KelabMama

TEKANAN PERASAAN DI TEMPAT KERJA PENYUMBANG PENYAKIT

Tekanan perasaan terhasil apabila kuasa luaran bertindak ke atas sebuah struktur, sistem atau organisma dan mengganggu keseimbangan atau menghasilkan tekanan. Dalam erti kata lain, tekanan perasaan terhasil akibatkan sebarang faktor emosi, fizikal, sosial, ekonomi atau faktor-faktor lain yang memerlukan tindakbalas atau perubahan. Secara amnya ramai berpendapat bahawa sedikit tekanan tidak mengapa (kadangkala tekanan ini dikenali sebagai cabaran atau tekanan positif) tetapi apabila tekanan berlaku melebihi jumlah yang mampu ditanggung, perubahan mental dan fizikal mungkin berlaku.

                Tekanan di tempat kerja mungkin berpunca daripada pelbagai perkara atau cuma satu kejadian. Ia mampu memberi kesan terhadap pekerja dan majikan itu sendiri. Menurut Persatuan Kesihatan Mental Canada:

                Sedikit tekanan adalah normal. Sebenarnya, ia memberikan tenaga dan motivasi untuk mengatasi cabaran di rumah dan di tempat kerja. Tekanan dalam situasi begini membantu anda memperbaiki diri untuk mengatasi cabaran dan mencapai matlamat seperti tarikh akhir, sasaran jualan atau pengeluaran serta mencari pelanggan baru. Sebahagian orang tidak memandang keadaan ini sebagai tekanan kerana setelah berjaya mengatasi cabaran, mereka akan merasa kepuasan dan kegembiraan. Walau bagaimanapun, terlalu banyak tekanan akan menghasilkan impak yang negatif. Apabila perasaan kepuasan bertukar menjadi perasaan keletihan, kekecewaan atau ketidakpuasan, atau apabila cabaran tempat kerja menjadi terlalu berat, kesan negatif akibat tekanan mula menonjol.

FAKTOR TEKANAN

Tekanan mempunyai impak terhadap kesihatan pekerja secara keseluruhan. Badan kita dicipta dengan tindakbalas automatik terhadap tekanan. Sistem ini amat berkesan untuk tindakbalas jangka pendek “fight or flight” yang dieperlukan untuk menghadapi situasi bahaya. Masalahnya badan kita bertindakbalas terhadap semua jenis tekanan dengan cara yang sama. Sekiranya kita menghadapi tekanan untuk jangkamasa yang lama (seperti tekanan pada aras yang rendah tetapi secara konsisten di tempat kerja) akan mengaktifkan tindakbalas ini tetapi tidak memberi peluang untuk badan memberhentikannya.

KESAN TEKANAN PERASAAN

KAEDAH TANGANI TEKANAN DI TERMPAT KERJA

Sumber: www.mmgazette.com – Dr. Lim Jac Fang