KelabMama

Jom Singgah Di 15 Tempat Menarik Di Batu Pahat, Johor Ini

tempat menarik di Batu Pahat

Sumber: 2bearbear.com/things-to-do-and-attractions-in-batu-pahat-malaysia/

Batu Pahat merupakan salah satu bandar di Johor yang semakin pesat membangun. Berbeza dengan sejarahnya yang terdahulu, Batu Pahat dikatakan banyak kali menghadapi kegagalan dalam percubaan untuk memajukannya.

Namun kini, ia telah menjadi salah satu bandar tumpuan pelancong yang ke negeri Johor.

15 Tempat Menarik Di Batu Pahat

Jom, kita tengok senarai 15 tempat menarik untuk dilawati di sana.

1. Batu Pahat Walk

Kredit gambar: wikipedia.org

Jika ke bandar ini, Batu Pahat Walk adalah antara destinasi pilihan pengunjung. Mana tak nya, terdapat pelbagai jenis makanan dan barang-barang yang dijual di sini.

Selain itu, ramai juga yang datang untuk meluangkan masa bersama keluarga pada waktu malam.  

Alamat: BP Walk, Jalan Rahmat, 83000 Batu Pahat, Johor.
Waktu operasi: Setiap hari, 4.00 ptg – 9.30 mlm | Tutup hari Ahad dan Rabu

2. Wet World Water Park Batu Pahat

Kredit gambar: daulahtravel.com

Jika anda ingin ke taman tema air di negeri Johor, Wet World Water Pak adalah tempatnya. Pembinaannya sesuai untuk semua peringkat umur dan antara tarikan yang kebiasaannya menjadi pilihan ramai ialah Big Splash, Wave Pool dan Lazy River.

Alamat: Wet World Water Park, Jalan Bukit Pasir, 83050 Batu Pahat, Johor.
Waktu operasi: Setiap hari bekerja, 1.00 tghari – 7.00 mlm, Tutup hari Selasa | Cuti umum dan hujung minggu, 10.00 pg – 7.00 mlm
Tel: +607-434 6060
Harga tiket: Dewasa RM18, Kanak-kanak RM15

3. Perigi Batu Pahat

Kredit gambar: tripadvisor.com

Apa yang menariknya tentang Perigi Batu Pahat ini ya?

Sebenarnya terdapat banyak kisah sejarah yang diceritakan dari generasi ke generasi mengenai perigi ini. Kebanyakkannya dikaitkan dengan tentera Siam yang menyerang kerajaan Melaka terdahulu.

Kini ia telah menjadi salah satu tempat bersejarah di negeri Johor yang sentiasa didatangi pengunjung untuk melihat dan mendalami sendiri sejarah bandar Batu Pahat dengan lebih jelas.

Alamat: Perigi Batu Pahat, Kampung Minyak Beku, 83000 Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: Setiap hari
Tel: +607-433 8469

4. Pantai Minyak Beku

Kredit gambar: Facebook

Cantiknya! Pantai Minyak Beku adalah antara tarikan semula jadi yang terdapat di Batu Pahat. Seperti pantai-pantai yang lain, terdapat beberapa gerai yang menjual makanan dan minuman di sepanjang pantai ini.

Ramai yang ke sini kerana keindahan pantai dan suasananya yang mendamaikan.

Alamat: Pantai Rekreasi Minyak Beku, Kampung Minyak Beku, 83000 Batu Pahat, Johor.
Waktu operasi: Setiap hari
Tel: +607-431 5043

5. Hutan Lipur Sogo Perdana

Kredit gambar: qulukis.com

Selain itu, di Batu Pahat juga terdapat hutan simpan yang anda boleh terokai bersama keluarga; melihat pelbagai spesis flora dan fauna sambil menghayati keindahan alam semula jadi.

Alamat: Hutan Lipur Soga Perdana, 83000 Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 6.00 ptg
Tel: +607-772 5944

6. Tugu Batu Pahat

Kredit gambar: Facebook

Tugu Batu Pahat merupakan mercu tanda bersejarah yang menjadi lambang bandar ini. Ia terletak di Dataran Penggaram yang juga menjadi tumpuan penduduk setempat untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Alamat: Jalan Rahmat, Kampung Bahagia, 83000 Batu Pahat

7. Menara Jam Batu Pahat

Kredit gambar: Facebook

Selain Tugu Batu Pahat, Menara Jam Batu Pahat turut menjadi tempat persinggahan di bandar ini. Ramai yang ke sini untuk bergambar, tidak kira siang ataupun malam.

