KelabMama

Kenali Tanda Waqaf untuk Bacaan Al-Quran yang Sempurna

tanda waqaf

Tanda waqaf adalah simbol-simbol yang digunakan dalam al-Quran untuk menunjukkan tempat-tempat yang sesuai untuk Mama Papa berhenti atau meneruskan bacaan.

Ia memainkan peranan penting dalam memastikan bacaan al-Quran dilakukan dengan betul, mengikut tajwid yang tepat, serta menjaga maksud ayat agar tidak disalah tafsir.

Tanda-tanda ini juga membantu dalam memudahkan pemahaman ayat-ayat yang dibaca, serta memberi ruang bagi Mama Papa untuk lebih menghayati setiap kalimah yang dilafazkan.

Apa Itu Tanda Waqaf?

Tanda waqaf merujuk kepada simbol-simbol yang digunakan dalam al-Quran untuk menunjukkan panduan yang membantu Mama Papa menentukan di mana perlu berhenti, sambung, atau berhenti sejenak dalam bacaan al-Quran untuk memastikan ayat dibaca dengan betul tanpa mengubah maksudnya.

Tanda waqaf ini berfungsi untuk menjaga intonasi dan maksud sebenar sesuatu ayat al-Quran. Dengan mengikuti tanda ini, Mama Papa dapat memahami mesej Allah dengan lebih tepat.

Selain itu, tanda ini juga memudahkan Mama Papa memahami konteks ayat, terutama apabila membaca al-Quran dalam satu nafas panjang atau ketika berhenti sebentar.

Dengan memahami tanda-tanda ini, Mama Papa dapat membaca al-Quran secara tertib, mengelakkan salah faham, dan memastikan bacaan mengikuti aturan tajwid serta makna yang benar.

13 Jenis Tanda Waqaf

Kredit Gambar: Taqwa.my

1. Waqaf Lazim (مـ)

Tanda baca (م) bermaksud Mama Papa diutamakan untuk berhenti.

Huruf mim kecil ini juga digunakan untuk tanda tajwid iqlab. Walaupun menggunakan simbol yang sama, maksud dan cara bacaannya berbeza.

Cara untuk Mama Papa membezakan antara keduanya adalah melalui panjang atau pendek ekor mim kecil itu. Tanda iqlab bersimbol mim kecil berekor panjang (م), manakala tandanya pula simbol mim kecil berekor pendek (مـ). Jadi, Mama Papa jangan keliru ya.

Contoh ayat:

إِنَّمَا يَسْتَجِيبُ ٱلَّذِينَ يَسْمَعُونَ ۘ وَٱلْمَوْتَىٰ يَبْعَثُهُمُ ٱللَّهُ ثُمَّ إِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

Surah Al-An’am: 36

2. Waqaf laa washal (لا)

Tanda waqaf laa washal (لا) maksudnya tidak boleh berhenti.

Mama Papa boleh temui tanda ini (لا) sama ada di penghujung atau pertengahan ayat. Jika di hujung ayat, Mama Papa boleh berhenti atau meneruskan sahaja bacaan.

Tetapi jika di pertengahan ayat, jangan sesekali berhenti pada kalimah yang mempunyai tanda ini.

Contoh ayat:

لْاَنْۢبِيَاۤءَ بِغَيْرِ حَقٍّۙ وَّنَقُوْلُ ذُوْقُوْا

Surah Ali Imran: 181

ٱلَّذِينَ تَتَوَفَّىٰهُمُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ طَيِّبِينَ ۙ يَقُولُونَ سَلَـٰمٌ عَلَيْكُمُ ٱدْخُلُوا۟ ٱلْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Surah An-Nahl: 32

3. Tanda Waqaf Jaiz (ج)

Tanda waqaf (ج) bermaksud berhenti atau boleh meneruskan membaca; kedua-duanya dibolehkan tanpa mengubah maksud.

Waqaf jaiz disimbolkan dengan huruf jim. Ia bermaksud anda boleh berhenti atau meneruskan bacaan.

