Bagi orang yang ‘sweet tooth‘, pantang sebut dessert je mesti teringin nak cuba (tambah-tambah kalau yang viral). Tak kisah lah beli ke buat ke kan. Baru-baru ini Mama Siti tengok viral mini koko krunch jar dan yang paling terbaru; puding buih. Rata-rata kita sudah pun mencuba dan kita dikejutkan dengan berita- ramai yang mengalami keracunan makanan kerana telur ‘expired’ dalam puding buih itu!
Menurut akhbar Sinar Harian, seramai 99 mangsa keracunan telah dimasukkan ke dalam hospital. Mereka disahkan keracunan akibat telur ‘expired’ dalam puding buih, yang mereka beli secara online. Dan yang paling menggemparkan lagi, salah seorang mangsa telah pun meninggal dunia setelah 10 hari bertarung nyawa. Innalillahhiwainnailahirojiun…
Kematian yang dilaporkan oleh Harian Metro pada tarikh 3 Jun 2020 ini telah disahkan boleh Dr Alias Razak, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri.
Kejadian di Terengganu ini telah mengejutkan negara kita di saat kita sedang memerangi wabak Covid-19. Lepas satu, satu hal jadi, haihlah.
Punca Keracunan Puding Buih
Hasil kajian makmal dapati telur yang digunakan dalam puding buih itu lebih dari dua minggu dan ini dikatakan menjadi punca utama kepada kes ini kata Dr Alias Razak.
“Kita memandang serius kes membabitkan keracunan makanan kerana ia membabitkan keselamatan awam.”
“Tindakan telah diambil di mana premis terbabit tidak dibenarkan beroperasi selama dua minggu.”
Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh beberapa punca yang lain iaitu:
- telur yang tak dimasak
- telur yang dimasak tak sempurna
- penyedia makanan tak basuh telur dengan bersih
Mingguan Wanita berkongsi punca di atas yang boleh menyebabkan jangkitan Salmonella dan sangat bahaya kepada kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua.
Mangsa Telur ‘Expired’ Dalam Puding Buih Kini Stabil
Beliau menambah kesemua mangsa sudah mula berada dalam keadaan yang stabil sekarang. Lega sikit hati Mama Siti walaupun dah ada satu kes kematian. Ada juga yang sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing lepas menunjukkan tanda positif.
Premis itu digantung perkhidmatan dan mereka didapati tak mengambil suntikan vaksin penyediaan makanan dan tak ada lesen perniagaan juga! Ini lah yang selalu Mama Siti risau kalau nak beli makanan online. Memang lah senang kan, whatsApp je kan, tapi kalau jadi kes macam ini, haa tak ke lagi susah.
Mama Siti harap lepas ni, bagi yang nak meniaga tu, tolong titiberatkan aspek kebersihan. Tak kira lah dalam penyediaan makanan, kebersihan persekitaran memasak malah kebersihan diri juga. Janganlah kita fikir nak untuk je sampai kita aniaya customers kita.
Kalau ada mama yang teringin nak cuba puding buih ini, lebih baik kita buat sendiri lah kan di rumah. Lagi selamat. Yang penting masak dengan sempurna. Tapi lebih baik, tak payah lah kan. Kadang kita terlepas pandang, ingat telur tu dah masak tapi rupanya belum. Mencegah lebih baik daripada merawat, betul tak?
Semoga semua take note ye!
Sumber: Sinar Harian, Mingguan Wanita, Harian Metro & Astro Awani
BACA LAGI PINGGAN MANGKUK BERCORAK VIRAL BAHAYA!
Pesan Mama Siti
Bagi mama yang teringin cuba resepi puding buih ini, Mama Siti nasihatkan supaya elak jelah, okay? Mama cuba puding lain, yang selalu mama buat ke kan. Ingat, dalam menyediakan makanan pastikan kebersihan diutamakan. Dan jangan simpan telur lama-lama, beli telur dalam kuantiti yang sederhana supaya takdelah terbiar lama tak dimakan kan.