Alamat: 2012, Jalan Kelab, Kampung Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

8. Tugu Peringatan Parit Sulung

Kredit gambar: mdyongpeng.gov.my

Kalau anda ke Parit Sulong, jangan lupa untuk singgah di Tugu Peringatan Parit Sulung. Ia dibina sempena untuk memperingati peristiwa bersejarah pembunuhan beramai-ramai suatu ketika dahulu.

Alamat: Tugu Peringatan Parit Sulung, Kampung Baharu, 83500 Parit Sulong, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

9. Pantai Rekreasi Punggor

Kredit gambar: mpbp.gov.my

Pantai Rekreasi Punggorsering menjadi pilihan keluarga untuk datang berkelah, bersiar-siar dan berehat di tepi pantai. Bukan itu sahaja, ada juga yang ke sini untuk memancing.

Alamat: Pantai Rekreasi Punggor, Kampung Punggor, 83000 Batu Pahat, Johor.
Waktu operasi: Setiap hari
Tel: +607-431 5043

10. Glow Park – Batu Pahat

Kredit gambar: mycomments

Sama konsep seperti I-City di Shah Alam, Glow Park di Batu Pahat ini memang indah dengan pelbagai figura yang dihiasi lampu berwarna-warni pada waktu malam. Bukan kanak-kanak je, orang dewasa pun tentu suka!

Alamat: Wet World Batu Pahat, Kampung Batu Pasir, 83000 Batu Pahat, Johor
Tel: 07-4336060

11. Taman Rekreasi Tasik Y, Batu Pahat

Kredit gambar: dinohauz.com

Di taman rekreasi ini, ia bukan sahaja indah dengan tasik buatan dan nature di sekelilingnya, anda juga boleh jogging dan beriadah bersama keluarga.

Di samping itu, ia mempunyai tarikan tersendiri iaitu terdapat beberapa arca dinosour di sini.

Alamat: Taman Rekreasi Tasik Y, Jalan Korma, 83000 Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 019-607 9882

12. Mee Racun Tulang Sri Jaya Batu Pahat

Kredit gambar: Facebook

Macam bahaya bunyinya kan? Tetapi rata-rata pengunjung yang ke sini memang setuju yang mee racun ni memang sedap. Tak nak cuba ke?

Alamat: Mee Racun Batu Pahat, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Tel: 017-674 6066

13. Restoran BP Bariani Power

Kredit gambar: bpbarianipower.com

Rugilah kalau ke Batu Pahat tapi tak pekena nasi bariani power di Restoran BP Bariani Power ni. Seperti tagline nya, “Traditional taste that last forever”, ramai yang ke Batu Pahat akan singgah di sini untuk merasa kelazatan hidangan di sini.

Alamat: 18, Jalan Tukas 2, Taman Soga, 83000 Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 10.00 pg – 7.00 mlm | Tutup hari Isnin
Tel: 07-438 8987

14. B.P. Cendol (Pak ‘O’)

Kredit gambar: edtvblog.blogspot.com

Best juga menikmati cendol ketika cuaca panas kan? Jangan lupa untuk ke Cendol Pak O ABC Batu Pahat ni ya. Sejuk, berlemak dan menyegarkan; tentu disukai rakan-rakan dan seisi keluarga!

Alamat: No. 65-A, Jalan Rugayah, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 6.30 ptg
Tel: 012-747 4679

15. Lover’s Bridge

Kredit gambar: Facebook

Pasa asalnya, jambatan ini merupakan jeti untuk ke laut tetapi kini, ia telah menjadi tempat tarikan pelancong di Batu Pahat, terutamanya untuk pasangan yang sedang bercinta.

Memang cantik pemandangan di sini, lebih-lebih lagi ketika matahari terbit dan terbenam. Di sekitarnya juga terdapat beberapa kedai yang menjual makanan dan minuman untuk pengunjung.

Alamat: Lover’s Bridge, Batu Pahat, Jalan Kampung Segenting, 83200, Johor
Tel: 07-428 6346

Selain daripada restoran dan tempat beriadah, Batu Pahat juga merupakan bandar yang kaya dengan sejarah tersendiri yang harus dikenang sentiasa. Jangan lupa untuk singgah di 15 destinasi di atas ya?