KelabMama

Tak Sah Kalau Tak Pernah Ke 24 Tempat Menarik di Bangi Ni. Bandar Lengkap Dengan Semua Yang Diinginkan

Bangi? Tempat shopping kaum wanita lah.

Betul, tapi sebenarnya Bangi ada macam-macam lagi tempat menarik yang boleh kita lawati. Dari usia kanak-kanak hinggalah dewasa, semua ada tempat masing-masing di kawasan sekitar Bangi.

Tahukah Mama, di tempat ini juga terdapat tasik, taman rekreasi dan tempat makan viral. Hidangan makanan cina-muslim, masakan barat, menu pantai timur dan Indonesia pun ada.

Mari, Mama Siti kongsikan lebih banyak tentang tempat menarik di Bangi yang harus dikunjungi semua. Best tau!

Senarai Tempat Menarik di Bangi

#1 Tasik Cempaka

Kredit gambar: selangor.travel

Taman rekreasi yang dilengkapi dengan tasik seluas enam hektar sangat sesuai untuk melakukan aktiviti jogging, berbasikal, bermain layang-layang dan aktiviti riadah yang lain. 

Lokasinya terletak tidak jauh dari bangunan PKNS Bangi. Tasik yang berkeluasan 16.8 hektar menarik perhatian orang ramai beriadah disini.  

#2 Ladang Nanas

Di bangi selain syurga beli-belah, ianya juga menawarkan tarikan utama seperti ladang haiwan dan tanaman.

Teringin nak nikmati suasana seperti di Cameron Highland. Mama tak perlu lagi pergi jauh kerana disini Mama boleh makan di ladang nanas sambil menikmati pemandangan Bangi. 

Alamat: Saudagar Nanas Agrofarm, Lot 3000 Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor

Dibuka setiap hari. 

#3 Taman Landskap

Kredit gambar: Harian Metro

Tangga ikonik ialah yang menjadi perhatian warga sekitar. Kalau Mama singgah ke sini, ambillah gambar sekeping dua. Bukan apa boleh siarkan di media sosial kan. 

Laluan ini menghubungkan Dataran Putra, Laman Perdana dan Taman Putra Perdana. 

#4 Istana Puteri Bongsu, Istana Lama Bangi

Kredit gambar: pp-sk.blogspot.com/

Reka bentuk istana milik puteri Sultan Kelantan, Tengku Kalsum ini bermotifkan dari tiga etnik berbeza. Istana ini ialah simbolik kepada perpaduan rakyat Malaysia oleh kaum majoriti iaitu Melayu, Cina dan India. 

Lokasi: Taman Pantun, UKM, 43650 Bangi, Selangor

#5 D Virtual Park di Evo Mall

Kredit gambar: bangi.d-virtualpark.com

Berseronoklah dengan permainan maya di D Virtual Park yang menyediakan konsep Virtual Reality (VR) dan Alternate Reality (AR).

Terdapat lapan permainan VR dan dua permainan AR disini. Lebih menyeronokkan taman virtual di Evo Mall ini dibuka setiap hari. Bermula 10 am – 10 pm.

Harga Tiket:
DVP Combo 3 Point – RM 30
DVP Combo 8 Point – RM 70
DVP Combo 18 Point – RM 150

#6 Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Kredit gambar: eddyirwan.blogspot.com/

Ikan bakar di restoran ini masih menggunakan daun pisang. Menu lain pun ada disediakan. Contohnya, sotong goreng, butter prawn dan kegemaran ramai, masakan tomyam.

Waktu Operasi: Setiap Hari (5.00 pm – 12.00 am)

Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#7 Bangi Sentral

Kredit gambar: carousell.com.my

Hampir kebanyakan jenama terkenal tempatan ada disini. Sofearose, JannahNoe, JubahSouq dan Bulan Bintang ialah antara jenama yang terdapat di Bangi Sentral.

#8 Pusat Kebudayaan UKM

Kredit gambar: ukm.my/pusatkebudayaan/

Terletak di Dewan Tun Abdul Razak, UKM. Di sini mereka mengadakan persembahan seni dan aktiviti kebudayaan berkaitan negara Malaysia. 

