetek, Mama boleh berjalan di persisir pantai sambil melihat matahari terbenam.
Alamat: Pantai Chendor, 24000 Chukai, Terengganu
#15 Pantai Cherating
Pantai paling terkenal dan paling mesra OOTD! Terdapat banyak chalet di sekitar pantai ini, tambahan pula pantai ini ada tempat belajar luncur air dan aktiviti berkayak. Seronok kan!
Alamat: Pantai Cherating, 26080, Pahang
#16 Restoran Sri Jembal
Satu lagi restoran yang sering menjadi pilihan pelancong tempatan dan seluruh Malaysia. Selain menu makanan yang dihidangkan, restoran ini dikenali kerana tempat parkir yang luas untuk memudahkan pengunjung yang hadir.
Alamat: 1/1246, Kg Chengal Lempong, Kampung Cengal Lempung, 26100 Kuantan, Pahang
#17 Pantai Marina Telaga Simpul
Sebuah pantai yang terletak hanya 9 km sahaja dari Bandar Chukai ini ialah lokasi terbaik untuk bersantai dan berkelah bersama-sama keluarga.
Pemandangannya yang menyejukkan mata, angin lembut meniup sungguh mendamaikan. Kemudahan seperti tandas, surau, pondok rehat dan taman permainan kanak-kanak pun ada disediakan.
Alamat: Jalan Telaga Simpul & Jalan Pantai Marina, 24000 Kemaman, Terengganu
#18 Padang Astaka Chukai
Pada setiap Jumaat, Isnin dan Khamis, padang ini menjadi tempat pasar malam untuk para peniaga dan pengunjung menjual beli.
Padang Astaka Chukai ini menjadi lokasi sambutan perayaan seperti hari kemerdekaan dan tahun baru.
Alamat: Jalan Padang Astaka, Kampung Gong Limau, 24000 Chukai, Terengganu
#19 Pantai Teluk Mak Nik
Mama boleh melihat bot berlabuh ke laut lepas dari Kemaman Supply Base ketika berada di pantai ini. Menariknya, terdapat litar motocross disini untuk tujuan latihan dan perlumbaan.
Alamat: Teluk Mak Nik | Geliga Kemaman, Cukai 24000
#20 Kelip-Kelip Sungai Cherating
Sungai Cherating juga ada menawarkan pengalaman melihat kelip-kelip di waktu malam. Pelayaran penuh makna ini pasti tidak akan dilupakan.
Alamat: Sungai Cherating, Balok, Pahang
#21 Mangrove Tour Sungai Cherating
Bukan senang nak tengok pokok bakau secara langsung kan. Jadi, Mama wajib cuba aktiviti jelajah pokok bakau di Sungai Cherating di waktu siang.
Harga Tiket: Dewasa RM35 | Kanak-kanak Bawah 11 Tahun RM25
Waktu Operasi: Mangrove Cruise Pertama (9.00am) | Kedua (4.00pm) | Durasi 1 1/2 Jam
Alamat: Sungai Cherating, Balok, Pahang
#22 Casa Titik
Terdapat 10 pilihan bilik di Casa Titik yang terdiri daripada jenis Standard, Deluxe, Premier, Family dan King Suite. Ianya ialah sebuah vila keluarga yang direka dengan gaya Sepanyol di tepi pantai laut yang mendamaikan.
Waktu operasi: 7am- 11pm
Telefon: 019-938 9620
Alamat: Lot 27105, Jalan Kuantan-Kemaman, Sg. Baging, Mukim Sg. Karang, Cherating, 26080 Kuantan, Pahang
#23 Pulau Ular
Aktiviti di Pulau Ular tak lain tak bukan mestilah snorkeling. Tips sebelum datang ke sini, Mama mestilah bertolak dari jeti sebelum jam 12 tengah hari untuk mengelakkan perjalanan tertunda disebabkan laut bergelora.
#24 Kedai Keropok Lekor Cap Delima
“Tak rasa tepung pun, memang guna ikan segar”
Rata-rata pelanggan memberikan komen positif dengan keropok lekor yang dijual disini. Padanlah ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata nak dapatkan keropok lekor Cap Delima.
Telefon: 012-909 8221
Alamat: 26080 Balok, Pahang
#25 4×4 Maggi Ketam Bistro Kemaman
Saiz dan jenis ketam boleh dipilih berdasarkan tempahan Mama. Oleh itu, harganya pun berbeza-beza setiap satunya. Di sini juga turut menyediakan hidangan dalam set talam iaitu seafood berlada dan buttermilk.
Telefon: 014-940 6981
Alamat: No. 1 Gerai Pelbagai Geliga,, Geliga, 24000 Chukai, Terengganu
Antara banyak-banyak tempat yang Mama Siti senaraikan tadi, yang mana satu paling Mama tak sabar nak cuba? Mungkin ini petanda Mama kena cepat-cepat bercuti ke Cherating.
Ada perancangan ke tempat lain di Malaysia? Klik SINI untuk rujukan Mama.