Cameron Highlands sudah terkenal sekali sebagai tempat yang sentiasa dikunjugi ramai pelancong. Kami kongsikan 15 tempat menarik terkini di Cameron Highlands untuk panduan Mama dan Papa. Melihat kepada cuaca di Cameron, waktu terbaik dicadangkan ke sini adalah sekitar Januari ke Februari jika mahu merasakan suasanan suhu lebih rendah dan dengan jumlah hujan yang kurang.
Tempat-tempat Menarik di Cameron Highlands
Cameron Highlands adalah pusat peranginan tanah tinggi terletak di Barat Laut negeri Pahang. Memandangkan ia terletak di sempadan tiga negeri, maka Cameron Highlands boleh diakses menggunakan kenderaan sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai dari negeri Perak, melalui Gua Musang dari negeri Kelantan atau melalui Sungai Koyan dari negeri Pahang.
Cameron Highlands adalah beriklim tropika tanah tinggi dengan purata suhu tahunan adalah 18 darjah celcius. Suhu terendah pernah dicatatkan adalah pada bulan Februari. Pada bulan November hingga Disember, Cameron Highlands ini menerima jumlah hujan yang banyak.
1. Kebun Pokok Bunga Lavender
Antara tempat wajib yang dilawati jika ke Cameron Highlands sudah pastinya kebun bunga lavender ini! Ia satu-satunya lavender garden di sini dan juga satu-satunya di Malaysia!
Mama seisi keluarga juga boleh menikmati aiskrim lavender yang boleh dibeli di kebun ini. Unik dan menarik!
Alamat: 59, Taman Tringkap, 39100 Brinchang
Harga tiket:
Dewasa – RM15, Kanak-kanak – RM10
Waktu operasi:
Isnin – Khamis: 9am ke 6pm
Jumaat – Ahad: 9am ke 7pm
2. Kampung Taman Sedia
Kampung Taman Sedia adalah perkampungan pertama orang Melayu di Cameron Highlands. Ramai orang kampung yang mengusahakan homestay dan ladang strawberi di sini. Di sini juga terdapat banyak bilik, homestay dan chalet untuk di sewa. Makanan juga banyak dijual di sini termasuk scone bersama jem strawberi homemade oleh penduduk tempatan.
3. KHM Strawberry and Jam
KHM Strawberry and Jam ini adalah antara ladang pertama yang diusahakan oleh Muslim. Mama dan ahli keluarga boleh memetik sendiri buah strawberi atau boleh beli yang sudah siap dipek. Harga makanan dan scone di sini lebih murah berbanding tempat lain. Menu makanannya juga unik dan lebih mesra orang Melayu.
Alamat: No. 9, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.
4. YZ Agro Farm & Cafe
YZ Agro Farm and Cafe juga membenarkan para pengunjung memetik sendiri buah strawberi dan ia juga kurang sesak berbanding tempat lain. Ladang ini juga diusahakan oleh Muslim jadi boleh makan minum di sini tanpa rasa was was.
Istimewanya kafe di sini adalah ia menyediakan makanan berat hidangan melayu selain menu rasmi Cameron Highlands seperti scone dan sebagainya.
5. Boh Tea Centre Ringlet
Ladang Teh Boh di Ringlet ini adalah yang terbesar di Cameron Highland. Disinilah merupakan tempat yang paling sesuai untuk kita melihat hamparan hijau ladang teh yang meluas.
Alamat: BOH Tea Garden, 39000, Ringlet.
Waktu operasi: Selasa-Ahad jam 9.00am – 4.30pm
6. Ladang Teh Bharat
Ladang Teh Bharat menyajikan kafe di tepi ladang teh dengan permandangan yang mempesonakan. Ia dibuka pada hari Isnin hingga Khamis dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang.
