Ibu bapa adalah insan yang bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak. Mereka melahirkan, mengasuh, membesarkan dan mendidik anak dari mereka lahir sehinggalah dewasa. Banyak tanggungjawab ibu bapa ni!
Kadang-kadang kita tidak perlu jadi ibu bapa yang perfect pun untuk anak-anak, kita juga manusia biasa! Tetapi Mama boleh jadi ibu bapa yang awesome untuk anak-anak!
Macam mana nak jadi yang hebat? Ataupun, apa kriteria untuk menjadi ibu bapa yang ‘awesome’ ni? Menerusi laman Twitter Dr Luqman, terdapat beberapa teknik yang telah dikongsikan melalui bebenangnya.
Jom kita baca di bawah~
5 Teknik Mudah Boleh Buatkan Anda Menjadi Mak Ayah Yang ‘Awesome‘
1. Banyakkan Senyuman & Sentiasa Bercakap Dengan Lemah Lembut
Ada waktunya kita perlu bertegas tapi bukan bermakna kita mesti menengking si kecil tu. Ada kanak-kanak yang suka sangat terjerit-jerit. Sebenarnya sifat tu boleh jadi diwarisi daripada mak ayah yang kerap meninggikan suara bila bercakap.
2. Jaga Perkataan Yang Keluar Dari Mulut Kita
Tak kiralah walaupun waktu tu kita tengah marah sangat-sangat, apa sahaja yang dilontarkan oleh lidah mak ayah, akan jadi doa yang beri kesan berpanjangan dalam hidup anak kita tu.
3. Selalu Peluk & Cium Anak
Pelukan dan ciuman akan buatkan dia rasa disayangi serta dihargai. Hatinya terasa dekat dengan mak ayah dia. Akhirnya apa saja yang kita nasihatkan mudah untuk dia dengar dan taat.
4. Banyakkan Bercerita Dengan Si Kecil & Dengar Juga Cerita Mereka
Kita tak nak jadi mak ayah yang leka dengan dunia sendiri hingga anak lebih cenderung ceritakan masalah dengan orang luar.
5. Lakukan Dulu Apa Yang Kita Mahu Anak Lakukan
Nak anak rajin belajar, kena tunjukkan yang kita pun rajin cari ilmu baru. Nak anak rajin baca Quran, kita dulu yang kena selalu baca Quran.
Nak anak ringan tulang rajin berkemas, kita pun sama kena ringan tulang dan selalu ajak anak kemas bersama.
Nak tak nak, wajib pesan pada pasangan masing-masing. Si kecil kita tu boleh jadi susah nak dengar apa yang kita cakap tapi mereka mudah benar nak tiru apa yang kita selalu buat. Jom sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu.
Jadi, bagaimana Mama? Sekarang boleh la jadi ibu bapa yang ‘awesome’ selepas dapat tahu teknik-teknik ini! Terima kasih Dr Luqman atas perkongsian yang bermanfaat ini. Moga-moga Mama dapat praktikkan selepas ini!
Selamat mencuba!
Pesan Mama Siti:
Banyak telah dikongsikan oleh Dr Luqman. Bagi Mama yang sudah melakukannya, syabas buat anda! Mama Siti doa yang terbaik untuk semua Mama diluar sana, semoga sabar dengan anak-anak dan menjadi contoh yang terbaik buat mereka!
Kredit: Twitter Ahmad Luqman Bukhari