Lapisan kulit berwarna yang wujud pada kulit manusia ini pada dasarnya tidak perlu dibimbangkan kerana ia mungkin menunjukkan tanda lahir. Namun kita perlu ambil tahu sebarang tanda-tanda yang ada pada diri sendiri dan keluarga.
Kebanyakkan tanda lahir tidak berbahaya dan hanya menganggu penampilan sahaja jika ia tumbuh di muka dan lengan. Ada juga tanda lahir yang perlu diperiksa segera kerana ia mungkin mempengaruhi
Apa Itu Tanda Lahir?
Menurut American Academy of Pediatric (AAP) tanda lahir ialah bintik-bintik berwarna yang muncul semasa lahir atau berkembang sejurus selepas lahir.
Bentuk, saiz dan warna setiap orang pun berbeza. Mama Siti sendiri belum jumpa orang yang ada ciri-ciri tanda lahir yang serupa dengan orang lain.
Ia boleh terhasil dalam warna coklat, hitam dan merah muda. Wujudnya pula sama ada rata pada kulit atau timbul di atas kulit. Tempat-tempat yang selalu terdapatnya tanda lahir ialah di bahagian muka, leher dan badan.
Secara umumnya, tanda lahir atau tahi lalat tidak memudaratkan seseorang. Namun untuk sesetengah kes, tanda lahir boleh mempengaruhi kesihatan jika tidak dirawat.
Jenis-Jenis Tanda Lahir Bayi dan Orang Dewasa
Tanda lahir terbahagi kepada dua kategori berbeza. Pertama, tanda lahir berpigmen. Manakala yang kedua, tanda lahir vaskular.
Setiap satu kumpulan tanda lahir pula dipecahkan kepada tiga jenis berdasarkan kepada ciri-ciri unik seperti warna, bentuk dan tekstur.
#1 Berpigmen
Makna tanda lahir berpigmen ialah bintik-bintik yang terbentuk daripada pengumpulan sel melanosit iaitu bahan pewarna semulajadi pada satu kawasan kulit tertentu.
Ciri-ciri tanda lahir berpigmen ialah berwarna gelap iaitu dari kumpulan warna hitam dan coklat. Ia terbahagi kepada tiga jenis tanda lahir berbeza termasuklah tahi lalat.
- Tahi Lalat
Warna yang sering kelihatan ialah hitam dan ada juga berwarna coklat. Bentuknya boleh rata atau sedikit timbul dan kadang-kala ditumbuhi rambut. Tahi lalat yang muncul sejak lahir secara amnya tidak berbahaya.
- Mongolian Spot (Neurofibromatosis)
Boleh dikenal pasti dengan warna ungu kebiruan dan muncul di belakang badan dan punggung. Sama persis seperti kesan lebam. Silap hari bulan, orang fikir kita ini mangsa penderaan fizikal pula.
- Bintik Kopi Susu (Café Au Lait)
Café au lait ialah bintik cela berwarna coklat muda dan selalunya berbentuk bujur. Disebabkan ianya tidak mempengaruhi kesihatan, Mama boleh biarkan saja ia terus kekal pada kulit.
Tetapi jika lokasinya mengganggu penampilan, Mama boleh menghilangkannya di klinik perubatan berdaftar di seluruh Malaysia.
#2 Vaskular
Kewujudannya sejak lahir mungkin membimbangkan pasangan ibu bapa kerana risau anak mereka menghidapi masalah kesihatan tertentu.
Secara saintifiknya tanda lahir vaskular terjadi disebabkan saluran darah yang tidak normal di dalam atau di bawah kulit. Terdapat tiga jenis tanda lahir yang tergolong dalam kategori tanda lahir vaskular.
- Port Wine
Berwarna ungu kemerahan, tidak timbul dan wujud rata. Semakin meningkat usia, warnanya menjadi semakin gelap, bercorak dan lebih tebal.
Berdasarkan perkongsian My Health, tanda lahir port wain berlaku dalam 0.1 % hingga 0.3% daripada jumlah bayi yang baru lahir.
- Haemangioma
Berwarna merah, timbul di atas kulit dan bertekstur seperti buah strawberi. Tanda lahir ini mula muncul berwarna merah yang samar-samar ketika bayi berusia satu hingga empat minggu.
Ia akan terus membesar hingga bayi berusia antara enam bulan hingga satu tahun.
- Stork Bites
Berwarna merah muda (pink), bertompok di belakang leher, dahi atau kelopak mata. Namun begitu, Mama tidak perlu bimbang kerana stork bites akan mulai hilang ketika bayi berusia satu tahun.
Adakah Ia Membahayakan Kesihatan?
Ya Mama, perkara itu boleh berlaku pada kedua-dua kategori tanda lahir. Individu yang mempunyai tanda lahir jenis neurofibromatosis dan haemangioma berisiko merosotkan tahap kesihatan mereka.
Sebab-Sebab Neurofibromatosis dan Haemangioma Berbahaya?
Dalam kategori tanda lahir berpigmen, mongolian spot sebenarnya lebih bahaya kerana ia melibatkan sistem saraf. Lebih-lebih lagi jika tanda lahir neurofibromatosis ditumbuhi bulu di atasnya.
Mereka perlu segera berjumpa doktor supaya boleh dirujuk kepada pakar saraf untuk diperiksa saluran saraf dan menilai kadar metabolisme.
Haemangioma ialah saluran darah yang timbul pada kulit. Oleh itu, ianya sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan pendarahan yang disengajakan atau tidak disengajakan.
Boleh jadi seseorang tergesel secara tidak sengaja dan kemudian memecahkan saluran darah pada tanda lahir itu lalu mengalirkan darah.
Kapilari darah yang terdedah mungkin menyebabkan jangkitan kuman masuk ke dalam sistem badan dan mengganggu kadar metabolisme seseorang.
Kita harus cakna dengan sebarang kelainan ada pada kulit. Jika terdapat tanda lahir berwarna hitam dan coklat, Mama boleh tarik nafas lega kerana ianya tidak membahayakan kesihatan.
Sebaliknya, jika ada tanda lahir yang berwarna merah dan timbul, jangan berlegah lagi untuk berjumpa doktor. Risau pula kalau ada kesan sampingan lain di kemudian hari.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Mama masih keliru dengan perkembangan dan keperluan bayi? Baca di SINI untuk info.