Contoh aktiviti yang dijalankan ialah persembahan tarian, persembahan gamelan dan persembahan muzik tradisional.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.00 pm) | Sabtu & Ahad (Tutup)

#9 Masjid Al-Hasanah

Kredit gambar: http://drshafie.blogspot.com/

Kenapa perlu singgah ke masjid ini? Masjid Al Hasanah ialah rumah ibadah pertama yang dibina di daerah ini. 

Menariknya, masjid ini pernah dianugerahkan 5 bintang kerana aktif menganjurkan aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan. 

#10 Bangi Wonderland

Kredit gambar: jomjalan.com.my

Jemput datang ke taman tema air di Bangi. Dibuka dari 11 pagi hingga 6 petang. Harga tiket untuk kanak-kanak dan dewasa bermula dari RM 35 hingga RM 45.

#11 Restoran Selasih Garden Seafood

Kredit gambar: eatigo.com/my

Ini ialah sebuah restoran yang menggabungkan resipi makanan laut orang melayu dan cina. Restoran ini terletak di Persiaran Bandar Baru Bangi atau lebih tepat lagi bersebelahan di Hotel Tenera Bangi.

Menu ‘signature’ ialah ikan utopia masak baba dan udang masak telur masin. 

#12 Kilang Coklat Beryl’s

Kredit gambar: Twitter

Walaupun telah ada dokumentari tentang proses pembuatan coklat, pengalamannya masih tidak sama jika Mama lihat secara langsung. 

Jangan lupa singgah di kilang coklat Beryl’s untuk menyaksikan sendiri cara-cara membuat coklat dari buah koko hinggalah menjadi kepingan coklat. 

Waktu operasi
Hari: Isnin hingga Jumaat 
Masa: 8.30 am – 5.30 am

#13 Farm In The City

Kredit gambar: farminthecity.my

Bagi yang tinggal di kota mungkin tidak berpeluang membela haiwan ternakan dan haiwan peliharaan secara bebas. Namun Mama jangan risau kerana Farm In The City menawarkan peluang untuk berinteraksi dengan haiwan.

Antara yang ada di sini ialah, kura-kura, Llama, burung kakak tua dan burung hantu. Mama berpeluang memberi haiwan-haiwan ini makan. Seronok kan. 

Waktu operasi:
Isnin & Rabu – Jumaat (10 pagi – 6 petang)
Sabtu – Ahad (9.30 pagi – 6 petang)

#14 IOI Mall

Kredit gambar: Vulcan Post

Tak jauh dari Bangi, Mama bolehlah singgah ke IOI Mall. Kalau singgah di sini, Mama tak perlu kusutkan kepala cari tempat letak kereta.

Disini hampir semua lapisan usia boleh menikmati masa terluang. District 21 untuk anak remaja dan dewasa. Icescape untuk kanak-kanak dan ibu bapa. 

#15 Resort Golf Bangi

Kredit gambar: bangiresorthotel.com

“Tapi saya tak main golf Mama Siti?”

Tidak mengapa, kerana Mama akan dihidangkan dengan pemandangan damai yang dikelilingi tumbuhan hijau. Siapa sahaja pasti merasa tenang apabila berada di resort ini. 

Tahukah Mama? Padang golf nya direka oleh Ronald Fream yang telah masyhur dengan pembuatan padang golf terbaik.

Bayaran:
Isnin – Jumaat: RM85
Sabtu: Pagi RM175 | Petang RM105
Ahad & Cuti Umum: Pagi RM165 | Petang RM95

#16 Taman Paku Pakis UKM

Kredit gambar: top-rated.online

Pelbagai spesies paku pakis ada di sini. Inilah peluang kita nak kenal lebih terperinci tentang paku pakis. Mama boleh datang di alamat, Taman Paku Pakis UKM, 43600 Bangi, Selangor untuk melihat lebih tumbuhan paku pakis. 