Contoh ayat:

أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّا ٱللَّهَ ۚ إِنَّنِى لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ

Surah Hud: 2

وَ الَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْكَ وَمَآ اُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ ۚ وَبِالْاٰخِرَةِ ھُمْ يُوْقِنُوْنَ

Surah Al-Baqarah: 2

4. Waqaf Waslu Ula (صلى)

Tanda waqaf waslu ula (صلى) bermaksud diutamakan untuk meneruskan.

Kalau Mama Papa jumpa tanda waqaf waslu ula, diperbolehkan untuk berhenti atau melanjutkan. Tetapi lebih diutamakan lagi untuk Mama Papa meneruskan bacaan tanpa mewaqafkannya adalah lebih baik.

Contoh ayat:

مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ ەۙ الْخَنَّاسِۖ

Surah An-Nas: 4

5. Waqaf Mujawwaz (ز)

Tanda waqaf (ز)  bermaksud diutamakan untuk melanjutkan bacaan. Untuk tanda mujawaz (ز) ini Mama Papa boleh terus meneruskan membaca.

Contoh ayat:

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۖ (ز) فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ

Surah Al-Baqarah: 86

6. Waqaf Waqfu Aula (قال)

Tanda waqaf (قال) bermaksud diutamakan berhenti. Apabila pada ayat Al Quran terdapat tanda waqaf (قال), lebih baik diutamakan untuk berhenti pada kata yang terdapat tanda tersebut.

Contoh ayat:

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوْٓا اَيْدِيَهُمَا جَزَاۤءًۢ بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِّنَ اللّٰهِ ۗوَاللّٰهُ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ

Surah Al-Maidah: 38

7. Waqaf Mutlaq (ط)

Tanda waqaf (ط) bermaksud perlu berhenti. Jadi, apabila Mama Papa jumpa tanda (ط) pada bacaan, boleh berhenti, tetapi lebih baik teruskan membaca.

Contoh ayat:

وَلِلَّذِيۡنَ كَفَرُوۡا بِرَبِّهِمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ‌ؕ وَبِئۡسَ الۡمَصِيۡرُ

Surah Al-Mulk: 6

خَتَمَ اللّٰهُ عَلَىٰ قُلُوۡبِهِمۡ وَعَلٰى سَمۡعِهِمۡ‌ؕ وَعَلٰىٓ اَبۡصَارِهِمۡ غِشَاوَةٌ وَّلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيۡمٌ

Surah Al-Baqarah: 7

8. Waqaf Qobih (ق)

Tanda waqaf (ق) bermaksud diutamakan untuk meneruskan membaca. Apabila pada ayat Al Quran terdapat tanda waqaf (ق) ini, lebih baik Mama Papa teruskan bacaan.

Contoh ayat:

وَاَّلذِيْنَ اَشْرَكُوْا ق اِنَّ اللهَ يَفْصِلُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ

 Surah Al-Haj: 17

وَهَٰذَا كِتَابٌ مُصَدِّقٌ لِسَانًا عَرَبِيًّا لِيُنْذِرَ الَّذِينَ ظَلَمُوا (ق) وَبُشْرَىٰ لِلْمُحْسِنِينَ

Surah Al-Ahqaf: 12

9. Waqaf Kadzalik (ﻙ)

Tanda waqaf (ﻙ) bermaksud sama dengan waqaf sebelumnya. Jadi apabila Mama Papa jumpa tanda waqaf (ﻙ) ini, Mama Papa perlu menyamakan dengan tanda sebelumnya.

Contoh ayat:

وَإِنْ تَفْعَلُوا فَإِنَّهُ فُسُوقٌ بِكُمْ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Surah Al-Baqarah: 282

10. Waqaf murakhas (ص)

Bila Mama Papa membaca Al-Quran dan bertemu dengan tanda waqaf murakhas, adalah lebih baik jika Mama Papa tidak berhenti.

Selama tidak menemukan alasan untuk berhenti atau kita kehabisan nafas kerana ayat yang panjang, Mama Papa boleh meneruskan bacaan.

