KelabMama

Tanda-tanda Keguguran Bakal Mama Perlu Tahu

Berita kehamilan pastinya satu khabar yang menggembirakan bagi setiap pasangan. Apatah lagi bagi mereka yang memang menanti-nantikan kehadiran anak sulung untuk menceriakan rumahtangga. Namun, dalam keterujaan, kebanyakan bakal mama pasti akan terganggu dengan kerisauan keguguran dan ada juga yang tak tahu macam mana tanda keguguran terutamanya bagi yang pertama kali hamil.

Dalam artikel kali ini Mama Siti akan kongsikan dengan bakal mama bagaimana nak kenal pasti sendiri tanda keguguran supaya bakal mama boleh bersedia dengan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku ketika hamil.

Kredit Parenting FirstCry

Mitos Tentang Keguguran

Banyak fakta berkenaan keguguran yang dicampuradukkan dengan mitos dan adat kepercayaan yang tak bersandar pada kajian saintifik. Ada mitos dan kepercayaan yang memang ada benarnya, tetapi ada juga yang mengelirukan. Sebaiknya, mama dapatkan nasihat dari pakar-pakar yang memang mahir dan mempunyai ilmu sebelum hendak mengamalkan atau meninggalkan sesuatu rutin berkenaan kehamilan ini. 

Antara mitos berkenaan dengan kehamilan yang sering kita dengar termasuklah: 

1. Gugur pertama kali, akan cenderung untuk gugur lagi

Keguguran bukanlah insiden yang berulang. Ramai wanita yang mengalami keguguran buat pertama kalinya berjaya untuk hamil selepas itu. Sebenarnya, hanya 1% kumpulan wanita je yang akan mengalami insiden berulang keguguran berikutnya selepas satu keguguran. 

Namun demikian, kajian saintifik menyatakan mama-mama yang pernah gugur sebelumnya, mempunyai kebarangkalian sebanyak 20% untuk gugur pada kehamilan berikutnya. 

2. Berlaku pendarahan bermakna bayi gugur

Semua sedia maklum yang apabila seseorang wanita itu hamil, bermakna dia tak akan didatangi haid. Jadi, apabila berlaku pendarahan sikit, mungkin ramai mama yang sedang hamil akan panik tak semena-menanya. Untuk pengetahuan mama, tak semua pendarahan yang berlaku ketika hamil tanda keguguran. Tapi jangan dibiarkan pula ya! Mama digalakkan untuk bertemu dengan doktor jika ada berlaku pendarahan luar biasa semasa kehamilan. 

Kredit Todays Parents

3. Tunggu 3 bulan selepas keguguran sebelum cuba untuk hamil sekali lagi

Mitos ini terang-terangan bukan fakta. Mama tak perlu menunggu sebegitu lama untuk hamil semula setelah mengalami keguguran. Mungkin ada yang menyarankan untuk menunggu selama 3 bulan kerana ingin menyediakan minda yang kuat dan hilang segala kemurungan serta lebih positif untuk menghadapi kehamilan berikutnya selepas keguguran sebelumnya. Tetapi, itu hanyalah satu andaian. Jika mampu untuk hamil, tak perlu tunggu sehingga 3 bulan. 

Ada banyak lagi mitos berkenaan keguguran ini. Jadi mama kenalah bijak untuk menilai yang mana fakta dan yang mana sekadar kepercayaan yang tak berasas. Tak bermakna mama kena tolak semua kepercayaan. 

Di samping itu, mama juga perlu mengambil tahu tanda-tanda keguguran supaya mama tahu apa yang perlu mama lakukan jika berada di situasi yang tak dijangka itu. 

Tanda-tanda Keguguran Yang Perlu Diberi Perhatian

Keguguran kebiasaannya berlaku di dalam trimester pertama, iaitu 12 minggu terawal kehamilan. Waktu ini, rahim masih berkembang untuk menyediakan tapak yang kukuh sementara kandungan pula di dalam proses untuk membesar setiap detik dan waktu.

Antara tanda keguguran yang perlu bakal mama tahu ialah :

1. Tompokan Darah atau ‘Blood Spotting’

Kehamilan membuatkan badan mama akan berhenti dari haid buat seketika sehinggalah melahirkan bayi. Tetapi, tak mustahil jika ada mama yang terlihat kesan tompokan darah atau ‘blood spotting’ secara tiba-tiba. Ini adalah perkara biasa di awal kehamilan. Namun demikian, mama digalakkan untuk memberitahu doktor yang merawat supaya dia dapat mengesan jika itu hanya tompokan normal atau tak. 

