KelabMama

Susukan Dua-dua Payudara Dalam Satu Sesi

Menyusu merupakan aktiviti yang sangat penting bagi mama dan si manja. Dalam proses menyusu ni lah akan mengeratkan lagi hubungan antara mama dan anak. Seeloknya susukan dua-dua payudara dalam satu sesi.

“Kenapa pula Mama Siti? Susukan guna sebelah payudara je tak boleh ke?”

Kalau mama menyusukan si manja dengan menggunakan sebelah payudara je, ia akan menyebabkan pengeluaran susu tak seimbang antara kedua-dua belah payudara. Ada juga dalam kalangan mama yang mengatakan teknik yang betul untuk menyusukan bayi adalah dengan menukar bahagian payudara semasa sedang menyusu bayi untuk mendapatkan nutrien yang secukupnya. Betul ke?

Jom kita baca perkongsian dari Pembimbing Penyusuan, Nor Azura tentang teknik penyusuan susu ibu yang betul.

Susukan Dua-dua Payudara Dalam Satu Sesi

Saya pasti, rata-rata ibu pernah dengar pesanan ni,

‘Kalau susukan anak, kena bagi dua-dua belah sekali. Kanan tu nasi, kiri tu air. Kesian budak dah makan nasi tak minum air, tercekik nanti.’

Atau

‘Susukan bayi pada payudara kanan dahulu baru kiri, kanan tu makanan kiri tu air’

Pernah tak?

Ya saya pun pernah. Dan saya tak sangkal pesanan ni masih ada berlegar dan ibu-ibu baru di zaman 2020 ni yang ikut.

Tahu tak yang ini adalah cara penyusuan yang tidak tepat?

Dan ia adalah MITOS..!

FOREMILK dan HINDMILK

Susu ni bila bayi mula menyusu, dia akan keluar FOREMILK dahulu atau Susu Awalan, orang kita suka panggil susu cair. Di hujung nanti barulah HINDMILK atau Susu Akhiran akan keluar, dimana orang suka sangat panggil susu pekat.

Foremilk dan Hindmilk, kedua-duanya bayi perlukan.. Walaupun Hindmilk kelihatan lebih pekat,tapi bayi juga perlukan Foremilk untuk perkembangannya.

Jangan Kerap Tukar Posisi Payudara

Berbalik pada isu kita bincangkan di awal tadi, bila ibu kerap sangat tukar-tukar payudara tanpa tunggu bayi selesai, bayi cuma akan dapat Foremilk sahaja. Hindmilk pula kemungkinan bayi dapat kurang atau tak dapat.

Hindmilk ni mengandungi lemak yang membantu untuk kenaikan berat bayi. Jadi kalau dapat kurang, kuranglah kenaikan berat bayikan.

Sebab tu cara ni dikatakan tidak tepat.

Dan ia mitos kerana kedua-dua payudara menghasilkan komposisi yang sama, kedua-dua payudara menghasilkan Foremilk dan Hindmilk..

Foremilk dan Hindmilk Sama Penting

Dan ingat tau pesan saya, FOREMILK DAN HINDMILK KEDUANYA SAMA PENTING.

Jadi susukan bayi dengan satu payudara hingga dia selesai, jika bayi mahu lagi atau payudara dah soft barulah tukar ke satu lagi. Dan susukan bayi dengan kerap.

Nor Azura
Pembimbing Penyusuan

#napuadbreastfeeding
#1hari1postbf

Info untuk mama!

Foremilk – Ia merupakan susu awal yang berada di hadapan payudara dan terhasil semasa proses awal penyusuan yang lebih bersifat cair dan mengandungi banyak air. Kandungan laktosa yang tinggi di dalam foremilk ini adalah penting untuk tenaga, perkembangan otak dan juga bagi menghilangkan dahaga bayi. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan jika warna susu tampak cair dan kurang pekat. 

Hindmilk – Dikenali sebagai susu akhir yang berada di belakang payudara. Warnanya adalah lebih pekat berbanding foremilk dan agak kekuningan. Susu hindmilk kaya dengan serat, kalori serta lemak yang tinggi. Ia berfungsi untuk memberikan tenaga, membantu tumbesaran serta membuatkan bayi kenyang. 

Penyusuan susu ibu ni, walaupun proses semulajadi, tapi kena belajar sungguh-sungguh tau. Sama macam kita belajar naik basikal. Ada step by step dan mungkin bagi sesetengah orang adalah susah, dan untuk sesetengah orang lain pula senang.

Walau apa pun teruskanlah penyusuan susu ibu selagi mama mampu dan selagi masih ada rezeki. Tak semua mama berpeluang menyusukan si manja sehingga 2 tahun.

Semoga membantu!

Sumber : Nor Azura

Baca juga BENGKAK SUSU MENYEBABKAN DEMAM!

Pesan Mama Siti

So untuk ibu baru yang baru nak bersalin dan baru kenal pasal penyusuan susu ibu ni, perlulah aware apakah possibilities yang ada dalam penyusuan susu ibu. Bukan lah bermaksud kita nak masalah tu berlaku, tapi sebagai langkah berjaga-jaga dan dengan harapan kita lebih bersedia untuk menangani masalah jika ia berlaku kelak.