Ramai tak Mama dekat sini yang selalu kembung perut dan muntah awal pagi? Mama rasa-rasa itu tanda awal mengandung ke atau perut masuk angin?
Kalau wanita yang sudah melahirkan bayi, mungkin mereka dapat bezakan sama ada itu petanda awal hamil atau sebaliknya. Bagi Mama yang baharu pertama kali hamil, mungkin keliru kan dengan tanda tanda perempuan mengandung terutama tanda awal mengandung 1 minggu.
Jadi Mama Siti rasa ada baiknya kalau Mama Siti kongsikan beberapa tanda orang mengandung melalui perkongsian kali ini. Bolehlah Mama semua jadikannya sebagai rujukan dan tak perlu lagi rasa was-was hamil ke tidak!
Jom Mama, kita lihat semua tanda tanda awal mengandung yang Mama Siti kongsikan di bawah ini!
Tanda Awal Mengandung Yang Ramai Keliru
Berikut adalah 10 tanda tanda awal mengandung iaitu:
#1. Haid Lewat Antara Tanda Awal Mengandung
Haid lewat adalah petanda awal hamil paling jelas dan paling biasa yang berlaku jika seseorang wanita itu mengandung. Jika Mama mempunyai kitaran haid yang teratur maka mudah untuk mengenalpasti kelewatan haid ini dan menjangkakan kehamilan.
Namun, jika sebaliknya agak sukar untuk memastikan adakah haid lewat ini merupakan petanda awal hamil atau tidak. Biasanya, ini adalah tanda awal mengandung sebulan.
Tetapi, janganlah lewat 1 hari Mama dah anggap Mama mengandung pula ya!
#2. Sakit Pada Payudara
Selain itu, jika Mama mengalami sakit dan rasa kejang pada payudara, ini mungkin juga boleh menjadi petunjuk atau tanda awal mengandung 1 minggu.
Perubahan hormon semasa menganduung boleh menyebabkan payudara anda menjadi lebih sensitif dan juga bengkak.
Oleh itu, pastikan Mama memilih bra yang bersesuaian untuk mengurangkan rasa sakit tersebut.
#3. Penat dan Letih Yang Berlebihan
Di samping itu, jika Mama merasa penat dan letih yang berlebihan juga adalah tanda orang mengandung yang paling biasa berlaku dalam kalangan wanita yang hamil.
Ini adalah antara tanda-tanda mengandung pada minggu pertama.
Tubuh menjadi penat dan letih kerana pada awal kehamilan ini tubuh Mama bekerja keras dan dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang mendadak.
#4. Mual dan Loya Petanda Awal Hamil
Bukan itu sahaja, malah Mama juga akan merasa mual dan loya pada awal kehamilan. Tanda2 awal mengandung ini adalah antara tanda yang biasa berlaku kepada kebanyakan wanita hamil.
Biasanya, ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ada juga yang mengalaminya sepanjang hari. Tanda awal mengandung ini sering dikaitkan dengan Morning Sickness.
#5. Sering Buang Air Kecil
Jika Mama mendapati diri Mama sering membuang air kecil berbanding biasa, Mama boleh cuba lakukan ujian kehamilan. Ini kerana, ini mungkin juga menjadi petanda awal hamil bagi Mama.
Ini berlaku disebabkan oleh peningkatan kadar aliran darah ke ginjal semasa kehamilan.
#6. Perubahan Dalam Selera Makan
Seterusnya tanda tanda perempuan mengandung adalah berlaku perubahan dalam selera makan.
Apabila Mama mengandung, perubahan hormon dalam tubuh boleh menyebabkan perubahan dalam selera makan Mama.
Mama mungkin akan terasa lapar atau tidak lagi suka makan makanan yang Mama suka. Mama juga mungkin akan menyukai makanan yang sebelum ini tidak Mama gemari.
Semua petanda awal hamil ini terjadi kerana perubahan hormon yang berlaku.
#7. Pertambahan Berat Badan
Antara tanda orang mengandung yang lain adalah Mama akan alami pertambahan berat badan. Pertambahan berat badan dalam kalangan wanita hamil adalah perkara biasa.
Pertambahan berat badan pada awal kehamilan boleh berlaku disebabkan oleh perubahan selera makan yang dialami oleh Mama.
Mama mungkin akan bertambah berat badan atau pun akan berkurang berat badan.
Hal ini kerana, pada awal kehamilan ramai wanita yang hilang selera makan tetapi tak kurang juga ada yang semakin bertambah selera makannya.
#8. Kembung dan Sembelit Tanda Awal Mengandung
Apabila seseorang itu mengandung, antara tanda2 awal mengandung yang mungkin dialami ialah kembung perut dan sembelit.
Ianya adalah tanda awal kehamilan yang biasa dan tidak membahayakan. Ini terjadi disebabkan oleh sistem penghadaman menjadi perlahan apabila mengandung.
Oleh itu, penting untuk Mama memakan makanan yang tinggi serat bagi membantu masalah ini.
#9. Perubahan Emosi Antara Tanda Awal Mengandung
Selain itu, perubahan emosi turut menjadi salah satu tanda tanda awal mengandung.
Perubahan hormon yang berlaku semasa mengandung boleh menyebabkan perubahan emosi yang mendadak. Mama mungkin akan mudah merasa sedih atau gembira tanpa sebab yang jelas.
Jadi, Mama harus tahu bagaimana untuk menguruskan emosi Mama supaya kandungan Mama tidak terganggu.
#10. Peningkatan Suhu Badan
Peningkatan suhu badan juga boleh menjadi tanda awal mengandung 1 minggu. Namun begitu, ramai yang tidak perasan akan petanda awal hamil ini.
Badan Mama akan terasa lebih panas berbanding biasa, namun, tidak demam. Ia disebabkan oleh peningkatan kadar hormon progesteron dalam tubuh wanita.
Setiap tanda orang mengandung adalah berbeza bagi setiap wanita. Terdapat juga tanda-tanda perempuan mengandung lain seperti sakit pinggang, tekanan darah rendah, kejang perut, sedikit pendarahan dan lain-lain lagi.
Namun, perlu diingat, walau bagaimana teruk sekalipun alahan dan dugaan yang perlu anda lalui sepanjang mengandung, nikmatilah setiap perjalanan mengandung ini kerana pastinya ianya akan menjadi memori yang tidak mungkin dilupakan demi sikecil di dalam perut.
Di kesempatan ini juga, Mama Siti nak ucapkan ribuan tahniah bagi Mama yang sedang mengalami tanda-tanda ini!
Dapatkan juga pelbagai lagi tips dan info berkaitan kehamilan di SINI!