Raya Cina kalau tak ada tanglung atau lantern memang tak lengkap lah. Sekarang pun kita dah boleh tengok dekat mall, kedai atau rumah-rumah dah mula gantung tanglung ni.
Sekarang lantern ni ada ada pelbagai design dan warna yang kita boleh tengok. Menarik kan, tapi Mama tau tak nak buat lantern DIY pun boleh tau.
Simbolik Tanglung dalam Masyarakat Cina
Tanglung ni ada makna simbolik dalam masyarakat Cina tau. Tanglung dikaitkan dengan Pesta Tanglung atau Shangyuan Festival, yang biasanya akan disambut pada malam bulan purnama bulan lunar kelapan.
Simbol tanglung dalam budaya Cina ni dianggap sebagai simbol keberuntungan dan kesejahteraan. Bentuknya yang bulat dan penuh dari tanglung melambangkan kelimpahan, kebahagian dan kejayaan.
Festival Tanglung ni akan merayakan bulan purnama dan tanglung digunakan sebagai alat untuk menghormati dan memuja bulan. Bulan ni pula dianggap sebagai simbol kebijaksanaan dan kecantikan.
Selalunya festival Tanglung akan dirayakan bersama dengan keluargan dan kawan-kawan. Lantern akan menjadi simbol persatuan keluarga dan kebersamaan. Mereka percaya apabila berkumpul bersama-sama di bawah bulan purnama akan membawa keberuntungan dan kebahagiaan.
Sudah pastinya, lantern menjadi tradisi dan warisan budaya Cina. Ornamen dan desain pada tanglung ni mencerminkan seni tradisional Cina dan dianggap sebagai cara untuk menjaga serta merayakan budaya mereka ini.
Tanglung DIY Bersama Anak-anak
Mama Siti nak share tanglung DIY yang Mama boleh buat bersama-sama anak-anak.
1. Tanglung Naga
Bahan-bahan
- Kotak
- Kertas warna glitter
- Kertas warna biasa
- Botol air saiz besar
- Gam uhu
- Pembaris panjang
- Lampu hiasan
Cara membuat:
- Mula-mula lakarkan muka, kepak dan ekor naga pada kotak.
- Setelah Mama siap potong lakaran dekat kotak, Mama tampal kertas glitter pula.
- Untuk bahagian muka terpulang pada kreativiti Mama nak hias macam mana ye.
- Kemudian, gunting kertas glitter tadi mengikut saiz ukuran pembaris untuk badan naga dan lekatkan pada botol yang telah Mama potong.
- Bila dah siap gam bahagian badan, Mama lekatkan muka, kepak dan ekor naga pula.
- Bila naga dah siap, Mama dah boleh letak lampu dalam botol.
- Dan tanglung naga dah siap.
Nota: Make sure semua yang Mama lekatkan tadi melekat dengan baik ye.
Tutorial: TikTok realmummyliz
2. Tanglung
Bahan-bahan
- Kertas warna
- Gunting
- Gam
Cara membuat:
- Mama gunting kertas yang Mama print pada bahagian kotak yang besar dahulu.
- Kemudian, Mama lipatkan dua bahagian dulu sebelum Mama gunting pada garis-garis kecik dengan cermat.
- Bila dah siap gunting, Mama gulung kertas selepas itu, Mama gamkan kertas pada hujung kertas dengan hujung satu lagi.
- Bila dah lekat elok, Mama gunting bahagian pemegang pula. Mama lekatkan pemegang di bahagian dalam.
Nota: Kalau Mama tak ada printer, Mama boleh lukis garis-garis mengikut tutorial.
Tutorial: YouTube SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA
3. Tanglung Lampu
Bahan-bahan
- 2 keping kertas A4 warna – warna berbeza
- Washi tape
- Gunting
- Gam
- pensil
- Pembaris panjang
- Lampu kelip-kelip
Cara membuat:
- Mama ambik satu kertas warna, lipat memanjang dan gunting garis-garis kecik-kecik. Mama gunting tepi sikit sampai habis.
- Ambil kertas warna satu lagi kemudian Mama gamkan. Pastikan Mama tak gam sampai ke hujung kertas ye, make sure bahagian tengah longgar.
- Mama gunting bahagian atas yang Mama gam tadi supaya nampak kemas. Mama jangan buang tau, sebab lebihan kertas untuk kita buat jadi pemegang nanti.
- Kemudian, Mama tampalkan washi tape pada bahagian atas dan bawah.
- Bahagian tepi pula Mama lekatkan dengan bahagian tepi satu lagi.
- Mama gunting sedikit lebihan kertas tadi supaya nampak kemas sedikit, dan lekatkan pada mana-mana bahagian untuk dijadikan pemegang.
- Mama boleh letak lampu kecik bahagian tengah, Mama nak buat tapak pun boleh untuk nampak lebih kemas.
Nota: Kalau Mama tak ada washi tape, Mama boleh guna kertas warna untuk tampal bahagian atas bawah mengikut kreativiti Mama nak buat corak apa.
Tutorial: Craftastic
Senang je kan DIY lantern ni, nanti boleh hias dalam bilik anak-anak atau boleh jadikan lampu tidur hasil daripada DIY anak-anak.
Cuti nanti boleh lah Mama ajak anak-anak buat lantern ni, Mama tak perlu nak beli bahan lain guna bahan apa yang Mama ada di rumah je. Sesekali buat aktiviti macam ni dengan anak-anak seronok jugak Mama.
Dapatkan lebih banyak informasi DIY dan dekorasi di SINI.