Thailand sememangnya kaya dengan tempat tumpuan pelancong. Selain Hat Yai, Bangkok yang juga merupakan ibu kota negara tersebut juga sering menjadi tempat utama untuk para pelancong. Kali ini, Mama Siti kongsikan pelbagai tempat menarik di Bangkok khas untuk Mama Papa yang merancang untuk bercuti di sana nanti.
Informasi tentang waktu operasi, alamat dan harga tiket pun Mama Siti dah sematkan sekali. Nikmati masa percutian Mama di Thailand!
15 Tempat Menarik di Bangkok, Thailand
#1 Damnoen Saduak
Pasar terapung atau ‘floating market’ di Bangkok ini antara yang terkenal di dunia. Mama boleh sewa bot dan menyusuri terusan sambil melihat dan membeli di pasar terapung di sini.
Lokasi: Damnoen Saduak, Damnoen Saduak District, Ratchaburi 70130
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00am–12.00am)
#2 Chinatown
Kalau ada babak-babak pasar orang Cina, tak lain tak bukan di sini lah tempat pengambarannya. Barang jualan yang terdapat di Chinatown termasuklah barang kemas, pakaian, barangan terpakai, barangan antik, alat muzik dan gerai makanan (street food).
Lokasi: Yaowarat Road, Samphanthawong, Bangkok 10100, Thailand
#3 Siam Paragon
Selain membeli-belah, Mama juga boleh singgah di Siam Paragon dan datang ke muzium lilin (Wax Museum) atau pusat akuarium.
Oh ya, panggung wayang nya pun bukan main canggih sebab adanya wayang multiplex di sini.
Lokasi: 991, Rama 1 Road | Pathum Wan, Bangkok 10330
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am–10.00pm)
#4 Terminal 21
Sebuah kompleks beli-belah yang memiliki tema rekaan dalaman berbeza di setiap aras. Di tingkat LG kompleks ini membawa tema Caribbean, Ground Floor bertema Rome, Mezzanine Floor bertema Paris, tingkat 1 bertema Tokyo, tingkat 2 bertema London, tingkat 3 bertema Istanbul, tingkat 4 bertema San Francisco dan tingkat 6 pula bertema Los Angeles.
Lokasi: 88 Soi Sukhumvit 19, Khwaeng Khlong Toei Nuea, Khet Watthana, Krung Thep Maha Nakhon 10110
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am–10.00pm)
#5 Siam Niramit Theatre Show
Kalau di Malaysia kita ada Istana Budaya dan Encore Melaka, di Bangkok pula ada sebuah bangunan teater gah dibina memuatkan 2000 penonton dalam satu masa.
Persembahan teater yang dipentaskan bertemakan kisah sejarah dan budaya negara Thailand sendiri.
Lokasi: 19 Tiamruammit Road, Bangkok 10310, Thailand
#6 Bangkok Art and Culture Centre
Tarikan utamanya ialah karya seni yang pelbagai seperti lukisan, arca, mural dan lukisan abstrak. Selain itu, pengunjung juga boleh menghasilkan barang kemas sendiri di Bangkok Art and Culture Centre.
Lokasi: 939 Rama I Rd, Khwaeng Wang Mai, Khet Pathum Wan, Krung Thep Maha Nakhon 10330, Thailand
#7 Art in Paradise
Mama selalu nampak street mural di Malaysia kan? Nak kata Bangkok ni sangat menghargai hasil seni, siap dibuatkan bangunan khas lagi.
Terdapat enam seksyen pameran berdasarkan tema-tema lukisan iaitu Zon Media Art, Zone Moden, Zon Akuarium & Safari, Zon Alam Semula Jadi, Zon Klasik dan Zon Fantasi.