Tea house di sini mempunyai menu kek dan sandwic bersama teh panas. Boleh juga pergi melawat kilang teh yang dekat sahaja. Ada juga ruangan jualan produk syarikat Bharat ini seperti uncang teh pelbagai perisa. Jika anda mahukan ruang parkir yang luas, di sinilah tempatnya.
Alamat: 15-16, Jalan Besar, Cameron Highlands,
7. Taman Agroteknologi MARDI
Taman Agroteknologi MARDI adalah antara tempat yang wajib dilawati kerana lengkap semua flora tanah tinggi seperti kaktus, pokok bunga, sayuran dan sebagainya.
Anda juga boleh membeli belah untuk membawa pulang ole-ole ke rumah. Banyak juga tumbuhan eksotik di sini sesuai untuk sesi pembelajaran.
8. Cameron Adventurous Kuala Terla
Jika teringin menyelusuri ladang teh dengan cuaca yang sejuk, kabus dan permandangan ladang teh yang indah menaiki ATV, Mama bolehlah ke sini. Terdapat juga perkhidmatan pengembaraan menaiki kenderaan pacuan 4 roda di sini.
Harga tiket adalah RM50 bagi ATV dan RM15 untuk kenderaan 4×4 safari.
9. Cactus Point
Khas buat peminat cactus, di sini ada pelbagai jenis pokok cactus daripada saiz kecil hingga besar. Ada pelbagai pilihan pokok cactus yang berwarna-warni dan lebih murah harganya. Lokasinya terletak di jalan utama dengan ruang parkir yang agak luas. Kemasukan adalah percuma.
10. Strawberry Park Resort
Strawberry Park Resort ini sangat sesuai bagi mereka yang betul-betul mahu datang berehat di Cameron Highlands. Tempatnya jauh dari kesesakan maka tidak akan terdengar hiruk pikuk, namun cukup strategik untuk ke mana-mana tempat menarik di Cameron Highlands.
Suasananya seperti kawasan luar bandar di luar negara dengan suhu sejuk sebagai pelengkap. Jika anda pentingkan keselesaan dan privacy, resort ni adalah pilihan yang baik.
11. Muzium Time Tunnel
Muzium Time Tunnel ini mempamerkan barangan klasik nostalgia kanak-kanak tahun 80-an. Di sini juga terdapat pameran sejarah serta serta warisan budaya hasil koleksi persendirian See Kok Chan.
Harga tiket:
Dewasa – RM6
Kanak-kanak – RM4
12. Fragrance Nursery
Fragrance Nursery adalah tempat jualan bungaan yang cantik di Cameron Highlands. Terdapat banyak pilihan pokok-pokok bunga di sini untk dibeli dan dibawa pulang.
13. Orchid and Rose Garden
Taman orkid dan ros ini memang sangat luas dan sekurang-kurangnya sejam diperlukan untuk melawat kawasan ini. Selain daripada pokok bungaan dan buah-buahan, terdapat juga haiwan seperti arnab, iguana, itik, ikan, burung dan sebagainya buat tatapan anak-anak.
Alamat: Rose & Orchid Garden, 74, Green Cow.
Harga tiket:
Dewasa – RM6
Kanak-kanak – RM4
14. Green View Garden
Green View Garden ini adalah taman tertutup dengan mini lavender house, mini petting zoo serta pelbagai pokok-pokok yang sinonim dengan Cameron Highlands seperti strawberi, bunga matahari, bunga-bungaan, cactus dan sebagainya.
15. Avant Chocolate & Ice Cream
Seperti namanya, Avant Chocolate & Ice Cream menjual coklat yang dibuat sendiri menggunakan biji coklat terbaik dan juga ais krim dengan pelbagai perisa. Kafe yang disediakan juga luas dan selesa.
Jom melawat pelbagai tempat menarik di Cameron Highlands!
Sekarang merupakan waktu menarik untuk melawat Cameran Highlands jika Mama mahu merasai suhu dinginnya. Mama boleh merancang percutian Mama bersama keluarga dan pastikan untuk mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Jumpa anda di sana!