#17 Bangi Gateway

Kredit gambar: agoda.com

Sebuah emporium besar yang memuatkan lebih 200 vendor. Kalau Mama malas nak cari parking dua, tiga kali, datang sahaja ke Bangi Gateaway. Sebabnya dekat sini ada banyak restoran, kedai kelengkapan lelaki dan wanita serta tempat hiburan. 

Boleh kata Bangi Gateway ialah one stop centre untuk Mama sekeluarga.

Alamat: Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#18 PKNS Bangi

Kredit gambar: prec.my

Kalau belum puas shopping lagi, Mama datang lah ke sini. Disini terdapat kedai menjual kasut, pakaian dan aksesori dengan harga yang berpatutan. 

Selain itu, di Kompleks PKNS ini juga ada banyak restoran seperti Sate Kajang Haji Samuri, Kyros Kebab dan banyak lagi. Tahu tak Mama, komplek beli-belah ini terletak tak jauh dari Taman Tasik Cempaka.

#19 Taman Botani

Mari kenali pelbagai spesies tumbuhan dari dalam dan luar negara. Masuk percuma dan dibuka setiap hari bermula jam 9 am hingga 6 pm. 

Untuk menikmati keseluruhan sudut taman ini, terdapat pilihan sama ada ingin menyewa basikal atau menaiki trem.

#20 Taman Warisan Pertanian

Kredit gambar: Visit Selangor

Sebuah taman yang terdapat dusun buah-buahan serta pelbagai tanaman pertanian. Antara yang terdapat disini ialah dusun longan, cempedak, buah nan-nam.

Selain itu, tanaman pertanian yang terdapat disini ialah ladang getah, kopi, lada hitam, kelapa sawit dan ada juga kolam ikan air tawar. 

#21 Muzium Anatomi

Kredit gambar: sciencepark.upm.edu.my

Mempamerkan pelbagai jenis rangka manusia dan haiwan. Bahkan haiwan yang telah pupus juga terdapat di muzium anatomi yang terletak di Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Mama Siti sangat sarankan Mama datang ke sini bersama-sama keluarga. Tempat ini sangat menarik untuk menambah ilmu pengetahuan dan dan memupuk minat anak-anak mengenai haiwan purba dan sistem anatomi manusia.

#22 Austin Steak House+

Kredit gambar: denniszill.com/

Teringin masakan barat? Datanglah ke Austin Steak House. Disini Mama bakal menikmati pilihan makanan dari Malaysia, Itali dan Inggeris. 

Menu pilihan terbaik dari restoran ini ialah grill chicken, mix lamb chop dan sirloin steak.  

#23 Mohd Chan Bandar Baru

Kredit gambar: mStar

Mama yang teringin nak makanan masakan cina boleh cuba di restoran ini. Disini Mama boleh menikmati Kong Boh Chicken, Ketam Telur Masin, Classic Butter Prawn dan Baby Kailan with Japanese Taufu. 

Masakan cina muslim di restoran Mohd Chan dijamin halal, bersih lagi terbaik. Kedai ini terletak di 28 & 30, Jalan Medan Pusat 2c, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

#24 Ayam Bakar Wong Solo

Kredit gambar: vkeong.com

Menu ayam penyet dari restoran Wong Solo memang tidak dapat disangkal lagi rasanya. Hampir sama seperti kita melancong ke Indonesia. Paling ditunggu-tunggu ialah sambalnya yang pedas dan enak sekali. 

Waktu operasi: Setiap hari
Masa: 11.30 am- 10 pm 

Jadi macam mana? Mama masih rasa Bangi hanya tempat untuk membeli-belah?

Ternyatalah disini kita juga boleh beriadah, melawat ladang tanaman dan haiwan dan tak lupa juga boleh makan di tempat-tempat viral.

Tak ada alasan untuk kita tak jalan-jalan di sekitar Bangi. Semoga artikel kali ini beri Mama idea ketika datang di disini. Jom baca tempat menarik di Selangor pula!


Ada perancangan ke tempat lain di Malaysia? Klik SINI untuk rujukan Mama.