Lokasi: 99 Esplanade Shopping Mall, 4th Floor | Ratchadapisek Road, Din Daeng, Din Daeng, Bangkok 10400, Thailand
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am–10.00 pm)
Harga Tiket: Dewasa 400 Baht | Kanak-Kanak 200 Baht
#8 Lumpini Park
Nak buat aktiviti rileks-rileks pun boleh dekat Bangkok, Thailand. Mama hanya perlu datang ke Lumpini Park yang berkeluasan lebih kurang 500,000 kaki persegi. Lebih besar taman, lebih ramai orang, lebih tenang nak ‘healing’.
Lokasi: 192 Wireless Road Pathum Wan, Bangkok
Waktu Operasi: 5.00am–9.00pm
#9 Buaian Gergasi (Giant Swing)
Kedatangan pengunjung ke sini mengingatkan kita tentang kebijaksanaan orang dahulu membina buaian gergasi yang masih kukuh hingga kini.
Pada zaman dahulu, buaian gergasi digunakan untuk aktiviti keagamaan selepas musim menuai. Namun ianya diharamkan pada tahun 1932 kerana menyebabkan banyak kemalangan jiwa.
Lokasi: Thanon Bamrung Muang Khwaeng Sao Chingcha, Bangkok Krung Thep Maha Nakhon 10200
#10 Asiatique City
Pusat beli-belah di tepian sungai? Macam menarik!
Barangan yang boleh ditemui di sini ialah aksesori, cenderamata, pakaian, barangan besi dan banyak lagi dalam harga yang murah.
Lokasi: 2194, Charoen Krung Road | Wat Phraya Krai, Bang Kho Laem, Bangkok 10120, Thailand
#11 Dreamworld Bangkok
Seronok kan kalau kita dapat tengok sendiri aksi-aksi dalam filem depan mata? Sebab itu Mama kena datang ke Dreamworld Bangkok agar boleh menyaksikan ‘The Animal Show’, ‘Hollywood Action’ dan bermain pelbagai jenis permainan.
Lokasi: 62, Moo 1, Rungsit-Ongkarak Road | Bang Yitho, Thanyaburi 12130, Thailand
#12 Grand Palace
Ianya merupakan istana asal maharaja Thailand suatu masa dahulu. Siap dibina pada tahun 1782 dan pernah menjadi tempat bersemayam keluarga diraja semestinya menyimpan banyak khazanah dan sejarah tentang kerajaan Thailand.
Lokasi: Na Phra Lan Road, Phra Borom Maha Ratchawang, Phra Nakhon
#13 National Museum & Wang Na Palace
Muzium ini mempamerkan batu permata, pakaian, topeng Khon, senjata, emas, seramik, ukiran kayu dan alat muzik milik Raja Rama V. Tentunya banyak sejarah yang tersimpan kerana bangunan muzium ini telah dibina pada 1887.
Lokasi: Na Phra That Road, Bangkok
Waktu Operasi: Rabu – Ahad (9.00am–4.00pm)
Harga tiket: 200 Baht
#14 Sungai Chao Phraya
Pengalaman naik feri di Bangkok tak sama dengan pengangkutan air di Malaysia. Lebih-lebih lagi ianya merupakan sungai terpenting dan terpanjang di Thailand.
Lokasi: 780/488 Charoen Krung Road, Bang Kho Laem, Bangkok 10120
#15 Zoo Dusit
Sebelum menjadi zoo, tempat ini merupakan taman peribadi milik Raja Chulalongkorn (Rama V). Ianya juga sebuah zoo tertua di Bangkok, Thailand yang menempatkan 1600 ekor haiwan dari pelbagai kategori seperti penguin, kangaru, monyet dan harimau.
Lokasi: Rama 5 road, Khwaeng Dusit, Khet Dusit, Bangkok
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am-6.00pm)
Harga Tiket: Dewasa 150 Baht | Kanak-kanak 70 Baht
Banyakkan tempat menarik di Bangkok ni! Bila dah ada maklumat yang detail macam ni, jadi mudah nak pergi.
Apa-apa pun, jangan lupa nikmati masa berseronok Mama!
Ada perancangan ke tempat lain? Klik SINI untuk rujukan Mama.