KelabMama

Istimewa! Tabungan RM100 Setahun, Khas Ditawarkan Kepada Bayi Selangor

bayi baru lahir

Kerajaan negeri Selangor telah melancarkan Iltizam Anak Selangor (Anas) yang akan memberikan sumbangan dalam bentuk tabungan sebanyak RM100 setahun kepada bayi yang lahir di Selangor!

Apa itu Iltizam Anak Selangor?

Iltizam Anak Selangor (Anas) ni adalah skim yang baharu ditubuh di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sejumlah 7,654 bayi yang lahir di Selangor layak untuk menerima manfaat ni.

Mama jangan risau, permohonan untuk Anas ni masih lagi dibuka! Ia dibuka kepada lebih 20,000 bayi yang layak sehingga hujung tahun ni.

Bayi yang memenuhi syarat akan menerima sumbangan bernilai RM100 setahun sehingga mereka berusia lima tahun.

Yang lagi menarik, ia bukanlah tabungan biasa tau Mama. RM100 tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime untuk membantu dalam persediaan pendidikan anak-anak pada masa hadapan.

Apabila mereka sudah mencapai usia 18 tahun, barulah simpanan tersebut boleh dikeluarkan.

Menurut beliau lagi, Bajet Selangor 2023 telah peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menjayakan program ini dengan mensasarkan sehingga 30,000 bayi yang layak menerima sumbangan sehingga RM500, dengan kadar rata RM100 setahun.

Bayi yang lahir di Selangor bermula dari tahun 2022 dan menetap di negeri Selangor dan juga merupakan warganegara boleh memohon di laman sesawang anas.yawas.com.my dengan segera!

Inisiatif yang dilakukan ni tujuannya adalah untuk membantu Mama Papa menampung kos pendidikan anak-anak pada masa hadapan. Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Jadi dengan adanya Anas ni, bukan membantu tingkatkan taraf hidup je malah, dapat tingkatkan kualiti pendidikan bagi golongan masyarakat Selangor jugak.

Syarat Permohonan Anas

Kriteria Anak:

  1. Bayi yang lahir bermula tahun 2022
  2. Warganegara Malaysia
  3. Lahir di negeri Selangor (kod kelahiran negeri Selangor di dalam mykid/sijil lahir)
  4. Sedang menetap di negeri Selangor

Kriteria Mama Papa/Penjaga:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Sedang menetap di Selangor
  4. Pengundi berdaftar di Selangor
Kredit Gambar: Iltizam Anak Selangor

Jadi kalau syarat permohonan ni menepati Mama Papa tunggu apa lagi. Tawaran ni masih terbuka untuk 20,000 orang lagi!

Jangan lepaskan peluang ni Mama Papa! Cepat-cepat daftarkan untuk masa depan anak Mama Papa. Daftar sekarang di SINI.


Mama jangan ambik mudah akan pemeriksaan kesihatan. Mama wajib lakukan enam pemeriksaan ini. Klik di SINI.