2. Sakit perut dan sakit belakang

Rasa sakit perut dan kekejangan di bahagian pelvis dan rahim juga adalah antara tanda awal keguguran. Kadang-kadang, rasa sakit itu akan melarat hingga ke tulang belakang. Sakit tulang belakang dan bahagian belakang yang keterlaluan dan berpanjangan juga adalah tanda-tanda awal keguguran. Mama berasa tak selesa dan tidur mama terganggu. Awal kehamilan bukanlah sebab menyebabkan mama rasa sakit sebegitu. Dapatkan nasihat pakar jika ianya tak hilang dalam masa 24 jam. 

3. Lelehan dari faraj

Lelehan yang keluar dari faraj juga antara tanda-tanda awal keguguran. Kadang-kadang, ianya lebih besar dari setompok darah, dan lebih kelihatan seperti ketulan daging. Mungkin ketulan itu adalah janin yang gugur dan mama kenalah segera ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.  

4. Lemah dan tak bermaya

Antara tanda keguguran adalah kelesuan dan rasa tak bermaya yang berpanjangan. Mama berasa letih dan lemah berhari-hari dan hanya mahu berehat sepanjang masa. Sakit badan dan lemah disebabkan badan mama cuba untuk bekerja-keras bertahan dengan semampunya, dan kadang-kadang belum lagi diberi rezeki untuk melahirkan bayi.

5. Demam dan tak sihat badan juga antara tanda keguguran

Keadaan fizikal yang lemah dan tak bermaya akan membuatkan antibodi mama menurun dan mudah dijangkiti penyakit. Jika dalam masa seminggu dua, mama kerap demam, selsema dan batuk-batuk, mungkin itu tanda awal keguguran dan bukan sekadar demam selsema biasa. 

Kredit The Hans

6. Berat badan menurun

Mama juga haruslah meletakkan penuh perhatian kepada perkembangan berat badan mama. Jangan risau jika berat badan meningkat kerana itu memanglah sesuatu yang dijangkakan. Tetapi jika di awal kehamilan, berat badan mama tiada pertambahan ketara, malah makin menurun, mungkin Mama ingin memantaunya dengan lebih mendalam.  

7. Berlaku kontraksi

Kontraksi hanya akan berlaku apabila mama sudah bersedia untuk melahirkan. Namun demikian, di akhir peringkat kehamilan, kontraksi boleh berlaku walaupun bayi belum bersedia untuk dilahirkan. Tetapi, jika di peringkat awal kehamilan, mama berasa seperti ada berlaku kontraksi dan kekejangan, mama harus pergi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. 

8. Tiada pergerakan bayi juga tanda keguguran

Bayi akan mula bergerak seawal 16 minggu. Walaupun keguguran biasanya berlaku semasa di trimester pertama, tak mustahil ada juga keadaan yang menyebabkan keguguran berlaku di trimester kedua. Jika mama berada di trimester kedua dan berasakan seperti pergerakan bayi kurang daripada biasa atau tiada langsung pergerakan, mama harus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. 

9. Tanda keguguran yang lain disebabkan ektopik

Keguguran juga boleh disebabkan oleh kehamilan ektopik. Kehamilan ektopik berlaku apabila persenyawaan antara sperma papa dan telur mama berlaku di luar rahim. Kehamilan sebegini tak boleh diteruskan kerana ia boleh membahayakan nyawa mama dan anak. Doktor terpaksa melakukan prosedur menggugurkan kandungan ini sebelum kandungan membesar ke peringkat berikutnya.  

10. Salah satu tanda keguguran disebabkan infeksi pada janin

Kadang-kadang, janin juga terpaksa digugurkan kerana infeksi. Infeksi pada janin boleh berlaku apabila bakteria atau kumam berjaya masuk ke dalam uri dan merencatkan tumbesaran kandungan. 

Faktor dan Risiko Untuk Keguguran

Keguguran boleh berlaku kepada sesiapa je. Menurut portal kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia,

8 hingga 20% wanita hamil terdedah kepada masalah keguguran. 80% daripada kes keguguran berlaku di trimester pertama kehamilan. 

Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan terjadinya keguguran termasuklah :

Selain daripada faktor yang dinyatakan, beberapa faktor yang berikut juga boleh menjadikan risiko keguguran lebih tinggi bagi seseorang yang sedang hamil:

Hamil atau keguguran semuanya adalah rezeki dan takdir Ilahi. Sebagai hambaNya, kita masih boleh terus berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar tan sebarang komplikasi. Namun begitu, mama yang sedang hamil haruslah mengambil perhatian penuh dan rehat yang mencukupi serta mengamalkan pemakanan yang berkhasiat bagi memastikan mama tak terdedah pada keguguran yang disebabkan oleh faktor yang boleh dielakkan seperti merokok, alkohol dan sebagainya.

Semoga bermanfaat.

BACA JUGA CARA UNTUK MENGANDUNG : 5 TIPS ANDA BOLEH CUBA

Pesan Mama Siti

Semoga proses kehamilan mama berjalan dengan lancar dan melahirkan bayi comel yang dinanti-nantikan.