Namun begitu, diperbolehkan untuk berhenti jika keadaan darurat tanpa mengubah makna dan maksud sama sekali.

Contoh ayat:

وَابْتَغُوْا مَاكَتَبَ اللهُ لَكُمْ ص وَكُلُوْاوَاشْرَبُوْا

Surah Al-Baqarah: 187

أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

Surah Al-Baqarah: 157

11. Waqaf Muraqabah (:.__:.)

Mama Papa akan jumpa simbol titik segitiga ini dua kali dalam sesebuah ayat. Ia bermaksud Mama Papa perlu berhenti pada salah satu tanda sahaja.

Sekiranya Mama Papa berhenti pada tanda yang pertama, tak boleh berhenti pada tanda yang kedua. Begitu juga sebaliknya. Mama Papa tak dibenarkan menghentikan bacaan pada kedua-dua tanda.

Contoh ayat:

ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Surah Al-Baqarah: 2

12. Tanda Saktah (س)

Simbol huruf sin ini bermaksud Mama Papa perlu berhenti seketika tanpa bernafas.

Mama Papa jumpa simbol sin ini, perlu berhenti sejenak selama 2 harakat tanpa bernafas sebelum menyambung semula bacaan. Tanda waqaf ini Mama Papa hanya boleh temui pada 4 tempat sahaja dalam Al-Quran.

Contoh ayat:

قَالُوا۟ يَـٰوَيْلَنَا مَنۢ بَعَثَنَا مِن مَّرْقَدِنَا ۜ  ۗ هَـٰذَا مَا وَعَدَ ٱلرَّحْمَـٰنُ وَصَدَقَ ٱلْمُرْسَلُونَ

Surah Yaasiin: 52

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ ٱلْكِتَـٰبَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُۥ عِوَجَا ۜ  ﴿الكهف:١

Surah Al-Kahfi: 1

Kelebihan Tanda Waqaf

Tanda waqaf dalam al-Quran mempunyai banyak kelebihan yang membantu Mama Papa dalam memastikan bacaan yang betul dan memahami maksud ayat dengan tepat.

Ia berfungsi sebagai panduan untuk menentukan tempat berhenti, menyambung, atau berhenti sejenak dalam bacaan, sekali gus menjaga kejelasan mesej yang ingin disampaikan.

Dengan adanya tanda waqaf, Mama Papa dapat mengelakkan kesalahan makna yang mungkin berlaku jika berhenti di tempat yang tidak sesuai.

Selain itu, ia turut memelihara keindahan bacaan, menjadikan alunan bacaan lebih tertib dan harmoni. Tajwid juga meningkatkan penghayatan Mama Papa terhadap maksud ayat, membantu memahami mesej al-Quran dengan lebih mendalam.

Bagi Mama Papa yang sedang mempelajari tajwid, tanda waqaf memberikan panduan berguna untuk memahami kaedah berhenti dan menyambung bacaan.

Di samping itu, tanda ini sangat memudahkan Mama Papa yang memerlukan jeda nafas semasa membaca, tanpa mengganggu kesinambungan maksud ayat.

Secara keseluruhan, tanda waqaf memainkan peranan penting dalam menjaga kesempurnaan dan keindahan bacaan al-Quran.

Dengan memahami dan mengikuti tanda waqaf, kita bukan sahaja dapat menjaga maksud ayat, tetapi juga menikmati keindahan bahasa al-Quran yang luar biasa.

Mama papa tidak pernah terlambat untuk belajar tajwid kerana ilmu ini boleh dipelajari pada bila-bila masa, asalkan ada niat dan usaha.

Selain itu, Mama Papa juga boleh ajarkan anak-anak dari kecil lagi supaya mereka diberikan pendedahan awal dan mempelajari tajwid dengan mudah.

Dengan cara ini, keluarga Mama Papa dapat bersama-sama memperbaiki bacaan al-Quran dan meraih keberkatan-Nya.


Bagaimana cara untuk Mama Papa mandi wajib yang sah? Klik di SINI.