KelabMama

7 Idea Susun Atur Pasu Bunga di Halaman Rumah Agar Lebih Cantik dan Menarik!

susun atur pasu bunga di halaman rumah]

Kredit gambar: www.bhg.com.au

Balkoni rumah dah deco! Pagar pun dah ubahsuai! Tapi macam kosong je permandangan rumah, apa lagi yang tak kena ye? Mama ada senaraikan tak idea untuk dekorasi pokok-pokok bunga di halaman rumah dan idea untuk susun atur pasu bunga di halaman rumah Mama?

Kalau belum, cepat-cepat masukkan dalam list idea deko Mama untuk dapatkan permandangan yang cukup indah serta mendamaikan dengan jadikan perkongsian di bawah ini mengenai idea cara susun pasu bunga depan rumah sebagai sumber rujukan.

Tanpa membuang masa, jom lihat perkongsian dari Mama Siti ini mengenai apakah cara yang tepat untuk susun atur pasu bunga di halaman rumah!

Cara Susun Atur Pasu Bunga di Halaman Rumah

Kredit gambar: www.homedepot.com

Berikut merupakan beberapa idea atau cara susun pasu bunga depan rumah yang boleh Mama cuba iaitu:

#1. Susun Atur Pasu Bunga di Halaman Rumah Dengan Pilih Jenis Pokok Bunga

Kredit gambar: www.countryliving.com

Langkah pertama yang perlu Mama lakukan adalah dengan memilih tumbuhan yang sesuai dengan persekitaran contohnya seperti terdapat tempat yang terkena panas terik dan ada pula tempat yang sejuk.

Mama perlu tahu bahawa pemilihan jenis tanaman yang sesuai dengan suhu tempat memainkan peranan dalam memancarkan dan mencipta persekitaran berwarna-warni yang sesuai dengan suasana tempat tersebut.

#2. Sruktur dan Saiz Pokok Bunga

Kredit gambar: www.bhg.com.au

Langkah seterusnya adalah dengan mempertimbangkan struktur serta saiz pokok bagi menyesuaikannya dengan pasu, tanah atau permukaan tempat tertentu.

Terdapat tanaman yang memerlukan pasu besar untuk memuatkan kandungan tanah, ada juga tanaman yang tidak memerlukan ruang besar untuk pertumbuhannya.

Oleh itu. sentiasa fikirkan keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan seperti adakah mereka perlu disiram dengan kerap atau sekali-sekala? Atau adakah nutrien cukup untuk menggalakkan pertumbuhan?

Hal ini bagi elakkan Mama memilih saiz pasu yang tidak tepat serta menyusun pasu tanaman tersebut di tempat yang salah lalu buatkan pokok bunga mati atau terencat pertumbuhannya lalu merosakkan landskap halaman rumah.

#3. Sediakan Pasu Bunga dengan Bunga Yang Berbeza

Kredit gambar: www.rainbowgardens.biz

Bila dah tahu jenis tanaman, struktur dan saiz pokok, Mama perlu fokuskan pula kepada estetika susunan tumbuhan untuk mencipta rupa yang cantik dalam pasu bunga.

Sediakan pasu bunga dengan bunga yang berbeza tapi mampu untuk berfungsi dan membesar dengan cara yang baik.

Sebagai contoh, adakah bunga raya sesuai digandingkan dengan bunga ros untuk satu penjajaran? Apakah kedua-dua jenis pokok bunga ini mampu menerima cahaya matahari dan nutrien yang sama atau sesuai diletakkan di satu kawasan yang sama?

Sekiranya jawapannya adalah tidak, Mama perlu memilih jenis bunga yang lain untuk mempelbagaikan suasana dan keceriaan di halaman rumah!

#4. Warna Pasu dan Bunga

Kredit gambar: magzhouse.com

Selain jenis tumbuhan, adalah penting untuk Mama pastikan pilihan warna pokok dan pasu bunga. Sekiranya kediaman anda telah dicat putih, anda boleh gunakan pasu yang berwarna-warni dengan teksturnya yang berbeza untuk serlahkan lagi ruang halaman Mama.

Jika pilihan pasu adalah warna cerah, Mama boleh pilih bunga yang berwarna terang seperti oren, biru, merah dan sebagainya untuk jadikan bangunan putih atau kosong kelihatan lebih berwarna-warni.

#5. Guna Bakul Gantung

Kredit gambar: www.homestratosphere.com

Mama juga boleh gunakan bakul gantung untuk menyusun atur kesemua pokok bunga di halaman rumah. Ia juga merupakan salah satu cara untuk jadikan bunga melimpah keluar dan menyerikan lagi suasana terutama di anjung rumah anda.

Dengan dekorasi susunan pasu bunga secara gantung ini juga, ia dapat memberi lebih keterujaan buat sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke rumah Mama!

#6. Buat Tempat Gantung Pasu Dengan Kayu

Kredit gambar: meetjack.com.au

Antara idea lain untuk susun atur pasu bunga di halaman rumah ialah Mama boleh gunakan kayu untuk jadikan sebagai penyangkut pasu bunga. Caranya adalah dengan lekapkan ukiran kayu di dinding kosong lalu lekapkan pasu bunga.

Digalakkan untuk melekap pasu bunga bersaiz kecil untuk keselamatan. Mama boleh mereka pelbagai bentuk yang unik untuk jadikannya sebagai tarikan utama di halaman rumah anda.

Atau buat kotak pasu daripada kayu untuk menanam pokok renek hijau atau warna yang lebih cerah di sepanjang laluan pejalan kaki di halaman dan di sepanjang pagar rumah.

#7. Susun Atur Pasu Bunga Di Halaman Rumah dengan Bina Laluan Taman

Kredit gambar: www.gardendesign.com

Selain kotak kayu, Mama juga boleh letakkan di sepanjang laluan pejalan kaki dengan binaan batu atau kerangka dari bahan yang menarik.

Di atasnya pula, susun pasu bunga dengan warna yang menarik untuk mencipta landskap yang nyaman, ceria dan indah.

Lebih menarik lagi jika Mama gunakan campuran bunga yang mempunyai warna berani dan kehijauan.

Ciptakan landskap depan rumah dengan idea cara susun pasu bunga depan rumah yang Mama Siti kongsikan ini. Semoga membantu!


Mama boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan idea dekorasi menarik yang lain di SINI!