Rumah baru ataupun rumah yang sedia ada ke, pastinya perlu dibina tembok pagar rumah untuk mengasingkan ruang dan lebih selamat.
Biasanya, design tembok pagar rumah akan dipilih bersesuaian dengan tema hiasan rumah. Scandinavian ke, klasik Melayu ke, minimalis ke, biasanya seragam lah.
15 Jenis Design Tembok Pagar Rumah Untuk Rumah Anda
Kali ini, kami ingin kongsikan beberapa jenis tembok pagar rumah yang Mama dan Papa boleh jadikan inspirasi dan idea untuk rumah anda.
1. Tembok pagar besi minimalis
Tembok pagar besi minimalis ini memberi gambaran yang sederhana dan simple. Ia tidaklah mewah tetapi cukup kemas. Material nya yang daripada besi ini kukuh juga dan biasanya, pemilik rumah akan cat pagar ini menggunakan satu warna sahaja seperti warna putih.
Kalau tengok dari luar, nampak ruang halaman rumah luas je. Tapi untuk mereka yang inginkan tembok pagar rumah yang tertutup, design ini kurang sesuai ya.
2. Tembok pagar rumah kayu
Mungkin ada yang fikir, tahan lama ke tembok pagar rumah kayu ini? Sebenarnya bergantung kepada kualiti material dan cara penjagaannya, tembok pagar rumah kayu boleh tahan lama juga tau.
Yang membuatkan ia sering menjadi pilihan ialah, nilai estetikanya. Warna kayu memang menaikkan seri rumah, tambah-tambah jika dihias dengan tanaman hijau kan?
3. Tembok pagar setengah
Banyak rumah yang menggunakan design ini juga. Sebelah bawahnya tembok tertutup, biasanya diperbuat daripada simen dan konkrit lah. Manakala sebelah atasnya pula, dengan kayu yang terukir ke, papan kayu ke, ataupun besi. Biasanya sebelah atas ni, tak tertutup sepenuhnya.
Kalau Mama dan Papa suka tembok pagar rumah yang tidak tertutup atau terdedah sepenuhnya, design ini memang sesuai!
4. Tembok pagar batu
Ramai kan yang sukakan tembok pagar batu? Sama ada batu konkrit ataupun batu semulajadi, mana-mana pun cantik.
5. Tembok pagar simen
Tak kurang juga, tembok pagar rumah yang diperbuat daripada simen pun sering menjadi pilihan.
Selain daripada berkos rendah, tembok pagar rumah jenis ini kukuh dan sukar untuk dicerobohi jika dibina dengan ketinggian tinggi.
Ada juga yang kreatif, membuat ukiran pada tembok pagar rumah simen ini. Cantik juga kan?
6. Tembok pagar logam
Berbeza dengan tembok pagar rumah besi, tembok pagar logam ni biasanya lebih mahal dan berhias. Mahalnya itu bukan saje-saje ya. la kerana logamnya memang kukuh dan pembuatannya juga agak rumit.
Biasanya yang kita tengok tembok pagar rumah begini, ada reka bentuk yang tajam di bahagian atasnya kan? Ini untuk tujuan keselamatan dan hiasan juga.
7. Tembok pagar interlocking brick
Mudah, kemas dan cantik; mestilah tembok pagar rumah guna interlocking brick. Walaupun harganya agak mahal di pasaran, ketahanan dan kekemasannya memang membuatkan ia berbaloi!
8. Tembok pagar chain link
Kalau dulu, ada sejenis je design chain link ni. Sekarang ni, seiring dengan perubahan teknologi, dah ada chain link yang cantik, kemas dan lebih kukuh.
Ramai juga yang pilih untuk bina tembok pagar rumah menggunakan chain link. Walaupun ia tidak tertutup, tapi tembok pagar rumah chain link ni memang kemas dan rapi tampaknya.
9. Tembok pagar railing tangga
Boleh juga menggunakan besi railing tangga sebagai sebahagian daripada tembok pagar rumah. Kalau rumah yang bertemakan minimalist ataupun industrial, sesuai sangat lah!
10. Tembok pagar laser cutting ornament
Pernah tengok tak rumah yang gunakan besi laser cutting ornament ni sebagai tembok rumah mereka? Cantik kan?
Nak kata tertutup sepenuhnya tak juga, terdedah pun tak. Unik kan?
11. Tembok pagar kayu + besi
Tembok pagar rumah yang diperbuat daripada kombinasi kayu dan besi sering memberi imej diraja dan mewah.
Tengok sahaja lah pembinaannya. Kukuh, kemas dan klasik.
12. Tembok pagar besi tempa
Bukan sahaja digunakan untuk membuat pagar rumah, besi tempa juga sesuai untuk dibuat tembok pagar rumah anda.
Kalau Mama dan Papa sukakan vibe macam Disney dan istana kayangan, bolehlah gunakan besi tempa ini. Nak design mengikut citarasa sendiri pun boleh.
13. Tembok pagar bata + besi
Bila digabungkan dengan besi, tembok pagar rumah bata boleh tampak mewah tau. Kemas pun kemas kan? Macam British-style pun ada!
14. Tembok pagar tinggi
Bergantung mengikut citarasa anda, tembok pagar rumah yang tinggi boleh bagi kelainan dan lebih privasi.
Tertutup ataupun ada ruang yang terbuka sedikit, tembok pagar rumah tinggi sering dilihat sebagai tembok pagar rumah yang mewah walaupun berkonsepkan minimalis.
15. Tembok pagar brick facade/brick veneer
Lebih kurang seperti interlocking brick, brick facade atau digelar juga sebagai brick veneer boleh memberikan imej yang kemas, unik dan cantik.
Sekarang dah makin ramai yang menggunakan brick veneer ini sebagai bahan untuk buat tembok pagar rumah. Macam-macam design yang boleh buat tau.
15 Jenis Design Tembok Pagar Rumah
Memang seronok bila ada rumah sendiri ni. Pilihlah mana-mana design tembok pagar rumah yang Mama dan Papa suka ya?
Nak gabungkan pun boleh!