KelabMama

Tips Tangani Amukan Si Kecil Berusia 15 Bulan Hingga 4 Tahun

Melihat si kecil yang menangis tanpa henti sambil berbaring di lantai sudah tentu membuatkan hati ibu panas dan marah. Apatah lagi sekiranya berlaku di khalayak ramai. Apabila dipujuk semakin kuat pula tangisannya. Malah tiada tanda-tanda mahu berhenti menangis. Sebagai ibu tentu saja anda malu dengan tingkah laku ditunjukkan anak anda. Takut pula dengan andaian yang anda tidak tahu menjaga anak. Apakah yang harus dilakukan? Tantrum atau mengamuk adalah perkara biasa yang berlaku kepada kanak-kanak berusia 15 bulan hingga empat tahun. Ia biasa berlaku apabila si kecil menunjukkan rasa tidak senang pada suatu objek atau lingkungannya. Pada umumnya tantrum terbahagi kepada tiga kategori iaitu pada usia di bawah tiga tahun yang ditunjukkan dengan tangisan diikuti pukulan, jeritan atau menendang sesuatu bahkan dalam keadaan yang lebih teruk kanak-kanak ini biasanya akan melentur-lenturkan badan dan kepalanya ke tembok. Kategori kedua pada usia tiga hingga empat tahun apabila kanak-kanak pada usia begini menunjukkan ekspresi kemarahan yang diungkapkan dengan merengek, marah sehingga menghentak-hentakkan kakinya manakala terakhir pada usia lima tahun ke atas apabila mereka memarahi diri sendiri, memukul apa yang ada di sekeliling sehingga merosakkan barang yang ada di sekitarnya.

Untuk mengetahui penyebab tantrum, kita perlu mengetahui pola asuhan ibu bapa. Misalnya perilaku ibu bapa yang mungkin boleh ditiru anak dan komunikasi di antara ibu dan anak. Dalam hal ini ibu bapa akan menerap­kan pola komunikasi yang baik dalam membentuk hubungan bersama anak bagi menghindari ekspresi tantrum pada anak. Lihat tantrum secara positif. Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan. Ia juga peluang yang baik bagi ibu bapa untuk mengajar anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.

 

APA YANG PERLU IBU BAPA DILAKUKAN JIKA TANTRUM BERLAKU?

 

 

 

Sumber: Perunding Kanan (Pendidikan & Keibubapaan) Ikhwah Training & Resources Nur Firdaus Abdul Razak & Harian Metro