KelabMama

Tanpa Gula & Kafein, Babyccino Minuman Pilihan Untuk Si Manja

Tanpa Gula & Kafein, Babyccino Minuman Sihat Untuk Si Manja

Kalau dulu, tiap kali Mama Siti beli minuman di Starbucks, terfikir juga tak ada ke minuman yang sesuai untuk anak Mama Siti? Yalah, kalau dah nama pun bawah 2 tahun, takkan awal-awal nak disuap kopi. Kalau di luar negara, mereka ada jual satu minuman yang dinamakan ‘Babyccino’, minuman khas untuk baby. Tapi itulah, ada ke kat Malaysia ni?

Ha, buat pengetahuan mama semua, rupanya Starbucks ada menjual/sediakan minuman ‘Babyccino’. Ingatkan kat luar negara saja ada.

Menurut sebuah posting di Facebook Happy Baby Foods Malaysia oleh Shezz Yusof, minuman ‘Babyccino’ di Starbucks ni sebenarnya adalah susu suam yang ditabur dengan serbuk koko dan/atau serbuk kayu manis.

Dan yang paling seronok tu, ianya boleh didapati secara PERCUMA tapi di sesetengah outlet sajalah, seperti yang dikongsikan dalam posting ni.

Pengambilan kafein dalam kopi boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan kalsium yang memberi kesan kepada perkembangan fizikal dan kesihatan tulang kanak-kanak.

Nak share, kalau mak ayah lepak Starbucks mesti anak pun teringin nak minum kan? So, untuk anak yang 1 year old and above, bolehlah order “BABYCCINO” ni hehe.

Jangan risau sebab no sugar, no coffee sebab dia hanyalah warm milk dan ditabur atas tu dengan cinnamon powder or/and unsweetened cocoa powder. Dan saya tanya barista, mereka menggunakan FULL CREAM MILK.

Yang penting, IT’S FREE hehe. 

**DISCLAIMER : MAYBE SESETENGAH OUTLET SAJA YANG FREE YA. AND SEPANJANG SAYA ORDER, TAK PERNAH BAYAR. DAN KESEMUANYA ADALAH DI BRANCH YANG BERLAINAN**

Babyccino menjadi pilihan ibubapa untuk anak-anak kerana ia dibuat dengan hanya susu suam dan ditabur bersama serbuk koko dan / atau serbuk kayu manis yang ditabur diatasnya.

Mesti Anak Teruja

Tengok gambar pun nampak sedap kan? Kalau sesekali mama bawa anak mama ke Starbucks dan order ‘babyccino’ ni, mestilah anak mama pun teruja kan bila dapat minuman macam ni? Selalunya boleh jamu mata saja, sekarang dah ada minuman sesuai untuk si manja.

Kalau mama google dan survey FB page Starbucks pun, rupanya memang ada menu ni. Cuma mungkin di Malaysia ia belum popular seperti di luar negara.

Pengambilan amaun kafein yang sedikit boleh memberi kesan yang besar kepada kanak-kanak.

Menurut Starbucks Malaysia, walaupun minuman ini diberi secara percuma namun ianya bergantung pada keadaan kerana ia penjualan percuma ‘babyccino’ bukanlah polisi rasmi mereka.

Jadi, buat parents yang singgah Starbucks dan nak order minuman ni untuk si manja, tanyalah dulu pada outlet tersebut sebelum order.

Kalau dulu order hot chocolate sebab tak ada pilihan lain, mama dengan papa dah boleh cuba order Babyccino ni dekat Starbucks untuk anak-anak. Cuba tukar selera mereka.

Lagi pun, minuman yang tak ada gula , tak ada kopi, ianya lagi berkhasiat kan?

Sumber: Shezz Yusof via Happy Baby Foods Malaysia

BACA JUGA RESEPI CUPCAKE TANPA GULA UNTUK SI MANJA

Pesan Mama Siti:

Buat ibubapa yang kaki Starbucks tu, sekarang dah bolehlah lepak dengan anak-anak di sana! Dah tak perlu bawa susu siap-siap dari rumah, sebab dah boleh order Babyccino! Ha, free pun free. Tapi jangan lupa tanya setiap outlet yang mama dengan papa singgah ye?