KelabMama

Awas Dengan Tanda-tanda Ini! 6 Tanda Amaran & Simptom Menghidap Barah Payudara Yang Mama Harus Take Note

Barah payudara ataupun kanser payudara adalah kanser utama dalam kalangan wanita di negara kita. 1 dalam 19 wanita adalah berisiko berbanding 1 daripada 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Jom kita fahami dengan lebih lanjut tentang jenis kanser payudara, tanda dan simptom serta rawatan yang sewajarnya untuk Mama lakukan.

Apa Itu Kanser Payudara?

Untuk pengetahuan Mama, barah payudara adalah ketumbuhan malignan yang terbentuk daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara.

Ia akan terus berkembang serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekali gus memasuki saluran darah serta sistem limfa.

Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya.

Bagi payudara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur. Hormon estrogen bertanggungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel payu dara.

Ketidakimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser. Jom kita tengok apa simptom dan tanda-tanda yang Mama harus take note!

Tanda Amaran & Simptom Kanser Payudara

  1. Ketulan atau bengkak pada payudara
  2. Ketulan yang tak sakit, keras dan tidak sekata
  3. Ketulan yang sakit, lembut dan berbentuk bulat
  4. Bengkak pada sebahagian payudara
  5. Kulit mengecut seperti kulit limau
  6. Puting masuk ke dalam atau sakit
  7. Kemerahan atau kering pada puting atau kulit payudara
  8. Puting berair kekuningan atau berdarah selain susu
  9. Ketulan pada bahagian ketiak

Siapa Yang Berisiko?

Siapa yang berisiko untuk mendapat penyakit ini? Kalau Mama nak tahu ia terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

Antara faktor yang tidak boleh dikawal adalah:

  1. Umur – Wanita berumur 50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser berbanding wanita yang berumur muda.
  2. Jantina – Wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.
  3. Sejarah keluarga – Sekiranya Mama ada sejarah keluarga kanser payudara, Mama akan menjadi berisiko tinggi.
  4. Sejarah lalu kanser payudara – Jika sebelum ini Mama pernah didiagnosis kanser payudara, Mama lebih berisiko mendapat kanser payudara pada masa akan datang.
  5. Tempoh haid – Jika haid pertama datang lebih, Mama berisiko mendapatnya semasa anda telah berumur.
  6. Faktor keturunan – 5%-10% berkaitan dengan mutasi gen.

Antara faktor risiko yang boleh dikawal adalah:

  1. Penyusuan – Wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
  2. Alkohol – Wanita mengambil minuman beralkohol.
  3. Senaman – Wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu sudah memadai.

Tahap Kanser Payudara

Kanser juga mempunyai tahap dan setiap tahap mempunyai berlainan maksud. Jom kita tengok dan fahamkan tahap-tahap berbeza ini.

Macam Mana Kanser Payudara Dikesan?

Pemeriksaan sendiri payudara (PSP) – Bermula daripada umur 20 tahun, wanita patut melakukan PSP secara konsisten. Belajar dari jururawat dan sekiranya ada rasa ketulan jumpa doktor segera.

Mammogram – Mammogram adalah ujian x-ray payudara. Pemeriksaan ini dibuat kepada wanita yang tak ada masalah tetapi berisiko. Pemeriksaan bagi wanita yang ada tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan.

Ujian makmal – Pengambilan tisu dari payudara (biopsi), sel dari kawasan yang disyaki diambil dan duji di makmal.

Rawatan

Selepas diagnosis penyakit, doktor akan memberi rawatan yang sewajarnya. Selalunya, pesakit akan dibedah sebelum diberi rawatan kemoterapi. Ada situasi yang doktor akan nasihat untuk teruskan dengan rawatan kemoterapi atau radioterapi untuk mengecilkan saiz kanser sebelum pembedahan terlebih dahulu.

Rawatan kemoterapi ini dapat kurangkan kemungkinan kanser Mama berulang. Selain itu, ia juga merupakan rawatan utama apabila kanser merebak luar payudara dan di kawasan ketiak atau merebak luas selepas rawatan pertama. Terdapat kesan sampingan yang ketara dapat dilihat seperti:

Selain rawatan kimoterapi, terapi radiasi digunakan untuk memusnahkan sel kanser yang masih tertinggal di dalam payudara, dinding dada atau bahagian ketiak selepas pembedahan. Kadang-kadang ianya digunakan untuk mengurangkan saiz ketumbuhan sebelum pembedahan.

Terapi hormon pun ada digunakan juga. Fungsinya untuk mengurangkan paras estrogen digunakan untuk merawat kanser payu dara. Terdapat ubat yang boleh membantu pengurangan hormon, boleh rujuk pada doktor pakar.

Banyak yang kita dapat belajar tentang kanser payudara, moga-moga ia bermanfaat untuk Mama dan sekeluarga! Pastikan anda prihatin dan sentiasa peka dengan amaran kanser!

Kredit: MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia


Untuk dapatkan lebih banyak info tentang kesihatan Mama, klik di SINI.